Skip to content

Di usia baru…

July 4, 2009

BismilLah…

matang

matang

Sudah masuk 4 hari aku menikmati usia baru, 25 yang angkanya bertambah dan akan terus bertambah sehingga sampai waktu yang dijanjikan. Aku sendiri tak pasti, apa perlu diseronokkan pertambahan usia ni walhal di hadapan sana menanti duri2 tajam yang siap utk mencerderakan iman. Sedang amal masih kuragukan apa sudah cukup untuk menampung dosa yang menggunung. Bersyukur… Ya, itu pasti. Bersyukur atas kesempatan koreksi diri, menambah baik diri.

Menambah baik diri? Pernah janjiku kepada diri, menjadi anak yang menyenangkan hati ayah bonda. Tapi apa yang berlaku petang semalam membuat aku terpukul, terpukul dek keterlanjuran, tepatnya ketidakmampuanku mengawal diri tersasar nada tersilap menyusun bahasa dalam kesempatan bonda bertanya perihal satu harapan yang diletakkan atas pundakku. Ahh, mungkin halnya masih boleh dianggap remeh tapi hati halusku dapat menangkap gurisan yang ku’lakar’ di hati kecil wanita itu. Dan jantung bergetar, betapa berdosanya aku melukakan hatinya. Di mana kucampakkan kesempatan menambah baik diri itu?

‘Minta maaf pasti hati berbunga. Sesekali terlanjur, undur balik’, begini pula pesan murabbi kecilku (murabbi kecil??).

Sungguh mak, anakmu ini tak sengaja apalagi berniat untuk membuatmu terasa hati…

Itu ceritaku sebagai anak. Kulanjutkan pula ceritaku sebagai… Sebagai apa ek? Apakata kalian baca sendiri😀

Sambil jari ligat bermain di atas keyboard melakar barisan aksara di atas lebaran microsoft word  berlatar putih, sesekali kujeling dari kejauhan asrama puteri sekolahku.

lembut tapi berduri

lembut tapi berduri

“Ermm… Ampaian (jemuran) macam dah clear”, hati kecil berbisik sambil tersenyum.

“Mana2 pakaian yang cikgu dapati masih di ampaian, hari ahad nanti kita akan sama2 tengok proses lelongan. Tak percaya, buat!!”, amaran kerasku dalam ‘roll-call’ pertama 2 Julai 09 yang lepas sebagai warden. Minggu ini, pelajar asrama akan pulang ke kampung. Kalau mengikut peraturan, asrama kena bersih dan kemas sebelum ditinggalkan tapi sepanjang pemerhatianku (sebelum diamanahkan satu lagi tanggungjawab besar sebagai warden), tempat jemuran tak pernah bersih, pasti masih ada yang bergantungan.

“Mulai minggu hadapan, kita akan buat 3 sesi ‘roll-call’. Sebelum belajar malam, selepas belajar dan sebelum masuk ke kawasan sekolah. Ada masalah?”, sesi ‘roll-call’ direfresh semula. Keluhan berat mengisi ruang perhimpunan pelajar puteri. Dalam sesi pertemuanku dengan ketua warden, katanya sesi ‘roll-call’ memang pernah buat tapi hilang dan sepi macam tu je. Dan kuyakin, itu menjadi antara pendorong timbulnya kes pelajar asrama ponteng sekolah seperti yang dinyatakan oleh wakil pelajar dalam perhimpunan. Melihat secara zahirnya saja, satu kesimpulan menyeramkan terpahat dalam kepala, pelajar asrama sangat mengecewakan disiplinnya, akademik juga tidak ketinggalan. Peraturan perlu dikuatkuasa, bukan digubal semata2 mau mengisi buku peraturan dan disiplin asrama.

“Wah, ini manifestasi protes”, desir hati kecilku sebaik keluar dari dewan selepas berakhirnya perhimpunan pelajar asrama sempena kepulangan mereka ke kampung masing2 pada keesokan harinya. Apa tidak, kasut yang lengkap sepasang kutinggalkan di pintu dewan cuma tinggal satu. Puas mencari sehingga hampir putus asa akhirnya mata tertangkap objek hitam yang diletakkan betul2 di dalam lubang penutup longkang. Nak kata ada kaki yang tersepak, sangat mustahil melihat saiz lubangnya. Ucapan sebagai warden baru kuisi dengan amaran2 halus yang keras dan tajam, mau tak protes hati2 muda tu. Ye, memang aku dah jangka hal2 seperti itu akan berlaku. Gentar? Ye, jujurnya ada sedikit gentar tapi tidak kubiar menguasai diri sebelum mengetahui kemampuanku bertahan.

“Kalau ada yang tak puas hati dengan cikgu, datang jumpa cikgu. Kita berbincang. Jangan tunjuk protes di belakang cikgu”, ketegasan yang kutunjukkan kualas dengan keterbukaan berbincang yang suatu ketika dahulu tak pernah kudapat selama menjadi pelajar asrama. Dan hasilnya, ketidakpuasan hati dan kekeliruan2 terhadap warden2 menjadi duri dalam daging yang mengheretku menyimpan dendam. Tapi alhamdulilLah dendam tu telahku basuh setelah menangkap sendiri hikmah yang tersembunyi. Dan mereka (guru2 warden di asrama dahulu) menjadi contoh padaku.

Ok, lakaran kali ini kuakhiri di sini. Maaf lama menyepi dari entri baru, jarang dapat update. Maklum, semakin kerap meninggalkan laptop sekarang. InsyaalLah pertemuan akan menyusul di kesempatan2 yang lain pula.  

5 Comments leave one →
  1. July 4, 2009 4:19 pm

    Welcome back🙂


    hehee..

  2. July 5, 2009 2:51 pm

    assalamu’alaikum….
    lama pulak tak kunjung ke rumah akk…
    dan tertnyata dah sampai usia 25 tahun…

    cepetnya…
    Allahu Mubaarik fie ‘umurinaa…


    wa’alaikassalam wbt..
    lama ya..? hehhe..ga apa2 kok.
    iya, udah 25.
    mohon doanya ya dik..:-)

  3. July 5, 2009 10:10 pm

    amin.,

    kalau di Indonesia sebenarnya ada budaya semacam makan-makan:mrgreen:

    kapan makan-makannya?


    heheh..kalo di malaysia juga yah ada tuch acara makan2. tpi sy ga celebrate ulangtahun kayak itu.kalo mau makan2, hari2 juga makan. hikhikk..

  4. casperado permalink
    July 9, 2009 5:15 am

    iya..kapan makan2 nya..
    bukan di indonesia saja..di kampung saya juga selalu begitu..
    haha..
    bile besday nye??tatau pun,,,emm


    makan2 yaa??!!! hihiii..
    awk tu hari2 makan2. kakkaaa..
    lama dah, dah basi dah pon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: