Skip to content

Berakalkah kita?

February 3, 2009

Assalamu’alaikum… 

Agatu kareba? (ini kalimat pertama bahasa bugis yang diajarkan oleh guruku, bu guru Hikmah. Hehehe… Maksudnya ’Apa Khabar/gimana kabarnya’?) Semua sihat kan? Begitulah hendaknya…

 ”Unsul Mutaqin”, begitulah judul buku setebal 45 muka surat karangan Haji Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie yang aku tengah baca time2 ni. ”Mendampingi Orang Bertaqwa”, begini pula judulnya setelah dialih bahasakan (nak baca buku bahasa arab, bertahun la nak faham 45 muka surat tu. Huhuuu..). Aku suka nak kongsi salah satu bab yang menarik perhatianku (semua bab pun menarik sebenarnya), bab ke 3 ’Berakal dan Bodoh’.

 

Menurut penulis buku ini, orang yang berakal itu tidak mempedulikan keinginan nafsu kerana ia menyebabkan lupa dan menghilangkan akal. Akal itu diertikan beliau sebagai yang tidak menuntut perkara duniawi melainkan kerana Allah swt, ia tidak melihat di dalam dunia apa sekalipun yang menyamaiNya dan ia tidak mempunyai apa-apa melainkan kepapaan. Sebagai menepati tajuk babnya ’Berakal dan Bodoh’, penulis juga memberi pengertian bodoh yang menurut beliau yang bodoh itu banyak berkata-kata dan berlarutan, mempunyai kehidupan yang kaya serta kenyang dengan nikmat dunia.   Selanjutnya dijelaskan lagi perihal orang berakal itu sebagai yang takutkan Tuhannya dan selalu mengitung dirinya. Selalu mengitung diri??? Kita ni selalu ke muhasabah diri ek?? Kalau aku, ada masanya ingat nak muhasabah tapi kalau dalam zon-zon selesa tu lebih banyak lupa. Bila ada ujian yang Allah berikan baru lah tersedar nak muhasabah diri. Begitulah Allah selalu mengingatkan tiap kali kita lupa. Huhuuu… Menurut beliau lagi, sesetengah ilmuan mengatakan bahawa apabila berhimpun pada seorang lelaki itu beberapa perkara jadilah ia seorang yang sempurna akalnya. Perkara-perkara tersebut ialah ilmu, amal dan akhlak iaitu yang menjadikannya orang berakal. Apabila seseorang itu berilmu dan beramal tetapi tidak berakhlak, maka ia dipanggil orang alim yang tidak berakhlak. Kejahilan itu pula merupakan kegelapan dan ilmu itulah cahaya yang menerangi kegelapan.

 Makrifat dan ilmu itu adalah kunci memperolehi kebajikan. Kebajikan makrifat dan ilmu itu dapat dicapai dengan cara menunaikan hak-hak Allah swt. Melaksanakan hak-hak Allah itu hanya dapat dilakukan dengan adanya ketetapan hati. Kebajikan dalam mendapat ketetapan hati diperolehi dengan menahan segala anggota dan ia dapat dicapai hanya apabila seseorang itu menyucikan dirinya. Kebajikan dalam menyucikan diri itu pula akan terlaksana hanya dengan menjaga dirinya serta hak-hak Allah swt.

 Orang yang berakal itu pada hakikatnya juga adalah orang yang bersabar menghadapi bala kerana bala mahupun ujian itu menjadi pilihan bagi golongan yang berakal, mendatangkan faedah bagi golongan yang mencarinya dan dapat menjaga orang-orang yang soleh (dan solehah). Bala itu bukan sahaja akan memperbaiki kelakuan orang mukmin tetapi ia juga boleh menjadi ancaman yang akan membinasakan bagi golongan selain mereka. Jadi maksudnya kalau ujian atau bala yang didatangkan Allah swt itu makin memburukkan lagi akhlak kira bukan dalam golongan orang mukmin la kan??? Nau’zubilLah…

Sebahagian ulama berpendapat bahawa setiap bala yang mendekatkan dirimu kepada Allah swt itulah dikira nikmat. Sebaliknya setiap nikmat yang menjauhkan dirimu daripadaNya itulah yang menjadi bala sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:

’Sesungguhnya Allah swt menjanjikan bagi hambaNya yang mukmin itu bala sebagaimana salah seorang daripada kamu menjanjikan anaknya dengan roti’.

 

Sumber: Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie (terj)(2009), Mendampingi Orang Bertaqwa. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Note: ayat-ayat yang di’bold’ dan di’italic’ itu adalah petikan asli dari buku ini

6 Comments leave one →
  1. hik_mah permalink
    February 5, 2009 8:20 pm

    asslamu’alaykum..
    baru sempat mampir kemari🙂
    kak Aini *ima panggil kak Aini ajah ya tak ape?
    waduh ima dijadiin guru padahal kita sama2 bego hehehehe
    takut mengejarkan kesesatan dalam berbahasa bugis hihihi
    abisnya ima juga tak tau berbahasa bugis T_T


    wa’alaikissalam..
    kak aini? iya, ga apa2 kok. kalo panggil kak siti nurhaliza juga akk mau lagi. hikhikk..
    begonya akk lagi banyak tho sayanggg.. insyaalLah ga bakal sesat, kompasnya juga udah akk sediakan nich😀

  2. February 7, 2009 6:28 am

    PUE HABA UROE NYOE QURRATUL ‘AINI????
    He….😀


    kabarnya sy ya? alhmdulilLah WARASSSS kok akhi😀 . syukran ga bosen2 mampir ke mari walaupun blognya jarang sempat diupdate. huhuu…

  3. February 8, 2009 6:11 am

    Nyan bek tuweu peurunoe ilme yang bermunafa’at keu bandum anaek miet di rumoh sikula???? Saleum hormat dari long keu kepala sikula droe neu beuh….😀

    Saboh treuk, pajan rencana meukawen????


    mang ada ilmu yang tidak bermanfaat disampekan guru2 ke anak2 murid? (sok tau aja). salam hormat buat kepala sekolah saya? gampang deh, akhi! insyaalLah saya sampaikan😀

    kapan rencana mau kawin? heheee… rencananya ada (mode: blushing) tapi kuasa mentaqdir tetap padaNYA, iya kan?? doa’in aja🙂

    lho..kok ga nyambung ama postingan sy???

  4. February 8, 2009 6:12 am

    Careung that lagoe droe neu Bahasa Aceh….😀
    Hebat….😀

  5. February 8, 2009 11:46 am

    ASsalamu’alaikum, kunjungan balik

  6. February 9, 2009 8:47 am

    Pinter juga ente bahasa Aceh….
    Angkat topi dech tuk Mbak yg atu ne….😀


    sy cuman tebak lho akhi.. hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: