Skip to content

Menghadir senyum buat mereka

May 28, 2009

AlhamdulilLah… Minggu depan sekolah akan mula bercuti selama dua minggu dan sekolah akan dibuka semula pada 15 Jun 09. Sebelum bercuti, aku dah janji nak bawa salah sorang teman di sekolah yang juga merangkap sorang kakak buatku (dah dia dua tahun berusia dariku, kira aku ni adik la. hihiii) berjalan melihat laut. Hajatnya nak bagi dia merasa mencari siput di celah batu, maklum orang gunung (kakak tu asalnya dari kawasan kaki gunung Kinabalu, Ranau) so jarang sangat jumpa laut apalagi merasa pengalaman mengutip siput di celah batu (macam la aku ni selalu sangat pegi kutip siput. Hikhikkk..). Tak cukup dengan tu, kukhabarkan padanya dan sorang lagi teman yang sama2 posting di sekolahku juga merangkap teman sekolah sejak di tingkatan 2, kat sana nanti boleh pegi pelabuhan ikan, boleh dapat ikan fresh dengan harga yang jauh lebih murah.

 

Sebaik berakhir majlis HAPC (hari anugerah prestasi cemerlang) di sekolah, kami kembali ke rumah (ketiga2 tinggal di kuarters guru tapi rumah yang berbeza). Selepas solat zuhur, kami bertolak. Petang macam nak hujan, langit hitam pekat sarat dengan awan kumulusnimbus (awan yang mengandungi banyak wap air), jauh di kaki gunung Kinabalu hujan nampak lebat. Sepanjang perjalanan aku memang mengharap sangat Allah bagi cerah sampai ke petang hari ni. Dan setinggi syukur kupanjatkan padaNya, langit yang tadinya gelap kembali cerah.

 

Jauh di sudut hati sebenarnya bukan sekadar nak perabih minyak keta berjalan saja2 (kalau saja2 memang tak larat lantaran letih dengan tugas2 di dewan sekolah, tambahan lagi sakit semalam masih bersisa) tapi sebenarnya nak gembirakan hati kakak tu yang baru je mengalami peristiwa sedih dalam hidupnya. Aku cuba untuk menggembirakan hatinya. Melihatnya seronok dan exited bila kusebut hajat membawanya melihat laut dan ke pelabuhan ikan sejak seminggu yang lalu rasa seronok sama. Itulah agaknya nikmat menggembirakan hati orang lain, tanpa sedar Allah kurniakan juga rasa seronok itu dalam hati. 

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di pekan kota belud, beli apa yang patut. Dan aku yang tak sempat menjamah nasi makan tengahari cuma membeli roti sekadar alas sebelum menelan dua biji ubat tahan sakit yang klinik bekalkan semalam.

Pintu masuk ke kedai yang menyediakan tempat memancing bermodelkan salah sorang teman

Pintu masuk ke kedai yang menyediakan tempat memancing bermodelkan salah sorang teman

Sampai saja di muara sungai, kami terus singgah di salah sebuah kedai yang menyediakan tempat memancing untuk bertanya lokasi pelabuhan ikan sambil2 bertanya perihal perkhidmatan memancing yang disediakan. Malangnya peralatan memancing perlu disediakan sendiri, hanya tempat saja yang disediakan dengan cuma bayaran RM 1 sepanjang hari untuk seorang. Tapi kami tak bawa apa2 peralatan memancing. Ketika itu tempat memancing yang disediakan dipenuhi beberapa orang lelaki sambil berteman joran masing2. Timbul juga iri dalam hati, maklum memancing adalah salah satu hobiku.

 

“Tak pe la, lain kali kita datang bawa joran ek”, kucuba memujuk mereka yang mula menampakkan raut kecewa di wajah walhal aku sendiri sedikit terkilan.

 

Destinasi selepas itu adalah mencari pelabuhan ikan. Aku sendiri sebenarnya tidak tahu di mana lokasi khususnya, cuma tahu tempat je. Berbekalkan harap, kubawa mereka (kakak tu, temanku juga sepupu yang tinggal bersamanya) mencari pelabuhan ikan. Selepas bertanya beberapa orang penduduk kampung tu, akhirnya kami jumpa juga pelabuhan yang masih ada ikan (pelabuhan yang lain dah kehabisan ikan dan kebetulan pula bot2 belum pulang dari laut). Seorang pemuda membawa kami melihat sendiri ikan yang masih ada dalam simpanan mereka.

Ni layak tuk restoran besar je ni. hhehe...

Ni layak tuk restoran besar je ni. hhehe...

“Wah! Besarnya…”,

reaksi pertamaku sebaik penutup bekas ikan dibuka. Beberapa ekor ikan kayu (yang juga dikenali sebagai ikan tongkol) yang bersaiz besar, seekor ikan pari dan beberapa ekor ikan yang aku memang tak tau namanya (ahhahaa) menerpa pandangan.

 

“Ni kira macam mana?”, soalku. Lagaknya macam seorang peraih (chewah!). Dengan kelebihan fasih berbahasa bajau (dah memang aku orang bajau. hikhikkk), aku mewakili teman2 yang lain dalam proses tawar menawar.

“Enam ringgit sekilo”

“Aik! Sama jer dengan yang kat pasar?”, dah memang betul pun. Harga tu sama dengan yang kat pasar. Dan dia cuma tersengih. Teman2 yang lain cuma mendengar, tak tau la diorang faham ke tak aku nyembang ngan orang tu sebab ketiga2 mereka berbangsa dusun.

“Tak boleh dapat murah sikit ke?”

“Ermm…”, seolah tengah membuat pertimbangan.

“Korang nak ke?”, soalku pada teman2 sambil menunggu si pemuda membuat pertimbangan harga.

“Besar sangat la”, sapa ntah yang jawab, aku pun tak ingat dah (hikhikkk).

“Kalau macam tu takpe la”, kataku mengakhiri proses tawar menawar. Selepas tu, aku bertanya jadual kepulangan bot2 nelayan. Dapat juga la sedikit sebanyak info yang insyaalLah lain kali boleh jadi panduan kalau berhajat untuk mendapatkan ikan fresh lain kali.

 

Pelabuhan itu kami tinggalkan dan destinasi seterusnya adalah mencari kawasan pantai yang berbatu. Menyusur jalan2 kampung, aku cuba mengingat laluan yang pernah kami (aku dan teman2 sekelas untuk salah satu kajian geografi yang perlu kami sempurnakan semasa di tingkatan 6) gunakan hampir 6 tahun yang lalu untuk ke pantai tidak jauh dari situ. Seingat aku, pantai tu memang sangat sesuai untuk berkelah juga tapak yang sesuai mengutip siput. Tanda yang masih kuingat adalah sekolah rendah. Selepas beberapa minit menyusur jalan2 kampung, sekolah rendah itu kami temui. Malangnya kawasan itu sudah berpagar so tiada laluan untuk ke pantai tu. Kecewa… Memang kecewa… Lebih kecewa bila satu lagi hajat tak tertunai L. Apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan?

“Macam mana? Nak surrender dah ke?”, tanyaku setelah menyedari ada yang mula menguap melepas lelah yang mula membusut.

“Surrender la…”, jawab satu suara sambil sekali lagi disusuli kuapan. Kesian…

Penat ek? Aku ok je ni kalau nak cari lagi.  Ada satu lagi tempat (pantai dan pelabuhan ikan) tapi jauh sikit kalau nak juga”, balasku menawar.

“Kita balik la…”, jawab teman yang duduk di belakang dengan nada berbalut kecewa dalam lelah yang makin ketara. Hihii….

Dan aku terus memandu menyusur jalan yang kami lalui sebentar tadi.

“Eh, pelabuhan tu macam ada orang je. Cuba akak tengok”, pintaku pada teman yang duduk di sebelah lantaran fokusku harus pada jalan di hadapan.

“Memang macam ada orang”, jawabnya.

“Kita cuba tanya kat sana. Kalau takde juga, kita beli kat gerai tepi jalan tadi”, balasku mencadangkan pilihan terakhir setelah teringat ada sebuah gerai yang menjual ikan tak jauh dari kawasan2 pelabuhan. Kenderaan kuhalakan pula ke arah pelabuhan itu. Dipendekkan citer, memang hari ni bukan rezeki kami. Kebetulan tak lama sebelum kami sampai, mereka (nelayan2 yang ada kat situ) baru je hantar ikan2 ke peraih besar yang kami kunjungi tadi yang letaknya di seberang laut sana. Padan la harganya sama dengan yang ada kat pasar, rupanya orang tu pun peraih. Kalau beli direct dari nelayan, ikan kayu tu boleh dapat RM4 sekilo (berbanding RM6 sekilo di pelabuhan pertama yang kami kunjungi), agak murah.

 

Dan begitulah, akhirnya kami singgah juga di gerai yang kumaksudkan. Selepas proses pilih memilih, tawar menawar, akhirnya aku membuat keputusan membeli seekor ikan kayu seberat 400 gram dengan harga RM2.

“Kalau kat penang, jangan harap dapat harga macam ni. Hehhehe”, bisikku dalam hati saat menghulur duit pada makcik tu. Mereka yang lain cuma menjadi pemerhati, niat nak dapatkan ikan dicancel. Mereka kurang berminat tengok ikan2 tu atau merajuk, aku sendiri kurang pasti… hehheee…

“Tak dapat makan seafood kat tepi laut, kita makan la kat kedai lain, nak?”, cadangku dalam usaha memujuk rajuk yang ntah ada ntah takde.

“Kat mana?”, soal kakak di sebelah.

“Kat taman tun said. Boleh makan tomyam seafood kat sana, tapi agak mahal la. Nak ke?”, balasku.

“Kita singgah la. Hehhee…”, jawab teman di belakang. Yang lain mula bersuara ceria. Fuh! Lega… Sesak juga dada mengecewakan orang ni.

 

Tomyam yang menjadi melengkapkan hidangan kami. pekat giler..hehe

Tomyam yang menjadi melengkapkan hidangan kami. pekat giler..hehe

Dan sebelum meneruskan perjalanan kembali ke kuarters kediaman kami, aku membawa mereka singgah ke restoran yang kumaksudkan. Lokasinya memang ber’view’ cantik, maklum letaknya atas bukit. Kutinggalkan mereka di restoran itu untuk mencari surau sambil meninggal pesan tomyam campur (dah lama sangat tak menjamah tomyam). Sekembaliku dari solat asar, pesanan dah tersedia di atas meja. Masing2 menjamah pesanan yang berbeza.

Salah satu sudut dari restoran yg sempat ku'snap'kan

Salah satu sudut dari restoran yg sempat ku'snap'kan

 

 

 

 

 

“Jom! Sempat lagi ni kalau nak singgah empangan”, belum tuntas lagi usahaku untuk membuat mereka tersenyum. Tak dapat pergi pantai, sungai pun jadi laa…

Hari sudah menginjak 5.30 petang, ada kurang sejam lagi nak masuk maghrib. Dan kami luangkan kira2 15 minit di sana. Memang diorang seronok main air. Aku yang malas untuk berbasah cuma menahan keinginan turun sama merasa dinginnya air sungai yang mengalir dari kaki gunung Kinabalu.

 

Cuma memerhati dari atas

Cuma memerhati dari atas

"Kak, minta air", rasa dingin kat tapak tangan pun jadi laa..

"Kak, minta air", rasa dingin kat tapak tangan pun jadi laa..

Tima kasih atas jasamu membantuku membuat mereka tersenyum

Tima kasih atas jasamu membantuku membuat mereka tersenyum

Dan kami pulang dengan rasa puas di hati melihat mereka tersenyum. Melihat mereka gembira membuat aku lupa seketika rasa sakit di perut dan sesekali pedih di hulu hati.

2 Comments leave one →
  1. casperado permalink
    May 29, 2009 4:43 am

    -nk blaja bahasa bajau…hehe..

    -cantiknyer kete…nk pinjam leh??


    bleh2x! nt sy siapkn jadual kelas online tp kena byr fee dlu la. ahakss!! no akaun nt sy bg, byrnyer kena on time tau! hikhikk..:D
    nk pinjam? no hal tp sy xleh nk poskn ke sn, awk kena datang sini la. ehhehe

  2. May 30, 2009 1:23 am

    🙂

    🙂 (juga)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: