Skip to content

Semangat orang baru…

March 17, 2009

p2200044“Sedih je muka ni? Kenapa?”, ini kali kedua aku disapa olehnya dengan pertanyaan sebegini.

”Tengah memikir, kak…”, jawabku ringkas sambil melakar senyum, cuba memaniskan air muka yang tadinya kelihatan agak ’pahit’. Hehhee…

 

*gambar tu wajah2 bekas pelajarku masa prktikal kat perak dulu.

 

Memang sejak sesi taklimat profesional bersama pengetua beberapa hari yang lalu dan isinya tentang keputusan PMR sering membuat aku banyak berfikir. Apalagi setelah kejatuhan keputusan geografi yang teruk sering di’highlight’kan pengetua sepanjang sesi itu. Saat guru2 lain melayan rasa kantuk dan letih dalam sesi selama hampir 2 jam itu (maklum, sesinya buat sebelah petang sedangkan sebelah pagi dah letih berdepan dengan 1001 macam karenah pelajar2), aku tekun mendengar sambil sesekali ’membetulkan’ raut wajah yang kusedar ada ketikanya sampai bertemu antara dua kening (punyer khusyuk mendengar sambil mikir la tu. Hehee..).

 

”Kita buat kelas tambahan kat budak2 asrama, nak?”, teman yang masih mamai melayan letih sebaik keluar dari dewan selepas taklimat tu seakan kurang berminat. Kenapa mesti pelajar2 asrama je? Sebab pelajar tingkatan 3 datang sekolah sebelah petang, kami pula mengajar pelajar menengah atas sebelah pagi. Kalau nak buat kelas cuma dapat buat sebelah malam je, so pelajar2 yang tinggal di asrama je la yang mudah untuk diaturjadualkan.

”Kau pun dengar juga tadi, kan? Sejarah dan geografi jatuh teruk. Kita buatlah kelas tambahan tuk diorang”, ulangku sambil membuat sedikit rumusan dari sesi taklimat tu.

”Kau buat kelas sejarah, aku buat geografi..”, cadangku. Dan memang teman yang seorang tu berjiwa sejarah.

 

Setelah puas berbincang, kesediaan kami untuk membantu pelajar2 asrama kuajukan kepada penolong kanan pentadbiran sekolah. Seperti kujangka memang dia sangat seronok mendengarnya. Lalu perancangan lainnya diatur termasuklah berbincang dengan warden asrama. Setelah bertanya itu dan ini, maka perjumpaan pertama dengan anak2 di asrama pun diatur, 12 Mac 09, khamis malam.

 

Wah! Ramai… Ada lebih 80 orang pelajar yang akan menduduki PMR tahun ini tinggal di asrama. Perancangan awalnya nak buat sekali seminggu je, dah kalau sebegini ramai maka terpaksalah dibahagikan kumpulan.

 

”Cikgu, tolong bahagikan pelajar mengikut tahap kalau boleh, senang sikit”, pintaku kepada warden yang mengurus bahagian akademik pelajar. Maka terbentuklah 4 kumpulan yang mana setiap kumpulan ada dalam 20-21 orang pelajar semuanya.

 

”Kita akan lalui suka duka sama2… Kelas kita nanti adalah untuk menampung ketidakfahaman kamu di sekolah tentang geografi dan kita akan lebih banyak membuat latih tubi”, yaa… Latih tubi. Inilah antara kunci utama nak skor bukan saja geografi tetapi juga untuk subjek yang lain. Cuma ada sesuatu yang membuat motivasi mengajarku agak kendur saat menatap wajah mereka.

 

Lalu sebaik kembali dari asrama malam itu aku terus menghadap laptopku yang memang sengaja tidak ku’turn off’kan. Pada teman2 di dunia maya kutanyakan tentang modul2 program/kem motivasi untuk pelajar. AlhamdulilLah ada teman yang sedia berkongsi ilmu dan buah fikiran.

*Credit buat anak pakcik Tajuddin (HatiMerdeka) dan anak pakcik Zain juga buat Hilal yang bersedia menghulur bantuan dalam kesibukannya menulis (cuma dia terlupa nak emailkan modul2 tu. Hehehe… xpe2, faham…)

 

Lalu terbitlah soalan tentang kesedihan di wajahku pada pagi 13 Mac 09, Jumaat yang mulia. Hheehee… Bukan sedih sebenarnya, tapi sedang memikirkan sesuatu. Hal itulah yang bermain di kepala sejak sekembaliku dari asrama malam itu.

 

”Kurang motivasi belajar, cikgu…”, luahku pada guru ketua bidang. Hal inilah yang hampir2 membuatkan motivasiku mengajar menjadi kendur.

”Macam mana kita nak push diorang untuk skor dalam satu2 subjek tu kalau takde motivasi belajar?”, tambahku.

”Sebaiknya kita naikkan semangat belajar diorang dulu, cikgu. Sekolah kita ada buat kem2 motivasi ke?”,

”Ada… Tapi dah lama tak buat. Dulu kita pernah buat tapi dah terlewat. Apa tidak, lagi dua bulan nak SPM baru kita buat. Bila cikgu J (seorang guru yang memang banyak pengalaman dalam memberi ceramah motivasi kepada pelajar) tanya ’dah sedia belum untuk SPM?’, rata2 tunduk muka sambil airmata meleleh”, dia yang sejak tadi mendengar penuh minat sambil sesekali memuji kesediaan dan semangat kami yang masih ’hijau’ ni membantu (alhmdulilLah sekurang2nya pujian itu menambahkan lagi semangat) menjawab sambil disusuli tawa (orangnya memang mudah tertawa. Hehee… Itu yang membuatkan aku lebih senang berbincang dengannya, santai je tak perlu skema sangat).

’Kita memang nak buat tapi itulah masalahnya, kurang sambutan guru2. Cikgu J pula takde pelapis’,

”Kami yang baru ni ramai, kita usahakanlah buat. Sekarang2 ni lah masa yang sesuai, masih belum terlewat nak naikkan semangat belajar diorang. Tentang pelapis tu, kalau cikgu nak cari pelapis cikgu J, sy bersedia menjadi pelapis”, dan sekali lagi dia tertawa senang sambil empat jari tangan kanannya digenggam dan ibu jari dinaikkan. Hehee…

”Macam ni lah yang kita nak!!”, katanya. Semangat guru baru mungkin. Hehhee… Lalu mengenai kem motivasi untuk pelajar tu katanya akan dibincangkan dengan kaunselor sekolah untuk perancangan seterusnya. Aku senang dengan itu.

 

Tak sabar nak habiskan cuti sekolah yang seminggu ni, nak follow-up balik tentang kem motivasi pelajar tu. Dalam pada itu, kelas malam di asrama pula akan bermula sebaik pelajar2 kembali dari bercuti, insyaalLah 23 Mac 09 isnin malam nanti.

 

Redhailah ya Allah…

3 Comments leave one →
  1. March 17, 2009 11:04 pm

    salam persohiblogan🙂


    salam persohiblogan kembali..🙂

  2. salam02 permalink
    March 18, 2009 11:39 pm

    Assalamu’alaikum…
    akhirnya…….terbit juga tulisan tentang “pendidikan”,
    terus berjuang…….tetap semangat bu guru…..
    muridmu selalu setia menanti bimbinganmu….. 🙂


    wa’alaikumussalam..
    tulisan ini bukan khusus tentang ‘pendidikan’ tapi kalau dikatakan ‘pendidikan’ pun tiada masalah😀
    tulisan tentang ‘pendidikan’ di blog akhi malah lebih hebat dan mengkhusus berbanding coretan sy yang tidak seberapanya ini

  3. April 12, 2009 4:39 am

    Sebagai calon guru saya bingung setelah membaca tulisan ini. Haruskah saya beralih ke pekerjaan lain, coz kelihatannya berat banget menjadi guru, apalagi guru Matematika. Atau haruskah saya lebih bersemangat menjalani profesi ini, coz banyak pengorbanan, berarti banyak pahala kebaikannya…
    NB: Ada award buat Mba. (melunasi hutang award saya🙂 )


    lhoo..masak bingung..jangan teruskan langkah kalo udah ada rasa ragu di hati, dibimbangi cuma ngundang kesia2an (kepercumaan). tetapkan tekad dan azam dan selebihnya tawakal yg dibarengi usaha.
    jalan ke syurga itu dipenuhi duri2 berbisa, fiq… dan duri2 itu butuh pngorbanan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: