Skip to content

Ciri Lelaki Soleh & Wanita Solehah

June 16, 2008

 

 

Di antara ciri-ciri lelaki soleh atau wanita solehah itu ialah:


Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.

Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:

“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”

Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? “Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”

Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.

Redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.

Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.

Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah swt. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.

Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan di dalam firmanNya:

“… karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)

Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.

Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:

“Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”

Sabda baginda yang lain:

“Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”

Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya sendiri. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal.


Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.

Kesimpulannya, masih terlalu banyak peribadi-peribadi lelaki soleh dan wanita solehah yang belum  dicungkil tetapi kiranya kesemua sifat yang di atas tadi dapat kita rintis dengan baik, insyaalLah kita akan memiliki hati yang tenang. Hanya orang yang membawa hati yang tenang dan sejahtera sahaja yang akan selamat menemui Allah di akhirat kelak. Maka berdoalah kita selalu semoga diberi cahaya keimanan, cahaya bagi segala cahaya yang tiada tolok bandingnya yang bakal memberikan laluan lurus untuk selamat menuju Tuhan yang Maha Agung. Aminn…

 

About these ads
36 Comments leave one →
  1. November 14, 2008 3:35 pm

    mdh2an aq bs termasuk didalamnya, amiiiin :)

  2. November 8, 2009 11:36 pm

    peganglah stguhnya pd tali (agma) Allah.ins’allah hdup akn bhgia slmanya dnia dn akhirat yg hkiki.smga kita trgolong antra hmba yg soleh dn solehah.ins’allah


    amin..amin..amin ya Rabb..

  3. Desti (Jhe) permalink
    November 19, 2009 12:46 pm

    Semoga aku bisa menjadi bagian dari apa yang disebut diatas….
    insyaallah aku akan berusaha menjadi wanita yang patuh kepada pasaanganku kelak….AMIEN


    insyaalLah ya ukhti..

  4. ain permalink
    December 17, 2009 9:58 am

    bersyukurlah dgn apa yg kita ada…dan moga2 i9lmu ini dpt bertambah2nya iman dan ketaqwaan dlm diriku..insyaallah…

  5. ZAINAL 'ARIFIN permalink
    February 3, 2010 9:03 pm

    Aku adalah orang sangat banyak dosa tapi aku bukan pula orang yang menyerah.

  6. March 9, 2010 8:22 am

    Alhamdulillah..selesai membaca..aku mulai sedar dan berusaha untuk menjadi seperti itu.Wanita solehah ibarat permata yang letaknya antara serpihan kaca yang bersinar. Perlu bijak untuk memilih dan terpilih menjadi isteri kepada lelaki yang soleh..Semoga aku menjadi seperti itu..Amin…(^__^)

  7. March 14, 2010 1:44 pm

    Artikel2nya cukup bagus. Mohon izin, ada beberapa artikel dalam blog ini yg saya posting link nya dalam blog saya. Silahkan berkunjung. Syukran


    assalamu’alaikum..silahkan insyaalLah kita berbagi mutiara yang terselit

  8. mohd farid bin sahak permalink
    March 15, 2010 2:01 pm

    assalamualikum.wahai orang-orang beriman bertaqwa la kamu kepada allah.


    wa’alaikumussalam..terima kasih atas peringatannya.. :-)

  9. RAMLY permalink
    March 20, 2010 1:33 pm

    semoga Qta remasuk orang2 yang selalu di rahmati oleh ALLOH SWT…..amin


    Allah humma amin.. :-)

  10. mohd farid bin sahak permalink
    March 23, 2010 11:54 am

    assalamualikum.


    wa’alaikumussalam..terima kasih atas ziarahnya.. :-)

  11. sudarkashy permalink
    April 20, 2010 1:12 am

    semoga ALLAH menganugrahkan kita hati yg ikhlas, untuk menjadi insan kamil. karena apapun perbuatan tanpa niat yg suci, tidak ada nilai apapun di sisi ALLAH.

  12. Rizal permalink
    August 19, 2010 4:43 pm

    sya ingin seperti itu..tapi noda dan dosa yang selalu sya lakukan apa bisa didengar oleh-Nya ?? ampuni aku ya Alloh…


    DIA akan selalu mendengarkan rintihan hambaNYA.taubat kita IA nanti setiap detik wahai saudaraku..

  13. October 6, 2010 7:53 pm

    iya,,aku sangat setuju dg artikel di atas,,,semoga aku juga termasuk di dalamnya bisa menjadi wanita solehah amiiin mksh ya atas artikelnya


    insyaalLah..amin ya Rabb..

  14. rirhiin permalink
    November 6, 2010 9:53 am

    .ammiiin

  15. November 8, 2010 9:25 am

    gud artikel, mohon share ;)


    silakan..moga beroleh manfaat darinya..

  16. dinda permalink
    November 12, 2010 10:10 am

    Subhanalloh….Maha Suci Alloh dg swgala Karunianya…

    ;-)

  17. November 12, 2010 3:25 pm

    terima kasih . semoga maklumat ini dpt menyedarkan kita semua untuk selalu mengingati Allah S.W.T..mohon izin untuk copy untuk berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan2


    silakan saudari..moga kita beroleh manfaat darinya…

  18. mona permalink
    November 14, 2010 9:07 pm

    ya allah jdknlh aku wnita yg solehan dan sntiasa tbah mgharungi smua dugaan yg tlh engkau brikn…amin~~~


    amin ya Rabb..

  19. arefieqa nur permalink
    December 12, 2010 6:22 pm

    mudah2an aq di glngan owg yg briman & brtqwa..aminn =)


    amin..

  20. ayu permalink
    January 16, 2011 11:09 am

    kata orang bijak . ada kemauan ada jalan . insya allah . Aamiin . Sedari itu luruskan niat lillahita’ala usaha yg banyak sekalipun itu baik: tp jika tak lurus niat adakah nilai disisi allah .. Ingat hadis rasulullah . . Jika kau berhijrah untk mendapatkan dunia maka kau akan mendapatkanx . Jika kau berhijrah untk allah dan rasulullnya kau akan dapatkan k2x . Maaf tak pasih krna skdar seingatx saja . Salam kenal . I am from indonesia . By ayu .


    salam kenal kembali,ayu..indah sekali namamu..
    amal baik yg tidak diawali dgn niat yg baik tidak sempurna syaratnya diterima sebagai ibadah.wallahu’alam..

    • cinta islam permalink
      July 29, 2011 12:42 am

      assalamualaikum…ayu dari daerah indon yan mana?

  21. devi permalink
    March 3, 2011 12:37 pm

    subhannallah,,
    smoga Qta trmasuk org2 yg briman,, dan smoga aQ trmasuk wanita sholehah..
    aminn..

  22. indah permalink
    March 7, 2011 11:43 am

    mudah2an ALLAH meningkatkn iman dan taqwa qt smua….
    mdh2an qt menjd orng yg slalu mengingat-NYA disaat suka dan duka,
    slalu memuji-NYA disaat siang dan malam
    …………………….
    love allah

  23. April 27, 2011 8:03 pm

    MUDAH2HAN MNDPT MANFAAT

  24. May 29, 2011 6:20 pm

    amin..

  25. July 20, 2011 2:39 pm

    carilah y soleh…insyaalah..

  26. cinta islam permalink
    July 29, 2011 12:43 am

    Semoga Allah senantiasa merahmati diri kita..amin


    amin..amin..Allah humma amin..

  27. solehuddin permalink
    August 15, 2011 11:31 am

    untuk mendapat yang solehah kita mesti menjadi yang sole dahulu…jika kita ingin mendapat yang soleh jadilah wanita yang solehah…=)

  28. October 29, 2011 12:27 am

    hayati dan fahami…

  29. November 11, 2011 9:15 am

    mudah2an,aq bs termasuk mnjdi wanita solehah yg senantiasa berbakti pada suamiku kelak.. amiiiinn

  30. November 11, 2011 9:18 am

    mudah2an aq bisa mnjadi wnita solehah yang kelak akan senantiasa berbakti pada suami ku tercinta,amiiiinn..

  31. December 23, 2011 2:20 pm

    insya alloh….

    • March 11, 2012 6:48 pm

      aq senang bisa mengetahui tentang wanita sholeha n lelaki soleh..
      mudah”n aq mendapatkan seorang suami yg soleh yg slama ni aq idamkan..
      aminnnnn


      aminnn Allah humma aminn..

  32. February 20, 2012 8:44 am

    terima kasih atas tazkiranya..

  33. amziera permalink
    July 5, 2012 12:32 pm

    sangat berilmu dan menjadi panduan hidup kita..time kasih…moga Allah merahmatimu…

Trackbacks

  1. Ciri-ciri Lelaki sholeh dan Wanita sholeha « rizkiabdusalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: