Skip to content

Dari buku teks ke dunia nyata..

July 15, 2009

“Minggu depan kita pergi lapangan”, begini janjiku..

“Pegi mana, cikgu?”, raut wajah masing2 menunjukkan ketertanya2an.

Kita belajar di luar. Tunggu la minggu depan”, jawabku menggantung jawapan sambil sengih sebelum meninggalkan kelas mereka seminggu yg lepas.

“Ok, siap2, kita turun. Bawa buku catatan dan pen. Kumpulan 4 bawa sekali bahan pembentangan”, arahku sebaik melangkah masuk ke kelas mereka pagi Isnin yang lalu.

“Buku teks, cikgu?”, soal mereka dalam pada masih ada yg terpinga mendengar arahan tak bermuqaddimah dariku.

“Buku teks tak perlu bawa”.

bergerak ke lokasi kejadian. hehee

bergerak ke lokasi kejadian. hehee

Dan kami pun bergerak menuju ke padang sekolah. Bersebelahan padang sekolah adalah kawasan berbukit dan kebetulan ada satu kawasan yg memang sangat sesuai utk topik luluhawa dan gerakan jisim yang kuajar ketika itu.

 

“Cikgu bagi masa 15 minit, kamu bergerak ke kawasan tepi bukit sebelah sana. Kumpulan 2 dan 3 yang dah bentang tentang kesan luluhawa cari kesan yang boleh dilihat di sana nanti seperti yang kamu cerita dengan kawan yang lain minggu lepas. Kemudian terangkan semula dengan kawan2 yang lain. Dan kumpulan 4, cari contoh kejadian gerakan jisim di bukit sana yang kamu nak bentangkan nanti”, pesanku yang lebih berupa arahan.

"panas ni cikgu", rungut mereka mulanya. "bukan org geografi namanya kalau x tahan panas", balasku.

"panas ni cikgu", rungut mereka mulanya. "bukan org geografi namanya kalau x tahan panas", balasku.

100_6461Di tepi bukit itu sambil disapa bahang matahari pagi, aku mula menyoal itu dan ini sekadar mengimbas kembali pembelajaran yang lepas. Dengan mengaitkan teori yang dipelajari dalam bilik darjah dan pandang darat yang ada di depan mata ketika itu membuatkan kelas pada hari itu lebih berkesan. Buktinya, semasa sesi soal jawab macam2 soalan yang mereka timbulkan dan jawapan yg lebih baik diberikan berbanding di dalam kelas.

mereka lebih memberi perhatian ketika ini

mereka lebih memberi perhatian ketika ini

Selepas lebih kurang 15 minit melangsungkan open air class, kami bergerak ke astaka padang sekolah untuk sesi pembentangan kumpulan 4 tentang gerakan jisim. Yang menariknya, mereka lebih aktif bertanya dan laju pula menjawab.

 

Kesimpulannya, kami sama2 seronok dengan kelas hari tu😀

6 Comments leave one →
  1. casperado permalink
    July 15, 2009 8:13 am

    laa..ni anti climax nie,,,tetiba je abes..aduhh


    hihii..udah gitu citernya teman nk buat cmna lg..?ehekkss

  2. July 17, 2009 2:53 pm

    salam
    kunjungan pertama dari rumah baru


    wa’alaikumussalam..alhmdulilLah..🙂 rumah baru..?
    BismilLah..silahkan..

  3. hatimerdeka permalink
    July 18, 2009 8:13 am

    cikgu ambil kesempatan relaks luar kelas!!


    hahhaa..win2 situation..cikgu relax, student pun relax😛
    tak ke adil lagi saksama tu..? hihii

  4. July 22, 2009 10:02 am

    assalamu’alaikum salam kenal…mampir ke Blog nae yo..?


    wa’alaikumussalam wbt..
    alhmdulilLah..syukran atas kunjungannya.
    salam kenal kembali..
    insyaalLah sy mampir ke sn🙂

  5. July 24, 2009 5:51 am

    Wah, asyik tuh belajar sambil jalan2.
    Sekarang saya sedang bingung mau ngajar tentang Statistika biar jadi menarik gimana ya? (kok jadi konsultasi…)


    hihii..nah, kalo matematika mba juga ga tau nich, fiq..soalnya matematika itu subject yg menyeremkan mba. hihii..

  6. August 22, 2009 12:57 pm

    salam takziah cikgu… hehehe🙂
    lama sekali saya tidak mampir kesini..


    wa’alaikumussalam..hihii..
    sy juga udah lama ga mampir ke sana😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: