Skip to content

2011: Perubahan berganda sebagai pembuka tirai tahun baru

January 13, 2011

MasyaalLah…Tulisan terakhir hampir setahun yang lalu. Dan hampir setahun yang lalu tidak ber’update’, sebenarnya telah banyak yang berubah dalam hidupku, termasuklah status. 22 Oktober 2010 yang lalu, aku telah sah menjadi suri dalam hidup seorang pria bernama Mohd. Hijazi. Kini usia pernikahan kami baru menjangkau angka 2 bulan lebih. Syukur, dalam tempoh yang singkat kami disusuli pula rezki bakal menimang permata sulung kami yang insyaalLah lahir bulan September 2011 ini. Perubahan2 yang sebenarnya tidak pernah kujangka secepat ini. Bila kurasakan jodohku sedikit lewat, rupanya Allah telah merancang rzki mendapatkan anak itu lebih cepat dari yang kami jangka. Setinggi syukur padaNya Yang Satu. Teman2 di sekeliling kerap menyuarakan rasa kasihan padaku lantaran terpaksa berjauhan dengan suami. Dan aku cuma membalas dengan ketawa kecil dan seguris senyum. Perpisahan sementara ini sebenarnya tidak menjadi penghalang atau sesuatu yang amat sulit untuk kuterima. Di pihak suami, wallahu’alam… Hehehee… Rahsianya, rindu itu penguat kasih. Selalu kukatakan pada encik suami sedemikian, moga2 menjadi penawar rindu. Hiihii…

Dunia kerjaya? AlhamdulilLah… Menginjak tahun ke 3 sebagai pendidik, rasanya aku sudah mula boleh bertatih sendiri. Makin banyak yang kupelajari tentang asam garam dunia mendidik anak2 di sekolah. Dalam masa yang sama, terasa sedikit matang mendepani cabaran2 dunia kerjaya penuh cabaran sebagai pendidik. Tapi tipu lah kalau kukatakan tidak pernah walau sekali aku gagal mendepani semua itu. Namun, kegagalan demi kegagalan itu mengajarku untuk lebih bijak mengatur langkah.

Moga jalannya lebih mudah pada tahun ini dan tahun2 mendatang. Cabaran terbaru sekarang ini adalah keghairahanku mengajar agak sedikit malap dek kerna masalah alahan yang kuhadapi saat usia kandunganku baru menjangkau 5 minggu. Stamina terasa sangat kurang. Harapnya tak berlanjutan dalam tempoh yang lama.

Doakan kami…

Moga ketemu lagi di kesempatan yang lain…

Wassalam..

Advertisements

Kerna akk sayang adik2 akk..

February 13, 2010

“Dik, bangkit…!”, begini la rutinku setiap hari sejak adik lelakiku no 3 tu tinggal bersamaku. Selepas usai berwudhuk solat subuh, aku singgah di muka pintu biliknya. Sengaja kupindahkan dia ke sekolahku melihat pada keputusan peperiksaannya dan sikapnya yang mula gemar keluar malam. Sejak duduk denganku dah makin ketara perubahan sikapnya. Dah pandai cuci baju sendiri, ngemas bilik sendiri, kurang melenting bila disuruh, mudah mendengar nasihat dan yang paling cukup membuat mak terharu (spt yang dikhabarkan padaku), adik dah mula rajin sembahyang sekarang.

“Kalau tak hafal bacaan, tulis kat kertas letak depan sejadah”, begini pesanku melihat riak wajahnya bila malam kedua atau ketiga dia tinggal denganku (x silap) dia kuajak bersolat.

“Boleh ke kak?”, soalnya ragu.

“Boleh… cuma jangan kalihkan muka dari kiblat je sampai kena bagi salam”, jawabku membuang gusar dari wajahnya.

Sehingga sekarang, tiapkali kujenguk biliknya waktu dia bersolat sehelai kertas putih masih dihampar bersama di hadapan sejadah. Dan di awal2 peringkat pembelajaran dia ni, rajin pula mencari sendiri video klip belajar bacaan2 solat dan doa. Buku yang kubekalkan seperti kurang menarik minatnya, dia lebih suka belajar dari medium yg mbekalkan audio dan visual sekali.

“Kakak yang marah abang. Dia nangis masuk bilik”, terkejut aku dengan ayat yg tiba2 keluar dari mulut comel si bongsu di satu kesempatan kami pulang ke kg baru2 ni. Abang yang dimaksudkan tu adalah adik yang sekarang tinggal bersamaku.

“Aik, bila pula akk marahkan abang?”, aku cuba menguji ingatannya yang hampir menginjak 6 tahun.

“Dulu… Akk pukul abang. Dia nangis…”, subhanalLah… sekuat itu ingatanmu wahai adikku.

Memang abang yang dimaksudkan tu satu2nya adikku yang pernah merasa tamparan sulung kak diorang ni. Huhuuu… Tamparan itu adalah kemuncak kerisauanku akan kemelampauan sikapnya dan kedegilannya ditunjuk ajar. Terlalu dimanjakan agaknya. Dan semasa kejadian itu, si bongsu ada memerhati. Mak pun ada sebagai saksi betapa tamparan yang hinggap bertalu2 di pipi sang adik sebenarnya lebih mengguris hatiku sendiri. AlhamdulilLah, Allah memudahkan jalanku mengajaknya kembali belajar dan kali ini dalam suasana yang dia sendiri redha.

Misi baru, membetulkan persepsi negatif di minda si bongsu pada satu kisah silam yang memburukkan imejku sebagai kakak yang mahu mendidik…

Pimpin aku ya Rabb dalam membimbing adik2ku di jalanMu…

Masak Lemak Sulungku: rancangan pengajaran (hik3x)

February 9, 2010
Ini yang sulung!

Ini yang sulung!

Menu: Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan2: 1) serai (yg jiran tanam tepi kolam flat-minta izin dah sebelum  ambik. hihi)     2) kunyit idup (yg dah mati x berapa sedap)     3) halia (yg masih bernyawa gak. haha)     4) cili padi (cili beras xde)     5) santan (pkai yg paket sebab xjumpa kelapa parut)     6) asam keping     7) ayam (yang pasti ayam dah x bernyawa la)     8) garam, gula dan ajinomoto 

Step2nyer: 1) tumbuk halus2 bahan 1+2+3+4 (demi nk masak menu ni la aku beli lesung batu. hehehee)     2) tumis dgn sedikit jer minyak bahan2 yang ditumbuk tadi     3) agak2 dh naik gering (hehhe), naik garing la kmdian kuar bau yg sdp skit (bukan bau derian yer!), masukkn santan cair dan ayam     4) gaulkan dgn bhn2 yg dah ada dlm kuali smpai agak2 ayam tu dah masak agak2 70% masak (tapi yg aku masak tu x smpai pun 50% masak aku dah bubuh santan pekat)     5) dah 70% ayam masak, baru masukkan santan pekat disusuli pula dgn bahan no. 8 dan batang serai yang dah diketuk     6) kemudian bermulalah keje timba menimba kuah dlm kuali tu (kata ayah supaya x melekat santan kat tepi kuali dan santan x pecah)     7) suh adik rasa (sebab duk rasa ada jer yg x kena)     8) agak2 ayam dah empuk masak 100% boleh la matikan api (eh, xde plk tadi aku sebut suh idupkan api kan? hhehee…) 

Waktu: Lepas asar

Bilangan penjamu: 4 orang (termasuk 2 org jiran kat rumah atas)

Objektif: Di akhir sesi memasak ni, para penjamu akan merasa masak lemak sulungku tak kiralah cne pun rasanyer kena gak habiskan. hehhe

Refleksi: 1) adik kata SEDAP! (huh! terlunas juga malu yg kusimpan bertahun2 setelah dikutuknya masakanku bbrp thun yg lalu)   2) kak yg duk umah atas pun kata sedap (dia pun sbnrnya sama dengan jer x reti sgt masak cam aku. kakkakaaa)   3) kunyit terbubuh lebih (lain kali kena kurangkan)   4) santan sangat pekat (tambah air nk kurangkan kemelampauan kepekatannya)   5) over all, masak lemak sulungku tidak mengecewakan. hikhikkk..

 

Bidan terjun lagi!

February 9, 2010

Assalamu’alaikum..

Terima kasih pada kalian yang masih sudi menjenguk ruangan ni. Jamah dulu la mana yang ada ek. Kalau dah jamah, jamah kali kedua, ketiga, keempat dan sampai rasa muak. Maksud aku, tulisan2 yang berunsur ilmu tu la (ada ke?). Yang merepek2 tu tinggalkan. Hihihiii…

Cerita seputar dunia perguruanku

Tahun ni jadual mengajar sedikit padat berbanding tahun lepas. Dengan memikul 4 mata pelajaran bersamaan dengan 18 waktu mengajar seminggu berbanding 3 mata pelajaran dengan cuma 12 waktu mengajar sebenarnya tidaklah membebankan sangat. Sebab yang memerlukan lebih perhatian dan knowledge contain tu cuma 2 subjek iaitulah geografi dan tasawwur islam. Memandangkan kedua2nya kelas peperiksaan (SPM) tahun ni maka wujudlah tekanan yang sebenarnya seperti silent killer. Hihihii… So far alhmdulilLah ke’killer’annya masih underground… hehee… under control laaa… (p/s: adik2 yang terbaca tulisan ni, dalam karangan korang jangan duk tiru bahasa rojak ni. Ngeh3x). Ntah camana tahun ni boleh2 plak semua kelas PJK tingkatan 5 dicampak di atas pundakku. Giler hape! Aku ni dah la rabun sukan (sebab tau gak la sesikit). Tapi demi melunaskan janji yang termateri pada satu kalimah keramat “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”, maka amanah yang satu tu kuterima juga tanpa banyak songeh. Natijahnya, setiap hari bermula hari selasa sampailah hari jumaat, kelasku akan bermula seawal 7 pagi (al maklum la, nk bg budak2 berPJK kenalah awal pagi, ye x? Hahhaaa..)

Sebabak di kelas 5A/5B

Cg PJK yang ‘karismatik’: Sapa yang tak reti main bola jaring angkat tangan (sembari tangan kanan kuangkat)

Pelajar2 yang teraniaya: ……… (ada lah segelintir yang angkat tangan tu pun dengan muka malu2)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Jangan lah malu2, ngaku la. Siapa yang memang tak tahu main bola jaring? (soalku lagi dengan menyelitkan sedikit motivasi untuk mereka berlaku jujur)

Pelajar2 yang teraniaya:………… (bilangan yang mengangkat tangan semakin bertambah sambil ada yang saling berbisik. Ntah hape la yang dibisikkan tu)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Ermm… Cikgu cuma nk tahu jer sebab cikgu pun buta bola jaring (sengih!)

Pelajar2 yang teraniaya: Hahahaaaa…!! (kelas gempak dengan gelak tawa)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Hah, dah sudah! Korang tau ke x tau main, semua akan merasa main kat gelanggang (balas balik dengan kuasa veto yang kuada. Kih3x). Tapi sebelum tu, kita akan belajar dulu cara dan peraturan main bola jaring. Hah, Didira akan ajar kita. (budak yang sorang ni memang aku tau tera main bola jaring, dah biasa wakil sekolah)

Pelajar yang teraniaya: Tapi cikgu…

Cg PJK yang ‘karismatik’: Alaa… Kamu cerita apa yang kamu tahu je la. Yang kamu tak tahu tak payah cerita (Hikhikkk..!).

Maka bermulalah kelas PJK sebenar dengan bergurukan pelajarku sendiri. Aku? Minta maaf, memang aku jadi pelajar time tu. Aku yang banyak tanya berbanding pelajar yang lain. Excited sebenarnya bila belajar benda baru. Selama jadi pelajar, aku tak pernah berpeluang belajar cara permainan bola jaring. Seingat aku masa duk asrama dulu pernah juga lah kena paksa masuk gelanggang main bola jaring tapi ntah berapa kali jer aku dapat pegang bola time tu. Hahhaa… Kat sekolah dulu agak pasif tapi sekarang ni rasanya semakin aktif. Rugi benih aktif tu lambat tumbuh. Hihihiii..!!

Cg PJK yang ‘karismatik’: Ok, minggu depan kita akan turun gelanggang! Kalau ada yang tak pakai baju sukan, sepanjang tahun kita akan duduk dalam kelas!

Pelajar2 yang teraniaya: Hah?! (terkejut dengan ugutanku)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Nak main, janganlah buat hal kalau cg pesan kena pakai baju sukan.

Dan setakat ni memang ada kelas yang dikenakan hukuman mandatori tak turun gelanggang sepanjang tahun sebab melanggar pantang larang Cg PJK yang ‘karismatik’ sorang ni. Yang menambahkan geram lagi tu, x reti datang jumpa minta maaf pula tu. Semua sibuk kat gelanggang, parasit2 tu duk dalam kelas. Kalau mati tercekik cicak ke kat dalam kelas time tu aku gak la yang kena heret depan tuan hakim dek mak bapak diorang. Padan muka! Ingat aku memain la tu. Hambik la! Hehheee…

Babak berjumpa dan berbual2 dengan guru PJK sebenar yang tengah sarat mengandung anak sulung

Cg PJK yang ‘karismatik’: Cg, cg mengajar PJ  ikut silibus buku teks?

Cg PJK berkaliber: Tak juga… Sebab kalau macam permainan yang diorang biasa main tu tiada dalam buku teks macam bola jaring. Jadi sy bawa jer budak2 turun gelanggang sebab ada jer budak2 yang tau main. Sy pun  bukan reti sangat main.

Bla..bla..bla..

Cg PJK yang ‘karismatik’: Risau juga mgjar benda yang sy xde basic ni

Cg PJK berkaliber: Cg mengajar jer. Sy dah bgtau budak2 tu sebenarnya sebab diorang tanya siapa yang akan mengajar diorang PJK tahun ni. Sy bagitau cg yang mengajar. Jangan buat main sebab dia tu aktif dulu di sekolah

Cg PJK yang ‘karismatik’: Hah?!! Hahahaa..!! Bila yang cikgu bagitau macam tu?

Cg PJK berkaliber: Ntah bila tu tapi awal2 kita masuk sekolah la

Cg PJK yang ‘karismatik’: Baru tadi sy mengaku kat budak2 sy x reti sgt bersukan ni

Cg PJK berkaliber: Hahhaa… Yeke? (habis! ‘Pecah tembelang aku’- agaknyer la yang duk ada dlm ati cikgu tu time tu)

Rupanya di luar pengetahuanku cikgu PJK yang original tu dah naikkan saham aku awal2 depan budak2. Dia pun masih mengajar subjek tu cuma tingkatan 4 la, tingkatan 5 semua aku yang pulun bersih (untuk pelajar perempuan).

Setelah 5 minggu menyesuaikan diri dengan subjek ni memang ada sedikit kelainan berbanding cuma mengajar di dalam kelas. Dan inilah satu2nya subjek yang mengurangkan kekerapanku di dalam kelas. Cuma penerimaan pelajar kelas depan dan kelas hujung tu agak ketara bezanya. Kelas depan ni tak berapa suka aktiviti2 sukan (majoritinya) berbanding kelas hujung. Suh main pun malu2. Kalau kelas hujung, aku yang tergelak sendiri tengok karenah diorang bermain di gelanggang. Main bola jaring macam main ragbi pun ada. Hehehee…!

Pagi tadi aku dimaklumkan ada perubahan jadual lagi. Satu subjekku akan digugurkan untuk mengambil alih salah satu kelas tasawwur islam tingkatan 4 memandangkan satu2nya ustaz yang mengajar kelas tu yang juga sering jadi rujukanku dlm mgjar subjek yang juga bukanlah opsyenku (berapa banyak ‘yang’ ni? hehhee) berpindah sekolah minggu hadapan. Jadinyer waktu mengajar akan bertambah menjadi 20 waktu pula. Macam hilang punca juga sekejap bila dapat tahu dia akan berpindah sekolah. Dengan siapa pula nak merujuk lepas ni? Cara mengajar satu hal, time nak exam pun satu hal. Nak gubal soalan bukannya boleh semberono jer, kena ikut format. Masih banyak hal yang perlu dituntut darinya. Ustazah pula yang selama ni mengajar sesi petang xde pengalaman mengajar subjek ni. Memang ‘masak’ la aku sorang2 kalau xde guru agama lain sebagai ganti. Aku memang dah offer diri dah untuk dihantar pegi kursus kalau ada kursus berkaitan dengan mana2 subjek yang kuajar tapi setakat ni belum dimaklumkan. Cari inisiatif sendiri? Memang tengah buat pun sekarang ni tapi masih dalam proses belajar semua benda2 baru ni.

Perjuangan akan tetap diteruskan! Selamat mendidik buat guru2 sedunia…

Alkisah dari meja makan

November 24, 2009

Tak bercadang pun nk post entri kedua utk hari ni tp site ni menyeru2 agar kukhabarkan juga ttg… hehhee… korang tgok la sdri gambar kat bawah ni..kikikkii

tadaaaaaaa...inilah SELUM namanya..

tadaaaaaaa...inilah SELUM namanya..

Bertahun gak la aku x makan ulam ni. Kami berkenalan di sbuah kafeteria di kampusku. Mulanya x menarik minat sgt, bila dah try dari pinggan sorg teman terus ‘jatuh cinta rasa pertama’ (ni ala2 jatuh cinta pandang pertama laaa..). Hihii.. Slh satu yg aku dah list perkara2 yg pasti dirindui setelah meninggalkan tanah semenanjung tumbuhan ni la, igtkn x jumpa dah. Rupanya ada gak kat tanah kelahiranku ni, aku je x pernh jmpa sblm ni. Ni pun aku jumpa bbrpa bulan yg lepas masa me’round’ kat ASPURI. Mmg agak seprais dan teruja la dibuatnya. Tumbuh plk kat celah2 bunga nmpk cam rumput je. Teman2 kat sni pun xtau tumbuhan ni adalah antara ulam paling sedap kat dunia (hrp2 bkn aku sorg je yg claim camni. hihii..). Maka aku pun cbut bbrp batang tuk ditanam kat rumah (kat kg laa..). Skg dah tumbuh cntik dah pun cuma belum blh petik lg sebab 2 batang jer aku tanam. Hihii… Kwn pesan tanam kat tempat sejuk yang berair baru leh subur.

“Kalau camtu sy kena tanam dlm aisbuk la, kan?”, balasku berseloroh. Kikiii…

Selalu kalu balik kg, tumbuhan kesayangan tu la antara yang ditya kabarnya dlu dari mak atau aku sdri yg p tengok. Kalau pak2 mak2 kambeng dapat lolos masuk msti jadi hidangan diahewan (kata ganti nm bg hewan. kui3x) dah tu. Tadi p tgok anak2 lg kat ASPURI lepas solat isya’. Dalm samar chya tu, gagasan tumbuhan yang punya aroma yg unik ini kuhampiri. Cadangnya nk ambik tuk ditanam menambah 2 batang yg ada kat rumah alih2 hajat diupgrade plk memetik sama utk hidangan dinner malam ni (kbtln belum mkn mlm lg time tu).

siap utk santapan sang puteri..hikhikk..

Ulam ni pakejnya kena ngn sambal blcan. Tp memandangkn mlm ni agak ‘rajin’ nk menumbuk buat sambal, maka kugantikan ia dengan ‘sepupu’nya, tempoyak. Hihii…Tempoyak durian sarawak yang kubuat 6 hari yg lepas (x silap) sampai skg belum cukup ‘baligh’ utk diikhtiraf sbg tempoyak. Utk pgthuan korang yg xtau (yg dah tau senyap2 dah la yer), ada sejenis durian yg sgt x sesuai dijadikan tempoyak sb sgt manis.

“Sy buat tempoyak tak rasa mcm ni. Ni lagi sedap. Tempoyak sy berbulan2 pun x rasa masam”, adu teman adik kpdku susulan drpd permintaannya utk membawa pergi sdkit dari tempoyak yg kubekalkn pada adik masa nk balik ke sarawak dari percutian lamanya raya lepas. Time tu aku gelak jer sb x pernh tau ada durian yg x sesuai dibuat tempoyak. Dh try sdri baru la tau.

Ok, smbung citer td. Maka aku pun meregukan pucuk2 selum tu ngn tempoyak (tempoyak kosong jer). Aci la tu, perut sdri katakan.. Hihii..

selum dan stok tempoyak yg makin susut

pucuk selum dan stok tempoyak yg makin susut

 Makan malamku malam ni diserikan lg dengan semangkuk tomyam kacang pnjang (hhaahaha..ni spontan + campak2 pnyer resepi). Apapun, syukur rezki mlm ni 😀

Berbalik pada ulam td, aku terigt satu drama lakonan Rusdi Ramli tajuknya PESAN MAK yg ditayangkan baru2 ni kat TV3.  Drama ni berkisar pada perjalanan hidup watak utama drama tu iaitu Rusdi Ramli dalam mencari calon isteri mnurut syrat2 yg mak dia pesan. Klakar jg citer tu. Mak dia lakonan Kartina Aziz. Antara yg ‘mnrik’ dalam syarat yg mak dia letak calon isteri tu biarlah pandai makan ulam2 kampung. Hahhaaa…

“Kalau smua mak macam ni pakat tak kawin la anak2 teruna anak mak”, selorohku pada sorg teman.

Nak tau ke ending citer ni cmna? Korang xnk tau aku nk citer gak (sori2, nk kluar dari landasan jap). Target kwin sblm umur 30 membawa ke umur 40 baru la dia kawin. Tu pun kwin ngn kwn sekampung yg slu bertekak ngn dia lepas kwn pmpn dia tu jadi janda. Perjalanan citer ni mmg sangat best, aku duk gelak sorg2 tgok.

Ok, sekianlah dulu kisah selum. Korang yg x makan ulam tu beljar2 la makan, klu mmg x masuk gak tekak nk buat cmna kan? Nikmat ni x semua Allah bg. Ye la, klu dah smua suka makan ulam maka laju la spesis2 ulam ni pupus kat muka bumi. Hihii…Jumpa lg ;D

Sendiri

November 24, 2009

Sendirian di rumah kecil ini… Ahh..Bukan x biasa sendirian tapi kali ini benar2 sendiri.

“Ramai je kawan2 kat sni cuma sy je x nmpak“, begini biasa responku klu ada teman yg mengusik nantinya pasti sunyi bila hsemate berpindah. Dan sunyi bukanlah musuhku malah teman yang kadang kuintai cari dalam riuh dikelilingi teman dan saudara.

Bermula tahun depan (2010), rumah kecil ini cuma akan dihuni olehku seorang (ehem, makhluk2 Allah dlm dnia lain tu sure la ada gak kan?). Teman serumah insyaalLah bakal menamatkan zaman CIKnya pada 29 Disember 2009 ini, jadinyer kena la duduk dengan suami. Dlm pada senang sendiri tu, ada jg ketikanya rindu teman berbual. Terfkir nk bela kura2. Hehhe.. Kenapa msti kura2 ek? Bukan blh berckp pun kekura ni, berdecit pun x reti. Ntah la, nk bela hamster, dah pernah bela dah sblm ni, payah skit nk jg bersihkan sangkar tetiap ari, kalau tak busuk hancing la rumah dibuatnya. Kediamanku di tingkat 3 ni agak mnyukarkan utk berbuat bgtu stp hari, air pun bukan blh semberono jer guna. Kucing pun pyh juga, aku ckup x suka bau busuk sisa kumbahan kucing ni (mana2 najis pun bau, ye x?). So pilihan paling tepat buat masa ni kekura la. Kikikii…

“Cikgu lain kut”

November 20, 2009

Setahun rupanya dah berlalu dan selama setahun itu jugalah aku bergelumang dengan 1001 karenah dunia kerjaya, memanusiakan manusia (walhal aku sendiri kadang ragu apa sudah layak untukku memikul amanah yang besar sebegitu). Hari ini merupakan hari terakhir di sekolah sebelum bercuti panjang sehingga persekolahan dibuka semula pada 4 Januari 2010. Ahh… rindu itu kembali bertandang. Sungguh, aku rindu wajah2 mentah mereka, aku rindu raut wajah protes mereka tikamana cikgu yang seorang ni bertegas untuk cuba meluruskan bengkoknya mereka, cuba menyiram dingin ilmu di hamparan minda dan jiwa mereka yang tandus. Aku pernah duduk di tempat mereka dan amat faham perasaan seumpama itu. Tapi, awal benar rindu itu menyapa, belum pun seminggu wajah2 mereka hilang dari pandangan. Huhuu…

“Cikgu, tahun depan siapa yang ajar kami?”, begini soal Micky, meski wajahnya semakin cekung kuperhatikan lantaran berminggu di hospital disebabkan demam kepialu, dia seperti biasanya menghiasi wajah itu dengan senyuman (kerapnya, sengihan).

“Cikgu lain kut”, jawabku endah x endah.

“Mana boleh macam tu, cikgu…” kertas soalan Geografi dibiarkan mendengar jawapanku.

“Aik, kenapa pula x boleh?”, soalku balik.

“Cikgu la juga kena ajar kami tahun depan…”, balasnya seolah meminta.

“Hah, kalau nak cikgu ajar, jawab betul2 soalan tu bagi lulus. Kalau x lulus, cikgu lain la pula ajar kamu”, berbaur ugutan halus padahal hati berbunga, paling tidak pendekatanku digemari walau kadang sedikit tegas dengan mereka. Ridley dan Razzi yang sejak tadi memerhati dan cuma mendengar perbualan kami semakin berminat mendengar. Kertas soalan dibiar sepi, pen kaku di jari. Ketiga2 mereka terpaksa menjawab kertas peperiksaan pada minggu terakhir persekolahan lantaran ditahan di wad berminggu2 dan kebetulan pula kena minggu peperiksaan.

“Ye la, kami jawab betul2 la ni, janji cikgu yang ajar kami”, balasnya sambil sengihan x lekang dari bibir. Anak yang sorg tu memang x pernah mampu buat aku naik angin, apa x nyer kalau kena marah pun dia boleh tersenyum. Melawan x pernah walau sekali.

Ridley yang dulunya sambil lewa belajar, semakin rajin kuperhatikan tika menghampiri bulan2 terakhir persekolahan. Seperti Micky, dia bukannya pelajar yang cepat menangkap apa yang kusampaikan tp usahanya jelas.

Ridley yang ralit menyiapkan tugasan group

Micky jadi tersipu malu tika kamera menghala ke arah group mereka. Dia yg tgh mnutup mulut sengih tu. hihii

Micky masih belum ketara keseriusannya belajar, masih seronok menikmati tahun ‘honeymoon’ diorg gamaknya. Setelah berbincang dengan guru yang mengatur jadual mengajar, mereka akhirnya diletakkan di bawah bimbinganku. Dan aku nekad menyusun strategi memperbaiki pengajaran dan mempersiap diri dengan knowledge content subjek kegemaranku ini untuk silibus tingkatan 5.