Skip to content

Apa mungkin Allah terima taubat kita…

May 14, 2009

20071222195135“Nak mintak pandangan akak boleh?”, soalnya membuka bicara.

“Silakan, akak cuba”, jawabku.

“Apa mungkin Allah terima taubat kita kalau kita selalu mengulangi dosa yang sama?”, begini bunyi soalannya. Jujurnya aku sedikit terkejut orang seperti dia bertanya soalan sebegitu kepadaku. Walhal dia yang lebih layak untuk menjawabnya lantaran memang bidang pengajiannya khusus tentang agama. Tentu saja dia lebih tahu tapi…

“Tu ke yang nak tanya pendapat akak?”, soalku ragu.

“Lepas buat dosa kita bertaubat, kemudian di kala iman lemah dan tergoda kita kalah dan mengulangi lagi dosa tersebut. Apabila sedar kita bertaubat dan benar bertaubat, tapi kita tetap kalah untuk hari yang datang. Kemudian kita tetap memohon taubat”, jelasnya lagi.

“Yup, apa pendapat akak, adakah Allah akan terima taubt kita tu?”, sambungnya sembari menjawab soalanku. Dan aku tersenyum kemudian menjawab.

“Enta sendiri tau jawapannya”

“Ana tak pasti”, katanya pula.

“Apa pendapat akak?”, dia mengulangi soalan yang sama. Kepelikan masih membusung di hati tapi aku cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab soalannya. Sebenarnya jawapan itu lebih kepada mengingatkannya kerana soal-soal sebegini bukanlah asing baginya (begini yang terbersit di hati saat itu).

“Apa yang mampu akak katakan cuma mengingatkan enta bahawa Allah membuka pintu rahmat dan ampunanNya pada waktu malam buat hambaNya yang melakukan maksiat padaNya di waktu siang. Dan Allah buka kembali pintu rahmat serta ampunanNya di waktu siang buat hambaNya yang membuat maksiat padaNya pada waktu malam sehinggalah nyawa kita berada di kerongkongan. Tapi siapa yang tahu saat kematiannya? Tiada satu pun makhkuk yang tahu. Selagi kita mengakui tiada Tuhan selain Dia, maka pintu ampunan itu sentiasa terbuka luas, dik”, jawabku cuba menyusun bahasa sebaik mungkin.

 

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Zumar: 53).

 

Taubat itu adalah salah satu rahmat dari sekian banyaknya rahmat Allah buat hamba-hambaNya. Dan Allah menjanjikan keampunanNya bagi sesiapa saja yang mahu bertaubat malah menggantikan keburukan hambaNya dengan kebaikan serta pula menghapuskan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat kepadaNya.

 

“Subhanallah, betapa sayangnya Allah pada hambaNya, tapi kenapa hambaNya tak terfikir dan lupa akan cinta Allah tu?”, soalan itu menuntutku berfikir sama.

“Insan… yang sering bolak balik hatinya. Sebab tu kita dituntut untuk berdoa moga Allah bolak balikkan hati kita pada keimanan hanya padaNya, taat hanya padaNya”.

“Betul kak. Kami yang belajar agama pun kadang-kadang leka. Tak tau la, hati ni kadang-kadnag sedih bila fikirkan dosa yang banyak sebelum ni”, luahnya. Dan seperti biasa, aku dahului responku dengan senyuman. 

Apabila dosa tersebut diikuti dengan lapan perkara maka mudah-mudahan ia dekat dengan kemaafan, keampunanNya. Empat perkara tersebut berlaku di hati iaitu pertama adalah taubat (di mana ia diertikan sebagai penyesalan atas apa yang telah berlaku pada masa lalu dan takut kepada Allah akan apa yang akan datang pada masa hadapan. Dan diertikan juga taubat itu sebagai melepaskan pakaian keburukan dan membentangkan janji kebaikan). Kedua adalah bertekad untuk tidak mengulanginya, sementara ketiga adalah menyesal dan takut pada hukuman Allah. Dan keempat adalah mengharap ampunan daripada Allah swt. 

Sementara empat perkara lagi adalah pada anggota tubuh iaitu yang pertama solat sunat taubat dan kedua adalah memohon ampunan kepada Allah sebanyak 70 kali dan mengucapkan ‘subhaana robbiyal ‘azimi wabihamdih’ sebanyak 100 kali. Perkara ketiga adalah bersedekah dan berpuasa (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’ – dengan sedikit olahan ayat). 

 “Bersyukurlah dalam istighfar padaNya. Paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu”, balasku.

“Kadang-kadang hati ni kuat dan kadang-kadang lemah dan kalah dengan godaan”, katanya lagi menambah.

“Semakin kuat iman kita, semakin sering pula iman itu diuji”, ye, aku cukup yakin dengan kalimat ini. Sungguh, Allah tidak pernah membebani hambaNya melampaui kemampuannya. Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kemampuan hambaNya lantaran Dialah yang telah menciptakan.

 

Allah berfirman kepada malaikatNya ketika manusia banyak melakukan dosa, dalam hadis Qudsi disebutkan:

“Berdoalah kepadaKu dan untuk hambaKu kerana jikalau Aku telah menjadikan mereka maka sesungguhnya Aku telah menguasai mereka” (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’).

 

Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang maksudnya:

“Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKU dan tidak pula akan mengumpulkan dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKU di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada Hari Kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKU di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada Hari Kiamat”  
(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Mubarak dan Al-Hasan).

 

“Ya Allah yang menenggelamkan bintang-bintang dan menutup mata manusia, Engkau tidak tidur wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa. Ya Allah, kasihanilah kelemahan kami dan sembuhkanlah saudara-saudara kami yang sakit dan terimalah taubat kami, Engkau mengetahui keadaan kami dan tidak memerlukan permintaan kami. Maka ya Allah, cukupkanlah kami daripada kemiskinan kami dan ampunilah kesalahan kami dan bantulah kami melawan musuh-musuh kami, dan tolaklah tipu daya mereka menjadi kekalahan bagi mereka dan jauhkanlah kami daripada kejahatan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat dan Maha Menjawab doa-doa kami wahai Tuhan Pemilik langit dan bumi. Selawat dan salam buat Junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga juga sahabat baginda sekalian”

 Amin… Amin… Allah humma amin…🙂

7 Comments leave one →
  1. May 15, 2009 2:04 am

    Sungguh, maghfirah adalah anugerah dariNYA dan bukan karena kita berhak atasnya. Begitu pula dg nama al-Ghafuur ul-‘Afuww ut-Tawwaab, ketiganya menunjukkan adanya yang diampuni dosanya, yang dimaafkan, dan diterima taubatnya.

    Dalam hadits Abu Ayyub al-Anshari riwayat Muslim, Rasulullah bersabda:
    “Seandainya kalian tidak berbuat dosa, pastilah Alloh membinasakan kalian dan akan digantikanNYA dengan suatu kaum yang berbuat dosa, lalu mereka beristighfar, dan Alloh pun mengampuni mereka.”


    syukran jazilan atas masukannya, akhi…🙂
    sungguh, rahmat dan ampunan Allah itu melebihi kemurkaanNya

  2. May 15, 2009 8:15 am

    Assalamu’alaikum…alhamdulilLAH diberi kesempatan kembali bersilaturrahmi ke blog ini. Ana tertarik dengan artikel satu ini, nak copy boleh???dengan sedikit editan ana nak posting. boleh tak???


    wa’alaikissalam saudariku yang dihormati..
    sy berbesar hati dengan kunjungan saudari ke sini🙂
    silakan, moga2 kebaikan itu dapat kita sebarkan bersama🙂

  3. May 17, 2009 9:59 am

    Insya Allah, selama nyawa masih belum sampai di kerongkongan…


    dan selama itu juga lah pintu taubat terbuka luas buat kita..🙂

  4. masnoer® permalink
    May 19, 2009 9:27 am

    betul juga yang dikatakan mas fahry . . . . . selama nyawa masih belum sampai di kerongkongan… Allah maha pemaaf

    maaf saya nyolong aja masuk tanpa permisi

    salam kenal dan silturahmi saya


    ga apa2 kok..mang pintu ‘gubuk’ ini sentiasa terbuka buat siapa pun yang mau ninggalin jejak😀
    BTW, syukran..trimas atas komentarnya, kunjungannya dan kesudiannya membaca tulisan ini🙂
    salam kenal dan silaturrahmi kembali dari sy juga🙂

  5. September 23, 2009 9:21 pm

    Maafkan hamba Ya Allah,,

  6. aireensamirah permalink
    September 28, 2009 10:43 am

    salam alaik..

    salam ziarah..

    pohon keizinan untuk quote beberapa ayat dari post ini

    terima kasih banyak2

  7. Rasyid Indrawan permalink
    April 18, 2010 1:56 pm

    Mudah-mudahan Qta semua dapat menjadikan hidup ini dengan penuh ladang amal, untuk bekal kita di akhirat,, Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,, yang selalu akan mengaampuni dosa hamba-hamba-Nya…….
    Innallaha Tawwaaburrahiim….. Sebelum terlambat ayo kita BERTAUBAT……
    ASTAGHFIRULLAHAL’ADZHIIM…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: