Skip to content

“Cikgu lain kut”

November 20, 2009

Setahun rupanya dah berlalu dan selama setahun itu jugalah aku bergelumang dengan 1001 karenah dunia kerjaya, memanusiakan manusia (walhal aku sendiri kadang ragu apa sudah layak untukku memikul amanah yang besar sebegitu). Hari ini merupakan hari terakhir di sekolah sebelum bercuti panjang sehingga persekolahan dibuka semula pada 4 Januari 2010. Ahh… rindu itu kembali bertandang. Sungguh, aku rindu wajah2 mentah mereka, aku rindu raut wajah protes mereka tikamana cikgu yang seorang ni bertegas untuk cuba meluruskan bengkoknya mereka, cuba menyiram dingin ilmu di hamparan minda dan jiwa mereka yang tandus. Aku pernah duduk di tempat mereka dan amat faham perasaan seumpama itu. Tapi, awal benar rindu itu menyapa, belum pun seminggu wajah2 mereka hilang dari pandangan. Huhuu…

“Cikgu, tahun depan siapa yang ajar kami?”, begini soal Micky, meski wajahnya semakin cekung kuperhatikan lantaran berminggu di hospital disebabkan demam kepialu, dia seperti biasanya menghiasi wajah itu dengan senyuman (kerapnya, sengihan).

“Cikgu lain kut”, jawabku endah x endah.

“Mana boleh macam tu, cikgu…” kertas soalan Geografi dibiarkan mendengar jawapanku.

“Aik, kenapa pula x boleh?”, soalku balik.

“Cikgu la juga kena ajar kami tahun depan…”, balasnya seolah meminta.

“Hah, kalau nak cikgu ajar, jawab betul2 soalan tu bagi lulus. Kalau x lulus, cikgu lain la pula ajar kamu”, berbaur ugutan halus padahal hati berbunga, paling tidak pendekatanku digemari walau kadang sedikit tegas dengan mereka. Ridley dan Razzi yang sejak tadi memerhati dan cuma mendengar perbualan kami semakin berminat mendengar. Kertas soalan dibiar sepi, pen kaku di jari. Ketiga2 mereka terpaksa menjawab kertas peperiksaan pada minggu terakhir persekolahan lantaran ditahan di wad berminggu2 dan kebetulan pula kena minggu peperiksaan.

“Ye la, kami jawab betul2 la ni, janji cikgu yang ajar kami”, balasnya sambil sengihan x lekang dari bibir. Anak yang sorg tu memang x pernah mampu buat aku naik angin, apa x nyer kalau kena marah pun dia boleh tersenyum. Melawan x pernah walau sekali.

Ridley yang dulunya sambil lewa belajar, semakin rajin kuperhatikan tika menghampiri bulan2 terakhir persekolahan. Seperti Micky, dia bukannya pelajar yang cepat menangkap apa yang kusampaikan tp usahanya jelas.

Ridley yang ralit menyiapkan tugasan group

Micky jadi tersipu malu tika kamera menghala ke arah group mereka. Dia yg tgh mnutup mulut sengih tu. hihii

Micky masih belum ketara keseriusannya belajar, masih seronok menikmati tahun ‘honeymoon’ diorg gamaknya. Setelah berbincang dengan guru yang mengatur jadual mengajar, mereka akhirnya diletakkan di bawah bimbinganku. Dan aku nekad menyusun strategi memperbaiki pengajaran dan mempersiap diri dengan knowledge content subjek kegemaranku ini untuk silibus tingkatan 5.

One Comment leave one →
  1. November 24, 2009 2:19 pm

    moga jadi cikgu yang mendidik dengan embun Islam


    syukran jazilan atas doanya..
    angah pun sama, rentas semua kesulitan sepanjang jalan menambah ilmu di dada. genggam seeratnya asa dalam tekad. moga Allah permudahkan bagimu..amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: