Skip to content

24 Ramadhan dan Status ‘Menunggu Hari’

August 24, 2011

Syukur alhmdulilLah..berjaya juga melewati ramadhan sehingga hari ke 24.pun begitu,hanya 22 hari yg kulalui dengan berpuasa penuh.2 hari tu terpaksa berbuka.uhuk!menjelang hari2 terakhir kandunganku,cabaran semakin memuncak.kalau ikut due bersalin cuma tinggal 10 hari je lagi.dan statusku sekarang, ‘menunggu hari.maksudnya,bila2 masa je bersalin dan semua tu masih menjadi rahsia Ilahi.awalkah, lewatkah atau tepat pada tarikhnya, semua tu diluar pengetahuan.

2 minggu kebelakangan ni,perut dah makin kerap sakit2.bukan setakat perut, tulang pinggang pun sama.kawan2 bagitau semua tu antara tanda2 nak bersalin.tp 3 tanda major tu belum ada lagi la (pecah air ketuban, lendir berdarah atau sakit memulas yang x berhenti).

dan suami yang jauh di seberang laut sana sering risau tiapkali tahu aku selalu sakit2 2 minggu kebelakangan ni.cemasnya mengalahkan aku yg nak bersalin ni.maklumlah,x nampak depan mata.hehheee…tahun ni raya pertama kami sebagai suami isteri tp suasana raya tu cuma dapat dikongsi dari kejauhan.bersabarlah kita wahai suamiku..

Persiapan raya?hehehee…tahun ni memang x beli pun baju raya.persiapan baju raya cuma utk adik2 dan ayah je (mak xnak baju raya taun ni.hheehhe).persiapan lebih kepada nak sambut puteri sulung kami.kalau bersalin sebelum raya, kain batik dan t-shirt je la jadi persalinan raya.kalau bersalin lepas raya,pakai baju mengandung yg selalu pakai p mengajar la jawabnyer.xde la nak bergaya sangat,banyak dduk rumah je pun raya nanti.hihiiii…

Kuih raya?tahun ni banyak buat sendiri insyaalLah tp bukan aku yang buat,adik pmpuan aku yg mmg rajin bab masak memasak dan cuba mencuba tu yg akan sediakan.aku setakat jadi pembantu chef boleh la.hihiii..

sebagai mengakhiri coretan kali ini, dengan penuh rendah hati aku ingin memohon berjuta kemaafan kepada kalian yang pernah mengunjungi ruangan yg serba kekurangan ini andai ada di antara coretan2ku di sini membuat kalian terasa hati.sungguh,tiada walau sebesar zarah niat di hati ini utk membangkitkan kemarahan siapa2 atau menimbulkan ketidaksenangan siapa2.moga hidup kalian dilimpahi keberkatan yang berpanjangan.salam aidilfitri buat semua….

 

2 Comments leave one →
  1. August 26, 2011 9:09 pm

    Semoga selalu dilimpahkan kesehatan dan kemudahan. Amiin…
    Selamat idul fitri. Taqaballahu minna waminkum, minal ‘aidin wal faizin.😀

  2. January 15, 2012 1:02 pm

    bersalin?
    selamat punya momongan, cik Qurratul🙂


    AlhamdulilLah..momongan (momongan itu baby ya?hihi) saya udah 4months.hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: