Skip to content

Kemuliaan Seorang Muhammad (SAW)…

March 9, 2009

1_344802399l

“Sebab apa Nabi (SAW) dilahir dalam bulan rabiul awal? Hari isnin tidak pada hari2 yang lain..?”, soalnya membuka topik yang akhirnya menuntut aku lebih banyak diam dan mendengar.

 

”Ini adalah hikmah sahaja… Kebenaran hanya kembali kepada ALLAH”, katanya menjawab persoalan tadi.

 

”Ulama menyebutkan bahawa nabi (SAW) itu rahmatan lil ’alamin. Lalu jika Allah mentakdirkan nabi (SAW) lahir pada bulan2 lain seperti bulan2 haji atau ramadhan, maka orang2 yang membenci Nabi (SAW) akan berkata, lihatlah Muhammad menjadi mulia kerana kemuliaan bulan itu… begitu dan begini… Kerana itu Allah pilih rabiul awal menjadi bulan kelahiran baginda SAW dan dengan itu bulan tersebut menjadi mulia asbab kemuliaan Nabi SAW”, sambungnya menjelaskan.

 

”Hari isnin? Apa makna ISNIN?”, memandangkan tengah dalam mood perbincangan, loyar buruk kutolak ke tepi. Kalau tak, mesti kuar jawapan yang ntah hapa2. Hehhee.. Maka aku mengambil keputusan untuk terus berdiam (plus ‘mendengar’ dengan tekun).

“Isnin maknanya dua”, sambungnya menjawab sendiri persoalan tadi.

”Makna2 ini ulama hanya kaitkan dengan satu sama lain selagi tak bercanggah dengan kedudukan dan kemuliaan nabi. Maksud dua di sini ialah selepas ALLAH SWT, maka nabi SAW adalah orang kedua .., kekasih yg paling disayangi. Sebab itu di tiang ARASY saidina Adam alaihissalam ketika memohon ampun atas ketelanjuran baginda yang telah Allah takdirkan begitu melihat nama Baginda SAW terukir di situ. Nabi Adam memohon ampun kepada Allah… Ya Allah demi kemulian nama yg terukir di situ, ampunkanlah daku. Allah bertanya, bagaimana kau tahu tentang nama itu wahai Adam? Baginda menjawab, aku melihatnya terukir di tiang Arasy…”

 

”Subhanallah… Hanya dengan nama ALLAH mengampuni Nabi Adam (tapi tentu saja juga kerna rahmat dan ampunan Allah itu melebihi kemurkaanNya)… Apatah lagi kita umat Nabi SAW lebih layak mendapat kebaikan baginda”, saat ini airmata dah mula bergenang (nasib baik time tu tengah duk sorang2). Huhuu…

 

”Kata Allah lagi… Kalau lah bukan kerana nama itu tidak Aku ciptakan engkau dan dunia ini”, sambungnya lagi.

 

”Subahanallah… Mengapa tidak ALLAH ciptakan terus NABI kita SAW sebagai nabi pertama tetapi di akhirkan baginda? Kekasih…, akan tetap menantikan kekasihnya. Kerana NABI SAW pengulu NABI2, ketua manusia di MAHSYAR. Dan segunung sebutan dan pangkat untuk baginda tak terucap oleh kata2. Malaikat sujud kepada nabi Adam (AS) adalah SUJUD PENGHORMATAN kerana patuh arahan Allah SWT. Sujud mereka kepada Adam AS sujud penghormatan kepada nur baginda nabi (SAW) yang Allah pancarkan ke dalam sulbi Adam AS. Sampailah sebelum baginda dilahirkan, nur tersebut dilihat oleh perempuan yahudi yang ingin kepada Abdullah (bapa Baginda Nabi SAW). Selepas Abdullah berkahwin dengan Aminah, berpindah nur tersebut daripada Abdullah. Wallahu’alam…”, begitulah serba ringkas tentang kemuliaan tiada tandingan seorang manusia, Muhammad SAW yang tiada cinta kedua selepas Allah SWT selain kepadanya. 

 

Budaya sambutan sempena 12 Rabiul Awwal setiap tahun di negara kita (Malaysia)? InsyaalLah di entri seterusnya…🙂

 

Note: Credit buat HATIMERDEKA atas ketidakjemuannya berkongsi dan melayan soalan itu ini (ada gak hajat nak rentang kat flat tapi kang kalau rentangkan nama ni kat flat akak takut kena halau lak nanti, maklum buat nyemak flat jer. Hikhikhikkkkk)

6 Comments leave one →
  1. March 9, 2009 11:09 am

    Sudah lama sekali saya gak sempat online dan berkunjung ke sini karena sedang berada digunung and gak ada sinyal disana…. Hemmm, mbak apa kabarnya????

    Senangnya hatiku menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad….🙂


    owh..lagi apa di gunung? bertapa ya?? hehee..

    alhamdulilLah sy baik2 ajha..

    semoga selawat dan salam sentiasa tercurah ke atas baginda rasul, keluarga serta sahabat baginda sekalian🙂

  2. hatimerdeka permalink
    March 10, 2009 5:19 am

    pandai dah dok edit buat entri..ishk2 tak abis2 plagiat.tapi takper usaha sebegini patut di sebar2kan..hihi3!!


    menyampaikan… berkongsi… kan tak baik ‘makan’ sorang2?tu banyak lagi tu ‘bahan mentah’ yang belum diproses. hikhikk..😉

  3. March 10, 2009 9:38 am

    Yah, baginda Rasulullah Muhammad saw. memang orang mulia dan berhati mulia, begitu besar kasih sayangnya kepada kita umatnya, sehingga beliau meminta menanggung sakitnya sakaratul maut ummatnya.
    Shallu ‘alaika, ya Muhammad!!!


    subhanalLah… kasih RasululLah kepada ummat adalah kasih yang sesungguhnya..

  4. salam02 permalink
    March 10, 2009 11:54 pm

    Assalamu’alaikum…

    subhanalloh……sungguh mulianya baginda Nabi Muhammad SAW…suri tauladan yang baik…rahmat bagi semesta alam…cahaya kebenaran yang dipancarkannya takkan pudar diterjang hembusan zaman….meskipun alam semesta semakin usang….

    “Allohumma sholli wa sallim wa barik ‘alaiih……”


    wa’alaikassalam wbt..

    bener sekali, akhi… kemuliaan baginda rasul saw adalah kemuliaan sepanjang zaman🙂

  5. March 11, 2009 10:40 am

    afwan, apakah tuntunan dari baginda Nabi sendiri mengenai perayaan hari kelahiran beliau shollallahu ‘alaihi wasallam?


    sy tidak pernah menemukan satu hadis yg menyebut tentang perayaan hari kelahiran baginda nabi saw. cuma ada hadis tentang sunat berpuasa pada hari isnin bersama dalil (‘afwan, sy ga menemukan sumbernya) yg di dlmnya nabi saw menyatakan ttg hari kelahirannya:
    “Berpuasalah kamu pada hari isnin, sesungguhnya pada hari itu aku dilahirkan”

    tiadalah pula perayaan selain hanya ibadah (puasa) yang dinyatakan. bukanlah bermaksud kita harus berpuasa pada tanggal 12 rabiul awwal demi merayakan maulid nabi saw (sy juga tidak pernah menemukan hadis yang menyebut nabi saw berpuasa demi merayakan ulangtahun baginda).

    wallahu’alam..

    BTW, akhi boleh baca satu pandangan ilmiah dari seorang mantan mufti negeri Perlis tentang sejarah dan amalan maulid nabi di sini–> http://drmaza.com/home/?p=567

    ~sy yang masih cetek ilmu agama~

  6. February 19, 2010 6:26 pm

    jemput dengar kuliah, ceramah dan khutbah Jumaat sempena MaulidurRasul di portal saya. T.Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: