Skip to content

Faham menyuburkan minat

April 8, 2009

geografi“Kau ni excited laa”, sapa temanku sewaktu sama2 menapak ke asrama sekolah untuk kelas bimbingan pelajar asrama yang kami jalankan sejak bulan lalu.

“Excited?”, soalku balik, pelik.

“Ye la, exicted… Kau memang betul2 minat geografi ek?”, hohoo.. Baru aku faham maksudnya. Sebelum turun dari rumahku di tingkat 3 flat guru yang kami diami, aku miscall dia, dua kali. Mungkin sebab aku miscall awal sikit sebelum waktu yang kami janjikan hingga terbit persoalan ‘exited’ tu. Tergelak juga aku dibuatnya.

“Memang aku minat pun. Tapi dulu aku tak minat sebab aku tak faham. Teruk juga keputusan PMR dulu, time tu aku tak faham. Bila tak faham jadi tak minat. Hehee…”, jawabku menjelaskan.

Betul tu… Memang takkan timbul minat kalau kita tak faham”, balasnya mengiyakan.

“Ingat lagi cikgu Suraya”, terbayang di ruang minda senyuman manis bekas guru geografiku semasa tingkatan 5 dahulu.

“Ingat… Cantik orangnya, kan?”, jawab temanku.

Masih segar lagi jeritan kecilku sebelum pembarisnya sampai ke tapak tangan sebagai hukuman (aku pun lupa atas kesalahan apa aku dihukum hari tu. Markah peperiksaan rendah, tak silap). Yang peliknya, seronok pula dapat hukuman dari dia. Apa tidak, hukuman diiringi senyuman. Tapi keseronokan itu tidaklah sampai mengundang keinginan untuk mengulangi kesalahan yang sama, usaha juga jangan sampai kena hukum lagi. Seingat aku, dia tak pernah marah2 dan dia suka bercerita. Kadang2 dia bercerita tentang dirinya sehingga membuat kami lebih kenal dirinya.

“Iye… Dan dari dialah aku jadi minat geografi”, balasku pula.

 

Itulah yang menjadi topik perbualan kami sepanjang meredah samar cahaya bulan (chewah! Bersastera plak dah) dalam perjalanan ke asrama sekolah tadi. Aku pernah melalui waktu2 cuak pada subjek ini satu ketika dahulu. Semuanya bertitik tolak pada kurang fahaman. Tapi sekarang alhamdulilLah aku semakin faham dan itulah yang menyuburkan minatku. Dulu aku takde perasaan pun bila tengok gunung selain terbit kekaguman pada kecantikannya (kalau time tu kena view yang cantik). Tapi lepas dah belajar tentangnya, timbul perasaan lain. Dan perasaan itu hadir setelah tahu dan faham bagaimana gunung itu terbentuk. Perasaan yang lebih hampir dengannya (tapi kalau manusia kadang tak berapa tepat konsep ni. Ada yang tak kenal sangat pun blh jadi suka. Blh jadi suka atas dasar fizikalnya je -suka berasaskan faktor ini aku yakin takkan kekal lama-  atau suka tanpa sebab. Ada ek macam tu? Hehehee…).

 

Bukan dalam aspek pelajaran di sekolah atau masa kuliah di universiti je, malah dalam soal ibadat sendiri pun kalau kita tak faham memang agak sulit untuk minat dan seronok buat satu2 ibadat.

 

Wallahu’alam…🙂

 

(nak citer banyak lagi sebenarnya tapi dah mengantuk, waktu dah menginjak 1.03 pagi… yang penting poin last tu dah tersampai)

6 Comments leave one →
  1. April 8, 2009 8:31 am

    waaa nostalgia ni ceritenye..

    😀

  2. April 8, 2009 12:31 pm

    Pertama, The First, Nomer Wahid!

    Gimana kabarnya Ukhti? sihat kah?


    alhmdulilLah sy sihat..
    syukran jazilan atas kunjungannya🙂

  3. April 8, 2009 3:00 pm

    se7


    klu ga stju jg sy sng kok, bukankah perbezaan pendapat itu mbuat kt lbh berfkir🙂

  4. April 9, 2009 10:38 am

    Saya sepakat denganmu ukhti
    faham memang menumbuhkan minat

    faham akan indahnya Islam kan membuat orang berminat tuk tetap istiqomah di dalamnya


    🙂 insyaalLah moga hati sentiasa terbuka utk hidayah Allah buat kt smua. Allah humma amin..

  5. April 9, 2009 3:26 pm

    Saya malah jadi bingung antara faham yang menumbuhkan minat atau minat yang menumbuhkan rasa ingin faham….
    Atau saya yang salah menafsirkan kata minat dan faham di sini. Karena menurut saya kalau minat dah da maka rasa senang untuk belajar akan muncul😀


    mba juga bingung. hehehee..
    persepsi kt mungkin ajha beda. pd mba, sesuatu yg mba nggak ngerti itu sulit untuk mba minati. dan minat itu asasnya apa? masak ga tau apa2 ajha udah minat. pasti ada sesuatu yg kita tahu dan faham tentangnya sebelum kita meminatinya.
    mba rai perbedaan persepsi dan buah fikir antar kita😉

  6. April 15, 2009 12:46 pm

    wah kok saya kurang faham ya..yang jelas menurut saya minat dan paham untuk melakukan apa yang diminati adalah suatu yang tidak bisa dipisahkan😆


    iya bener…paham dan minat ga bisa dipisahkan. menurut sy minat itu pasti lebih subur lagi kalo disertai dengan paham🙂 ini pendapat peribadi sy ajha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: