Skip to content

Tiga hal yang simple

March 21, 2009

“Macam mana cuti? Best?”dragonball-evolution21

“Best..!!”, jawab dua anak kecilku itu, girang. Hampir seminggu kelas iqra’ kami sepi.

”Mama bawa pegi mana?”

”Pegi Kota (Kota Belud) dan KK (Kota Kinabalu)”, jawab si adik yang baru menginjak usia 7 tahun.

”Waaahh!!”, sengaja kutunjukkan wajah teruja merai jawapan yang diberikan.

”Mama ajak jalan-jalan kat KK yer?”

”Iyaa… Kami pegi panggung”, jawab si abang yang berusia 12 tahun.

”Pegi panggung? Tengok wayang?”, cheh! Soalan… Takkan orang pegi panggung beli ikan pula. Tapi tengah bercakap dengan anak kecil kan memang kena macam tu.

“Iya… Tengok Dragon Ball Evolution”, jawab si abang lagi sedang adik di sisinya sekadar menambah dengan wajah ceria. Terserlah keseronokan mereka mengenang kembali pengalaman menonton wayang. Aku tak pasti itu kali ke berapa mereka diajak oleh si ibu menonton wayang. Kecik2 lagi dah merasa tengok wayang kat panggung. Aku yang dah besar ni pun cuma merasa kali pertama injak kaki kat panggung wayang lepas dah masuk 20an. Itu pun cuma sekali selepas puas dipujuk kakak senior kat kampus dulu, pertama dan terakhir kut (sebab tak best mana pun duk dalam panggung wayang, tambah2 aku ni bukan tahan sangat sejuk. heheheheee).

“Waahh!! Dah ada cerita filem rupanya kartun tu”, balasku yang memang dah lama tak mengikuti perkembangan cerita animasi kegemaranku zaman2 hingusan dulu. Raut wajah Goku yang comel tu masih jelas lagi dalam ingatan. Hehehee… Rupanya dah ada versi real, macam mana agaknya muka Goku versi real tu (waktu ni belum search lagi filem tu kat internet, so tak tau camna muka Goku dalam cerita tu).

 

“Ok la… Nanti kita sambung cerita Dragon Ball. Sekarang kita sambung kelas kita. Dah lama cuti, kan? Masih ingat lagi yang kita dah belajar?”, soalku pada dua anak kecil di hadapanku.

”Ingat…”, jawab mereka serentak. Dan dengan memulakan kelas dengan amalan lazim kami, surah alFatihah, kelas kami pun bermula. Memang sedikit mencabar mengajar mereka, terutama si adik yang lebih banyak main (banyak gelak dia ni). Nasiblah si abang banyak membantu dengan menenangkan sendiri adiknya. Satu yang cukup menarik perhatianku dan agak lucu juga adalah ketika si abang mengurut2 belakang si adik sambil berkata,

’Sudahla… Sudahla…’, lembut dicelahi tawa kecil. Dalam usahanya meminta si adik berhenti ketawa dia pun berusaha untuk menyahkan jauh2 tawa yang berjangkit dari si adik. Dan yang paling lucu bila dia menyambung dengan kalimat,

’Keluar..! Keluar…!’, menghalau setan2 yang mencucuk si adik lagaknya.

’Syuh! Syuh!!’, tambahku.

 

 

”Ok, apa pula yang kita nak citer malam ni?”, tanyaku meminta idea dari mereka sebaik kuakhiri pengajaran iqra’. Lazimnya aku akan menutup kelas dengan sedikit cerita sebagai tazkirah buat kedua anak kecil itu, termasuk juga utk diriku. Keduanya saling berpandangan.

”Dragon Ball Evolution”, jawab si abang. Memang kuat sunggun rupanya penangan filem tu.

“Ermm… Menarik. Apa yang kita boleh belajar dari cerita tu?”

”Nilai dan pengajaran”, jawab si abang menunjukkan kematangannya berfikir.

”Bagus… Pandai… Pasti ada nilai dan pengajaran, kan?”, soalku. Si adik di sisinya seperti biasa menambah itu dan ini pada kata2 si abang.dragonball_evolution_by_r0nin808

”Masa Goku berlawan dengan musuh, dia cepat mengaku kalah tak?”

“Tak…”, jawapan jelas yang sempat kurakam dalam kotak memori. Huraian2 yang banyak dari si adik terutamanya tak sempat kurakam. Banyak sangat, maklumlah anak kecil kalau bercerita hal2 yang menarik bagi mereka macam orang baru dapat mulut (tak berhenti bercerita. hehehee).

”Dia tak mudah putus asa kan?”, keduanya mengangguk mengiyakan.

”Macam tu juga kita dalam hidup ni. Jangan mudah berputus asa. Yang penting kena usaha, kemudian kita berdoa dan akhir sekali kita berserah”, keduanya menampakkan wajah tak faham, keliru. Hehee…

“Macam ni… Contohnya kita belajar di sekolah mesti kita nak dapat keputusan yang baik, kan?”

“Iya, 5A”, jawab si abang pantas. Maklum tahun ni dia nak ambik peperiksaan UPSR (peperiksaan utk anak2 di SD).

”Hah, nak dapat 5A kena belajar rajin2.. Tu namanya usaha.. Lepas tu kena berdoa moga Allah bagi berkat ilmu yang kita belajar. Lepas tu kita berserah, tawakal… Nanti lepas peperiksaan keluar keputusan kita terima saja sama ada keputusan itu yang kita harapkan atau sebaliknya. Kalau bukan seperti yang kita harap, yang kita doa, maka kita tak boleh salahkan taqdir. Sebab boleh jadi ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar dari kegagalan kita…”, jelasku serba ringkas dan sebolehnya menerangkan dalam bahasa yang mudah mereka nak faham. AlhamdulilLah ada sinar mengerti di wajah kedua anak kecil itu.

 

coffeeTiga hal yang nampak simple: Usaha, doa dan tawakal… Tiga hal inilah sebenarnya yang kita perlu selalu perhatikan dalam kita mengendalikan aspek2 dalam hidup. Nampak macam remeh/sepele je kan? Keremehannya inilah yang sehingga ada antara kita yang kurang menghayati pengaplikasiannya. Kadang2 kita lupa untuk berusaha, cuma berdoa, berharap dan berserah. Memang tak kena. Takde ertinya tawakal dalam keadaan kita tak dahului dengan usaha dan iringi dengan doa. Ketiga2 hal ini saling melengkapi. Ibarat air kopi yang perlu air, serbuk kopi dan gula. Nak air kopi yang sempurna perlu ada ketiga2nya.

 

Wallahu’alam… Kalau analogi yang kuberikan kurang tepat, silakan koreksi…🙂

 

3 Comments leave one →
  1. March 21, 2009 10:20 pm

    Subhanallah
    Usaha, doa dan tawakal
    3 hal yang super


    iya..bener akhi..3 hal yang sesungguhnya super tapi kita sering nganggapnya sepele

  2. March 22, 2009 2:51 pm

    Saat membaca tulisan ini, tepatnya saat membaca Iya… Tengok Dragon Ball Evolution, saya langsung nyari Dragon Ball Evolution di search engine (saya juga penggemar berat Dragon Ball lho…).
    Dan saat membaca Usaha, doa dan tawakal, saya teringat sama DUIT (Do’a, Usaha, Ikhtiar, dan Tawakal)


    hehee…penggemar berat Dragon Ball rupanya. mang cerita animasi itu sering bikin seru (cocok ga sich grammar indo sy? hikhikk..)
    ‘Tiga hal yang simple’ sepertinya persis ‘DUIT’mu.. hanya saja bedanya the way we present it😀

  3. March 23, 2009 9:28 am

    assalamu’alaikum…
    alhamdulillah dapat bagi koment di laman ni…

    wa’alaikassalam wbt..
    alhmdulilLah..

    wah, tiga hal tu yang juga dilakukan oleh ummu asmaa’…
    knapa??
    di tengah kegalauan hati n juga tak de yang mendampingi, dia dapat tegar menghadapi segala..ujian yang menimpanya…

    subhanalLah..akk mengimpikan menjadi wanita seperti dia yg sentiasa tegar saat ditimpa ujian

    salut dah, dapat meniru yang tlah ia perjuangkan…

    (he, dah dua kali ni selesaiken buku harian Ummu asma…’
    “mereka bilang Ayah Teroris…”)

    sebaik akk habis membaca komenmu ini, akk segera mencari tulisan/ulasan tentang tajuk buku yg adik kasih. ‘Orang Bilang Ayah Teroris’, judul ini yang akk temukan. mang ulasannya membuat akk penasaran dan pingin memilikinya. insyaalLah, akk akan ‘memburu’nya di toko buku

    benar, tiga hal tu yang sentiasa orang beriman lakukan…

    Usaha, Doa & Tawakal..3 hal yg simple namun super!

    walllahu a’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: