Skip to content

Bidan terjun lagi!

February 9, 2010

Assalamu’alaikum..

Terima kasih pada kalian yang masih sudi menjenguk ruangan ni. Jamah dulu la mana yang ada ek. Kalau dah jamah, jamah kali kedua, ketiga, keempat dan sampai rasa muak. Maksud aku, tulisan2 yang berunsur ilmu tu la (ada ke?). Yang merepek2 tu tinggalkan. Hihihiii…

Cerita seputar dunia perguruanku

Tahun ni jadual mengajar sedikit padat berbanding tahun lepas. Dengan memikul 4 mata pelajaran bersamaan dengan 18 waktu mengajar seminggu berbanding 3 mata pelajaran dengan cuma 12 waktu mengajar sebenarnya tidaklah membebankan sangat. Sebab yang memerlukan lebih perhatian dan knowledge contain tu cuma 2 subjek iaitulah geografi dan tasawwur islam. Memandangkan kedua2nya kelas peperiksaan (SPM) tahun ni maka wujudlah tekanan yang sebenarnya seperti silent killer. Hihihii… So far alhmdulilLah ke’killer’annya masih underground… hehee… under control laaa… (p/s: adik2 yang terbaca tulisan ni, dalam karangan korang jangan duk tiru bahasa rojak ni. Ngeh3x). Ntah camana tahun ni boleh2 plak semua kelas PJK tingkatan 5 dicampak di atas pundakku. Giler hape! Aku ni dah la rabun sukan (sebab tau gak la sesikit). Tapi demi melunaskan janji yang termateri pada satu kalimah keramat “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”, maka amanah yang satu tu kuterima juga tanpa banyak songeh. Natijahnya, setiap hari bermula hari selasa sampailah hari jumaat, kelasku akan bermula seawal 7 pagi (al maklum la, nk bg budak2 berPJK kenalah awal pagi, ye x? Hahhaaa..)

Sebabak di kelas 5A/5B

Cg PJK yang ‘karismatik’: Sapa yang tak reti main bola jaring angkat tangan (sembari tangan kanan kuangkat)

Pelajar2 yang teraniaya: ……… (ada lah segelintir yang angkat tangan tu pun dengan muka malu2)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Jangan lah malu2, ngaku la. Siapa yang memang tak tahu main bola jaring? (soalku lagi dengan menyelitkan sedikit motivasi untuk mereka berlaku jujur)

Pelajar2 yang teraniaya:………… (bilangan yang mengangkat tangan semakin bertambah sambil ada yang saling berbisik. Ntah hape la yang dibisikkan tu)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Ermm… Cikgu cuma nk tahu jer sebab cikgu pun buta bola jaring (sengih!)

Pelajar2 yang teraniaya: Hahahaaaa…!! (kelas gempak dengan gelak tawa)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Hah, dah sudah! Korang tau ke x tau main, semua akan merasa main kat gelanggang (balas balik dengan kuasa veto yang kuada. Kih3x). Tapi sebelum tu, kita akan belajar dulu cara dan peraturan main bola jaring. Hah, Didira akan ajar kita. (budak yang sorang ni memang aku tau tera main bola jaring, dah biasa wakil sekolah)

Pelajar yang teraniaya: Tapi cikgu…

Cg PJK yang ‘karismatik’: Alaa… Kamu cerita apa yang kamu tahu je la. Yang kamu tak tahu tak payah cerita (Hikhikkk..!).

Maka bermulalah kelas PJK sebenar dengan bergurukan pelajarku sendiri. Aku? Minta maaf, memang aku jadi pelajar time tu. Aku yang banyak tanya berbanding pelajar yang lain. Excited sebenarnya bila belajar benda baru. Selama jadi pelajar, aku tak pernah berpeluang belajar cara permainan bola jaring. Seingat aku masa duk asrama dulu pernah juga lah kena paksa masuk gelanggang main bola jaring tapi ntah berapa kali jer aku dapat pegang bola time tu. Hahhaa… Kat sekolah dulu agak pasif tapi sekarang ni rasanya semakin aktif. Rugi benih aktif tu lambat tumbuh. Hihihiii..!!

Cg PJK yang ‘karismatik’: Ok, minggu depan kita akan turun gelanggang! Kalau ada yang tak pakai baju sukan, sepanjang tahun kita akan duduk dalam kelas!

Pelajar2 yang teraniaya: Hah?! (terkejut dengan ugutanku)

Cg PJK yang ‘karismatik’: Nak main, janganlah buat hal kalau cg pesan kena pakai baju sukan.

Dan setakat ni memang ada kelas yang dikenakan hukuman mandatori tak turun gelanggang sepanjang tahun sebab melanggar pantang larang Cg PJK yang ‘karismatik’ sorang ni. Yang menambahkan geram lagi tu, x reti datang jumpa minta maaf pula tu. Semua sibuk kat gelanggang, parasit2 tu duk dalam kelas. Kalau mati tercekik cicak ke kat dalam kelas time tu aku gak la yang kena heret depan tuan hakim dek mak bapak diorang. Padan muka! Ingat aku memain la tu. Hambik la! Hehheee…

Babak berjumpa dan berbual2 dengan guru PJK sebenar yang tengah sarat mengandung anak sulung

Cg PJK yang ‘karismatik’: Cg, cg mengajar PJ  ikut silibus buku teks?

Cg PJK berkaliber: Tak juga… Sebab kalau macam permainan yang diorang biasa main tu tiada dalam buku teks macam bola jaring. Jadi sy bawa jer budak2 turun gelanggang sebab ada jer budak2 yang tau main. Sy pun  bukan reti sangat main.

Bla..bla..bla..

Cg PJK yang ‘karismatik’: Risau juga mgjar benda yang sy xde basic ni

Cg PJK berkaliber: Cg mengajar jer. Sy dah bgtau budak2 tu sebenarnya sebab diorang tanya siapa yang akan mengajar diorang PJK tahun ni. Sy bagitau cg yang mengajar. Jangan buat main sebab dia tu aktif dulu di sekolah

Cg PJK yang ‘karismatik’: Hah?!! Hahahaa..!! Bila yang cikgu bagitau macam tu?

Cg PJK berkaliber: Ntah bila tu tapi awal2 kita masuk sekolah la

Cg PJK yang ‘karismatik’: Baru tadi sy mengaku kat budak2 sy x reti sgt bersukan ni

Cg PJK berkaliber: Hahhaa… Yeke? (habis! ‘Pecah tembelang aku’- agaknyer la yang duk ada dlm ati cikgu tu time tu)

Rupanya di luar pengetahuanku cikgu PJK yang original tu dah naikkan saham aku awal2 depan budak2. Dia pun masih mengajar subjek tu cuma tingkatan 4 la, tingkatan 5 semua aku yang pulun bersih (untuk pelajar perempuan).

Setelah 5 minggu menyesuaikan diri dengan subjek ni memang ada sedikit kelainan berbanding cuma mengajar di dalam kelas. Dan inilah satu2nya subjek yang mengurangkan kekerapanku di dalam kelas. Cuma penerimaan pelajar kelas depan dan kelas hujung tu agak ketara bezanya. Kelas depan ni tak berapa suka aktiviti2 sukan (majoritinya) berbanding kelas hujung. Suh main pun malu2. Kalau kelas hujung, aku yang tergelak sendiri tengok karenah diorang bermain di gelanggang. Main bola jaring macam main ragbi pun ada. Hehehee…!

Pagi tadi aku dimaklumkan ada perubahan jadual lagi. Satu subjekku akan digugurkan untuk mengambil alih salah satu kelas tasawwur islam tingkatan 4 memandangkan satu2nya ustaz yang mengajar kelas tu yang juga sering jadi rujukanku dlm mgjar subjek yang juga bukanlah opsyenku (berapa banyak ‘yang’ ni? hehhee) berpindah sekolah minggu hadapan. Jadinyer waktu mengajar akan bertambah menjadi 20 waktu pula. Macam hilang punca juga sekejap bila dapat tahu dia akan berpindah sekolah. Dengan siapa pula nak merujuk lepas ni? Cara mengajar satu hal, time nak exam pun satu hal. Nak gubal soalan bukannya boleh semberono jer, kena ikut format. Masih banyak hal yang perlu dituntut darinya. Ustazah pula yang selama ni mengajar sesi petang xde pengalaman mengajar subjek ni. Memang ‘masak’ la aku sorang2 kalau xde guru agama lain sebagai ganti. Aku memang dah offer diri dah untuk dihantar pegi kursus kalau ada kursus berkaitan dengan mana2 subjek yang kuajar tapi setakat ni belum dimaklumkan. Cari inisiatif sendiri? Memang tengah buat pun sekarang ni tapi masih dalam proses belajar semua benda2 baru ni.

Perjuangan akan tetap diteruskan! Selamat mendidik buat guru2 sedunia…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: