Skip to content

Realiti sering tak sehaluan dengan mimpi

August 26, 2009

Sebentar tadi sorang teman mengkhabarkan akan pernikahannya yang insyaalLah dalam masa terdekat. Sempat pula minta komen bakal zaujahnyer. Hehee… InsyaalLah wanita pilihannya tu menepati ciri2 isteri solehah. Cuma tadi aku agak terkejut bila dia khabarkan nak minta bakal zaujah dia berenti keje lepas menikah dan dah pun dipersetujui. Alasannya xnak duduk berjauhan, maklum sorang kat pantai timur sorang kat pantai barat. Alasan tu memang xleh pakai. Kalau hidup ni pasti mengikut anganan, itulah yg terbaik tuk bina keluarga. Tapi hakikatnya realiti tak sama dengan mimpi. Banyak sudut kena ambik kira.

“Gini la awak, sblm awk ptuskan minta dia berenti, pastikan kedudukan ekonomi awak betul2 kukuh. Jangan tertipu dengan anganan sebuah keluarga yang sempurna even keduanya punya ciri2 yang islami”, begini kumulakan kalam nasihat (nasihat org gheti ler, nasihat diri sendiri kadang buntu. Hehhee..). Dunia sekarang menuntut kepada servive ekonomi dan faktor ekonomi juga la yg sering jadi pencetus konflik rumahtangga.

“Kena fikir realiti sama juga”, sambungku.

“Faham.. Jadi cadangan awak. Macam mana?”

“Kembali muhasabah niat awak menikah dulu. Kalau keduanya faham tujuan bernikah, jauh dekat xde masalah. Ni sebelum awak dapat kukuhkan ekonomi sebelum minta dia berenti la. Duk ceruk mana pun xde masalah, kan? Ganu (terengganu) ke, selangor ke, sabah ke, perlis ke”

“Maksud awak duk berjauhan?”

“Jangan jadikan tu alasan minta dia berenti. Apa salahnyer berjauhan buat seketika, yang penting ada ikatan yang sah”

“Haaaaaaaaaaaaaa?”, dan dia agak terkejut dan aku x terkjut langsung pun dengan keterkejutan dia akan cadanganku tu. Dah agak dah respon dia macam ni. Hik3.

“RasululLah pun bukan berkepit jer ngan zaujah2 dia kan? Berbulan2 p perang (ralat ni, sebenarnya berminggu je. dah kena sound ngn murabbi kecik dah)”, hujah yang akhirnya membuat dia terfikir.

“Percaya la, yang jauh tu la akan mendekatkan lagi kalian berdua nanti. Yang penting, pegang betul2 niat menikah tu tuk ibadat. Kalau pahala mendatangi majlis ilmu tu dikira sejak dari langkah kaki ke tempat tu, camtu juga ibadah yang satu ni, kan?”

“Lagipun tu boleh jadi motivasi awak keje., bagi cepat kukuhkan ekonomi”, sambungku lagi.

“Betul jugak awak cakap kan. Saya x terfikir pun macam tu sebelum ni”, macam mana nak terfikir kalau asyik cari pintu2 kesulitan jer padahal pintu2 kemudahan terbuka seluas2nya. Aku pandai jer ngata kat orang, aku sendiri kerap kali terhimpit dalam situasi yang sama sehingga ada yang mengingatkan. Keh3x.

“Tapi kenapa x awak je g terengganu? Kat sana kan masih boleh buat bisnes?”

“Terfikir macam tu. Susah sikit la kat sana buat business”

“Ermm… macam la awak pernah try”, kumatikan alasannya.

Menjadi suri rumah sepenuh masa, bagi sepenuh tumpuan pada suami dan mendidik anak2 pasti saja pilihan yang terbaik bagi seorang wanita. Tapi sebelumnya banyak hal perlu dipertimbangkan, dihitung2. Pilihan yang tepat tu boleh jadi pilihan yang paling kurang bijak kalau asas keputusan atas dasar kemahuan hati semata. Futuristik dalam berfikir dan akhirnya memandu dalam bertindak tak semestinya tak percaya pada taqdir yang Allah dah tentukan tapi kehidupan yang bakal dilalui kelak tu adalah bertitik tolak pada usaha di awal perjalanan. Bukan soal keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa atau meminta zaujah berhenti kerja je kena mem’futuristik’kan cara fikir tapi begitu juga soal yang lainnya.

Sebagai tambahan, kusisipkan jua hasil perbualanku dengan murabbi kecikku. hihiii..

“Dari pandangan seorang pemuda yang insyaalLah ke depan pemikirannya ni, sejauh mana idealnya memilih menjadi suri rumah sepenuh masa bagi sorang wanita yang asalnya berkerjaya setelah menikah?”, soalan kuaju menutup sebentar kisah anggur dan air kosong yang jadi menu sahurnya juga rutin ramadhan yang bunyinya agak meletihkan tp insyaalLah seronok dijalani.

“Itu lah sebaiknya2 kata guru kami beberapa ketika yang lalu dengan alasan jika si suami sudah terlebih cukup menyara keluarga, sudah terpenuhi nafkah si isteri maka tiada tuntutan utk si isteri bekerja bersama kerana peranannya di rumah untuk menjadi PA (bukan PA system tp PERSONAL ASSISTANT, tp kerapnya jadi PA system membebel. Hehehe… Harap2 xde la di kalangan kita jadi macam tu) suami adalah selayaknya”

“Jika si suami tidak mampu menyara keperluan keluarga, tak cukup di mana2 maka dibenarkan si isteri bekerjasama dengan suaminya untuk menampung bebanan keluarga”, sambungnya lagi.

“Adapun kemahuan untuk bekerja juga perlulah dipohon kepada suami dengan syarat2 sebagai seorang muslimah tidak menyalahi syarak, atas toleransi suami”, tambahnya.

“Itu bahasa hukum. Jika bahasa tatacara seorang isteri…, adalah lebih patut dan layak dia menjadi bidadari rumahnya.Agar kepulangan suami disambut penuh mesra, terlayan kehendaknya, tersedia segala yang selayaknya, anak2 terurus. Dialah pengurus rumah tangga ketika ketiadaan suami di rumah”, diakhiri pula dengan kalam ini.

Selamat membuat keputusan. Moga Allah kurniakan hidayah tuk memandu kita membuat keputusan yang terbaik. Juga selamat meneguk manisnya bulan penuh keberkatan ni.

p/s: tadi dah siapkan entri lain tuk hilangkan sawang kat blog ni tapi topik ni rasa lagi best nk share. hehhee… kredit tuk teman yang jadi tonggak utama citer ni. keh3. Juga buat murabbi kecikku. “jangan lupa beli kurma”😀

4 Comments leave one →
  1. August 26, 2009 6:30 pm

    🙂
    🙂 (juga)

  2. casperado permalink
    September 2, 2009 11:06 pm

    fuhh…blog da diubah suai…huhu
    bagus2…nak raya la katakan…
    jgn lupa simpan duit raya tu,,,
    nnt balik nak claim…hehe


    hihii…igt nk cat sama mklum nk raya tapi cat dah abis, org lain dah borong abis dah. kekkeee…
    sblm awk smpi, duit raya dah berkulat dah. so utk mgelakkn pmbaziran (org suka mbazir tu kan kamceng baik setan. kih3), jadinyer terpksa la duit ry tuk awk diserahkan pada yg ada jasadnya di sini. hihiii..(mcm la duit tu kuh raya siap leh berkulat2 plk)😛

  3. September 4, 2009 5:14 pm

    Wah.. tampilan baru nih
    Artikelnya, bagus… bisa buat referensi bagi yang dah kebelet nikah


    hihii…

  4. laptopusang permalink
    September 11, 2009 1:14 am

    Setiap tutur kata yang terbit daripada sanubari ada nilainya di sisi Allah swt…hayatilah Roh Ramadan untuk hari-hari yang seterusnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: