Skip to content

Ya, aku marah..Marah dalam takut

September 8, 2009

 

istighfar wahai hati, istighfar..

istighfar wahai hati, istighfar..

“Budak ada bagi akk kata2 tadi”,

aku mula rasa pelik dengan muqaddimah bicara teman serumahku itu.

“Ada kena mengena dengan aku ke?”, soalku dalam hati sembari rasa ketertanya-tanyaan itu semakin membusut.

“Kata2 apa, kak?” soalku.

“Ni, kau bacalah”, jawabnya sambil menghulurkan sekeping kertas.

Tidak dapat sembahyang atas sebab-sebab berikut:

– balik sekolah 5.35

– mandi 5.40

– 6.00 ambil makanan

– 6.21 buka puasa 

Sesaat itu darah tersirap, amarah kutahan semampunya. Ya, benar2 marah. Berani sungguh anak2 ni.

“Tadi akk tanya diorang ada sembahyang asar ke tak. Diorg jawab tak sembahyang. Akk tanya la kenapa. Akk minta diorang tulis sebab2 tak boleh sembahyang”, dan aku cuma terdiam sambil dalam hati istghfar menyejukkan amarah yang kian membakar.

“Lepas diorg bagi akk bagitau la nanti akk bincang dulu dengan warden. Baru diorang berbisik2 ‘mati la, kau la tu’ (manifestasi takut dan menyesal bertindak begitu)”, bertambah2 geram pula aku dibuatnya. Geram lantaran aku yang ditakutkan, bukan takut pada kemurkaan Allah.

Lalu sebaik berbuka dan bersolat maghrib, segera kucari bahan tazkirah tentang maksiat yang pernah menjadi bahan bacaanku satu ketika dahulu.

Sesampai di surau, seperti biasa mereka kuminta membetulkan duduk.

“BismilLahirrahmanirrahim..Assalamu’alaikum warahmatulLahi wabarakaatuh..”

“Wa’alaikumussalam warahmatulLahi wabarakaatuh..”, jawab mereka serentak.

“Cikgu tak berniat untuk memanjangkan teguran kakak kamu tentang perangai kamu di dewan makan,” jelasku kerana sebelumnya ketua biro makanan menegur displin pelajar di dewan makan semasa menunggu waktu berbuka dan keengganan segelintir pelajar menurut arahan. Janjiku, di lain kesempatan aku sendiri yang akan memantau mereka di sana melihat dengan mata kepala sendiri sebelum membuat tindakan susulan.

“Sebelum kita bersolat isyak insyaalLah, cikgu nak sampaikan sedikit tazkirah tentang maksiat. Syarat untuk berbuat maksiat. Nak ingkar perintah Allah, boleh… Tapi ada syaratnya. Dan syarat2 itu akan cikgu sampaikan melalui satu cerita”

Dan aku pun membacakan artikel yang sempat kuperolehi dari laman web iluvislam.com seperti di bawah:

Lima Syarat Berbuat Maksiat

“Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham (seorang alim yang terkenal zuhud dan wara’nya). Dia berkata:
“Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

“Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

“Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata:

“Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.”


Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
“Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham.

“Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!


Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:

“Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

“Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!


Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
“Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu

. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

“Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab:

“Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

“Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

“Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak.

 

Suara sesekali kutahan menahan geram teringat keberanian mereka meminta izin untuk tidak bersolat. Setiap kali menyebut syarat seperti yang ternukil dalam cerita, kuajukan pula pada mereka persoalan itu mampu atau tidak mereka penuhi. Dan tiada satupun suara yang menjawab selain ‘TIDAK’.  

“Selepas ni, kalau ada lagi yang mahu ingkar dengan perintah Allah, yang bagi macam2 alasan tidak dapat solat, tidak mahu berpuasa, tak perlu kelima2 syarat, satu syarat pun cukup untuk kamu penuhi. Pasti tidak akan mampu kamu penuhi. Tiada siapa yang mampu penuhi”, terasa bergegar satu tubuh sepanjang menyampaikan peringatan ini buat mereka. Ya, aku masih marah. Marah dalam ketakutan akan keterbatasanku membawa kebaikan kepada mereka, mengubah sikap ambil ringan mereka pada perintah2 Allah.

Lalu tazkirah pada malam ke 19 ramadhan ini kututup dengan membuat penegasan sekali lagi akan kelima2 syarat tadi. Jauh di sudut hati doa kupanjat agar yang kusampaikan dapat sampai ke lubuk paling dalam hati mereka. Biar timbul kesedaran meski tidak secara drastik.

One Comment leave one →
  1. September 28, 2009 10:55 am

    Assalamu’alaikum…

    Dah lama tak jenguk blog akak.
    Seronok dengan kehidupan baru nampaknya..

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir dan Batin.

    Semoga perjuanganmu dirahmati Allah selalu

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: