Skip to content

“Ni first time saya cuci tingkap, cikgu”

April 4, 2009

setiap satu melengkapi yang lainnya

setiap satu melengkapi yang lainnya

“Hari ni kita akan belajar tentang penggunaan kain dan baldi”,

kataku sambil mengangkat sebuah baldi sederhana besar dan 3 helai tuala putih kecil yang sempat kubeli di koperasi sekolah sebelum masuk ke kelas mereka. Sengih tu tak tinggal (hheehehee). Mereka tertawa, pasti saja mereka sudah tahu kegunaannya.

 

“Kalau biasanya cikgu datang berbekalkan marker pen, hari ni cikgu bawa baldi dan kain. Hari ni kita belajar sivik secara praktikalnya”, sambungku.

 

Sebelum menjelaskan aktiviti pada hari itu, kujalankan satu aktiviti santai terlebih dahulu. Sekadar nak ‘warm up’. Motifnya adalah menguji sejauh mana mereka dapat mengecam teman2 sekelas mereka tanpa penglihatan.

 

Setelah melihat wajah2 ceria mereka kesan aktiviti ‘warm up’ tadi, kumaklumkan tugas masing2. Hari itu sebenarnya kuperuntukkan untuk membersihkan kelas. Walaupun mulanya keluar suara2 keluhan, namun sepanjang hampir sejam bertungkus lumus membersihkan kelas terutama cermin tingkap yang habuknya tak pernah dibersihkan kulihat ada raut patuh di wajah2 mereka.

 

“Ni first time sy cuci tingkap, cikgu”, luah Wise, salah sorang pelajar lelaki. Tergelak aku dibuatnya.

“Hah, elok la tu. Sekarang dah merasa cuci tingkap, kan?”, balasku sambil teman2nya yang lain turut sama tertawa dengan pengakuannya. Anak2 ini terlalu dimanjakan sebenarnya.

 

Aku hampiri pula seorang pelajar lain, Wesly (teman rapat mendiang Elezer dalam kelas).

“Wah, dah bersih”, pujiku pada hasil kerjanya. Kain yang tadinya putih bertukar kelabu gelap, apa tidaknya habuk cermin tingkap kelas mereka tidak pernah dibersihkan.

“Tengok orang yang bersihkan juga tu, cikgu”, balasnya berseloroh mengundang tawa kecilku.

 

Tingkap dah bersih, kipas pun dah bersih, lantai dah bersapu, meja dah disusun lebih kemas susunannya dan tong sampah besar di luar kelas pun dah dibersihkan. Kuperhatikan mereka berpeluh2, keletihan. Tapi ada kepuasan di wajah mereka. Selepas berehat seketika dan kuminta mereka membersihkan tangan masing2 di tandas sekolah, sampai pula giliran penilaian hasil kreativiti mereka. 3 hari sebelumnya mereka kubekalkan dengan sekeping kertas lukisan untuk melukis apa sahaja yang nantinya akan menjadi perhiasan dalam kelas. Kuakui, beberapa orang di antara mereka punya bakat yang besar dalam melukis. Pun begitu, semuanya mendapat pujian. Pasti saja itu membuat mereka seronok dan aku senang membuat mereka seronok.

 

Hari tu sebenarnya kalau menurut perancangan aku kena bincangkan tentang kepentingan kekeluargaan dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Tapi perancangan yang berubah di saat2 akhir itu mengaplikasikan (pengajaran terus pada praktikal. Hehehe..) kepentingan kekeluargaan dari aspek sosial dan politik. Benih semangat kekeluargaan antara mereka yang cuba kusemai sejak awal2 dlu kusiram dengan aktiviti2 seumpama itu, biar mereka lebih merasa konsep kebersamaan. AlhmdulilLah, objektif tercapai… J

11 Comments leave one →
  1. April 4, 2009 2:00 pm

    Anak kecil bagaikan kertas putih mudah sekali menuliskan sesuatu di atasnya, hidup itu memang pembelajaran diawali dari hal yang kecil.


    bener akhi, sepakat🙂

  2. April 4, 2009 3:03 pm

    Ah indah dik apa yang kau ajarkan

    Salam semangat!


    ‘dik’? pertama kalinya sy dipanggil dengan panggilan itu oleh seorang pria/laki2😀
    salam semangat juga buat akang (errr..akang itu panggilan buat sodara laki2 yang lebih berusia kan?)

  3. April 5, 2009 1:23 pm

    hhhmmm…tingkap itu artinya ruang kelas sekolah ya…


    tingkap=jendela (jendela di kelas)
    jelas nggak?😀

  4. April 5, 2009 3:20 pm

    Pembelajaran memang harus sedini mungkin


    iya, bener akhi..tapi sepertinya sedikit telat..anak2 murid sy udah menginjak usia 16 tahun tapi masih ada yang belum pernah mencuci cermin jendela. huhuu…

  5. fauzi permalink
    April 5, 2009 11:28 pm

    ukhti aslinya malaysia juga ya? apa dari indo??


    sy asli malaysia..lhoo..kok ga nyambung..mending soalan kayak ini dititip di site ‘Tuan Rumah’, biar lebih cocok gitu. hehee…yo wes, ga apa2 juga..:D

  6. April 6, 2009 4:04 pm

    kok gaya bahasanya mirip bahasa indonesia,
    yo wes <== ini kan bahasa jawa, apa ada teman dari jawa bener lo aku kan jawa asli..
    komment apa chattting ya😀 maaf sebelum nya yaa..


    alhmdulilLah sy belajar bhs indo (juga jawa) dari temen2 dari indonesia.
    lho..ya iyah ya..ini nich namanya sich chatting😀
    asif sy gantian namanya akhi yg sebelumnya pake nama toni. ga pa2 kan?

  7. April 6, 2009 4:06 pm

    afwan


    masak kenapa?

  8. April 6, 2009 10:36 pm

    ukhti mampir juga di blog saya. ditunggu kehadirannya


    tapi kenapa ga bisa komen di blog akhi ya??

  9. April 7, 2009 1:54 pm

    Kadang memang pratik lebih terkesan daripada sekedar teori

    Salamkan buat Sodara di Malaysia ya

    Ade Siti Nurhaliza yang cantik!

    hehehehehehe………Sihat selalu Ukthi


    lhoo..fannya siti ya??hehee..

  10. April 7, 2009 9:23 pm

    Kalau boleh jujur, boleh kan?🙂 Saya kurang tahu pendidikan di Malaysia, saya ingin bertanya, “Itu sekolah tingkat berapa?” :-??


    jujur tak pernah merugikan, fiq…😀
    di malaysia dipanggil ‘sekolah menengah’ (ato smp/sma di indo) untuk anak2 seusia 13-19 tahun. tapi kalo anak2 seusia 7-12 tahun dipanggil sekolah rendah (ato SD di indo). mba lagi ngajar di sekolah menengah😀

  11. hatimerdeka permalink
    April 8, 2009 8:28 pm

    bosan !!(^_^)..cukup2 la tu


    Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah teman berfikir yang baik..
    dan adik yg sorg ni la teman berfikir terbaik pernah dimiliki penulis di blog Qurratul ‘Ain (hehhee..!!). ada ketikanya di seorg adik, ada waktu2nya dia seorg abang dan ada ms2nya dia seorg teman dan plg best bila dimainkan watak kaunselor dan itulah anak sulung pcik Tajuddin😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: