Skip to content

Mengingati kematian

June 6, 2009

 

kembali...

kembali...

Apa tandanya kita dah bersedia dengan kematian?”, soalku membuka topik perbualan yang lebih serius, memulakan pagi sabtu ini dengan persoalan yang menyesakkan dada sejak malam semalam.

Bila kita rasa bila2 Tuhan (Allah swt) jemput pon, kita bersedia”, jawabnya ringkas.

“Bila tetiba jadi takut Allah jemput tu maknanya apa?”, soalan belum tuntas sampai di situ.

“Tu tanda tak bersedia, hati ragu2, hutang kereta tak abis bayou (bayar), hutang mesin basuh (eh, tolong yer..mesin basuh akk bayar cash tau! hihiii), hutang itu dan ini (memang banyak pun), salah tu, dosa ni. Tu petanda mudah kita belum bersedia. Time sorang2 kalau kita bayangkan, tiba2 malaikat datang bagitau aku nak amik nyawa, time tu tak ingat apa2 dah kecuali rindu ke Tuhan ok la, kira bersedia dah tu”, balasnya pula berbaur jenaka.

“Tapi di waktu lainnya rindu pula dengan jemputan, jadi terlalu rindu dengan kematian… Tu camana?”, yer memang ada ketikanya rasa teramat rindu dengan kematian. Tapi malam tadi, aku jadi takut, sebenar takut. Tiba2 je datang rasa tu sedangkan time tu tengah nyembang dengan sorang teman tentang Cameron Highland yang tentu2 saja bagi yang tahu tentangnya akan terbayang keseronokan, keseronokan dunia. Perbualan yang tadinya ceria bertukar gara2 persoalan yang kutimbulkan yang terkait dengan kematian (dalam kiasan). Dan ketika itu juga kulepaskan tangis berbalut rasa takut yang tiba2 menjengah.

“Apa sebenarnya yang Engkau nak sampaikan Ya Allah…? Bagaimana aku nak berdepan denganMu dalam keadaan sekarang? Apa yang aku nak jawab nanti bila Engkau persoalkan tentang hidupku di dunia? Bekal apa yang aku ada dalam menemuiMu?”, monolog dalam hati tika itu. Memikirkan dosa yang masih menggunung, sesak dada dibuatnya.

“Tu sifat2 terpuji. Nabi menganjurkan perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan dunia. Ketika nafsu membuak2 inginkan dunia, dgn memikirkan kematian nafsu kembali down, langkah kembali teratur dalam bertindak. So, jalan untuk bersedia semakin cerah, semakin mudah. Begitu halnya… Awat tanya, bersedia dah?”, dia pula menyoal. Huhuu…

“Semalam akak pegi sekolah dengan mata bengkak, malam tu tetiba jadi takut mati, takut yang amat”, ye, subuh semalam aku bangkit dari lena dengan kelopak mata yang hampir tak larat nak buka. Memang tak perasan aku menangis sesungguhnya. Bila aku terlena pun aku tak sedar.

“Bengkak menangis ka? Alhamdulillah… Sepatutnya memang kena macam tu, takut yang membawa sedar. Nabi pernah bersabda maksudnya, secerdik2 manusia ialah mereka yang banyak mengingati mati serta beramal untuk kehidupan selepas itu”, begini pula responnya.

“Selalu kalau ingat mati tak takut, tapi tetiba jadi takut… Jadi kompius. Kenapa macam tu?”, balasku bertanya lagi.

“Time tu hati kita benar2 ikhlas memikirkannya, atau pon masa itu kurangnya berbuat dosa. Bisikan iman mengatasi desakan nafsu. Teruskan saja berfikir… Takder masalah. Semakin memikirkan akhirat menjadikan jiwa luas, tenang dan senang. Meniru perbuatan org soleh sekalipon diri tidak sesoleh mereka adalah satu kejayaan”, jawabnya yang menyurut kembali ketidaktenangan yang membusut sejak semalam.

“Tapi akak tak suka jadi takut dengan mati… Rasa nak pecah dada dibuatnya, seksa betul”, ye, sangat2 menyeksakan. Seksa memikirkan alam kubur, persoalan2 malaikat kubur yang ntah lepas atau tidak untuk kujawab, seksa2 neraka… Allahu Akhbar!!! Sesak dada!! Melemaskan!!

“Dalam ilmu tasawuf, ilmu jiwa ada bab yg disebut ulama takut n harap… Takut dengan dosa2 dan mengharap rahmat Tuhan mengampunkannya. Takut dan harap saling berkait. Kita mengakui Tuhan itu Maha Dahsyat seksaanNYA dan dalam masa yang sama meletakkan rahmatNYA akan mendahului kemarahanNYA. Kesimpulan mudah, kita masuk syurga bukan dengan amalan tapi dengan kasih sayang Tuhan. Jangan diperkecilkan perkara kebaikan sekali pon ia sekadar melemparkan senyuman kerana kita tak pasti mana satu perbuatan yang diredhoiNYA. Bukan pada besarnya amalan tapi pada sucinya keikhlasan”, begini dia mengakhiri perbualan.

Ye, bukan pada besarnya amalan tapi pada sucinya keikhlasan… AlhamdulilLah, hati kembali tenang… Tima kasih wahai murabbi kecilku😀

5 Comments leave one →
  1. June 6, 2009 9:46 am

    :p
    afwan, bahasanya sedikit kurang paham🙂


    hihii…terus gimana ya?? (lagi mikir)

  2. June 9, 2009 8:50 am

    salam ziarah…

    http://www.omaQ.org


    salam ziarah kembali..(sy dah berkunjung ke sana, catatannya menarik cuma x sempat tinggalkan apa2 jejak. hihii..insyaalLah akan sy susuli bila ada kesempatan)

  3. hatimerdeka permalink
    June 21, 2009 7:51 pm

    murabbi kecil erkkk??!!!!!!!


    hihiii…dia tetap kecil di mata kakaknya😛

  4. June 29, 2009 12:41 pm

    Subhaanalloh, silaturohim ke sini ana langsung diingetin ama ukhty tentang kematian. Aku jadi nginget ya. Bagus ukhty. Lanjutken🙄


    salam alaika..alhmdulilLah..itu tandanya hati akhi masih hidup, bukan kerna tulisan ini doank🙂
    BTW, syukran udah mampir ke mari. insyaalLah kapan2 punya waktu senggang sy nyusul ke blog akhi

  5. July 4, 2009 2:25 am

    mengingat kematian adalah salah satu cara agar kita tidak lalai akan hidup di dunia yang fana…
    tapi mungkin saya kurang setuju dengan cara tasawwuf/ sufi🙂

    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: