Skip to content

Redha Allah pada redha mak ayah

January 31, 2009

untitled-copy“Assalamu’alaikum kak…”, ada nada riang dalam suaranya (seperti kebiasaannya). Adikku yang seorang itu memang sentiasa ceria sejak2 dia menginjak dewasa ni. Takde lagi degilnya, tiada lagi keras kepalanya. Tiada lagi barannya, semuanya Allah ganti dengan sikap banyak bertolak ansur, kelembuatan yang tak pernah kusangka akan terbenih dalam dirinya. SubhanalLah…. Sungguh semuanya dalam kekuasaanMu, ya Rabb…

”Aku baru baca mesej akk hantar tadi. Cepatnya….”, begitu dia melanjutkan bicara sebaik salam berjawab.

”Heheee…. Macam tu la citernya”.

“Berapa kak?”, soalnya lalu kusebut nilainya untuk menjawab soalan adik.

”Tapi jangan risau, macam yang kau pesan aku pilih yang high quality dah tu, berbaloi dengan harganya”, sambungku.

”Hehehee…”, adik tertawa senang dan kesenangan itu terbias sampai ke hatiku yang masih berbunga riang. Masakan tidak, hari itu (29 Januari 2009, rabu) berbekalkan gaji pertamaku aku membelikan mesin basuh baru buat mak, menggantikan yang dah rosak kat rumah. Pandai pula mesin tu pilih time nak rosak. Dengan kesihatan mak yang cepat kepenatan lantaran masalah jantung yang dialaminya dan selalu membuat kami risau, kemudahan2 seumpama itu sangat perlu untuk meringankan bebannya di rumah. Apalagi aku tidak menetap di rumah buat masa ini, tiada siapa yang dapat bantu mak. Nak harapkan adik yang baru masuk tingkatan 1 tu…. hermmm… Si bongsu yang baru menginjak usia 5 tahun tu apatah lagi. Dua2 pula tu lelaki. Bab kerja2 rumah ni masih belum mampu diandalkan pada mereka.

”So, ‘half2’ berapa kak?”

”Half2 mendernyer?”, soalku balik walau aku dah cukup faham maksudnya.

“Jangan macam tu kak. Mak cakap akk nak beli laptop”, memang itulah perancangan awalku. Maklum laptop yang ada sekarang dah terlalu uzur, masuk tahun ni dah 6 tahun menemaniku, memudahkan kerja2ku. Jasanya memang sangat besar. Kalau diibaratkan manusia, sangat nazak dah ni. Jantung pun takde dah, cuma berbekal nyawa pada elektrik je. Koma dah banyak kali dah. Hehheee…. Pun begitu, kucuba jua ‘memujuk’nya untuk bertahan sehingga bulam mac nanti. Bukan itu je, banyak lagi perancangan lain terpaksa kubatalkan demi menombor satukan keperluan mak dan keperluan2 lain di rumah termasuk hasrat ayah nak melebarkan zink beranda, kerap sangat kena tempias hujan kata ayah.

”Laptop tu akk dah cancel”.

”Tapi kak, kan kita dah janji sebelum ni?”, soalnya lagi taknak mengalah.

“Janji apa pula ni? Hehheee…”.

“Jangan risau, akk ada lagi duit kalau setakat nak makan tu”, sambungku cuba membuang risau di hatinya pada situasi kewanganku saat ini. Kudapat menangkap kerisauan adik dalam nadanya. Ahh… Prihatinnya engkau, adikku…

“Janganlah macam tu kak… Baru2 kerja tu bukan aku tak tau macam mana. Kita ‘half2’ je la, kak…”, katanya lagi masih berusaha untuk memujuk.

”Dah kalau semua nak kongsi, yang kau dah bagi kat rumah tu semua kena share la juga”, aku pun taknak mengalah, mula nak mengungkit. Aku tau, ini je cara nak menang. Heheee… Senjata pamungkas! Bukan setakat itu sumbangan adik pada keluarga kami, aku sendiri dah banyak kali terbantu olehnya. Sumbangan ikhlasnya untuk meraikan majlis konvokesyenku tahun lalu juga bukanlah kecil. Tanpa pemberian darinya aku tak mungkin mampu merealisasikan impian mak ayah menyaksikan sendiri anak sulung mereka ni naik pentas menerima sekeping ijazah, bukti tiap titik peluh mereka tidak pernah kusia-siakan. Dan sehingga saat ini rasa haru pasti memenuhi ruang hati saat mengenangkan pengorbanan kedua orang tuaku dan adik.

”Laa… Kak….”, adik hilang kata2.

”Heheee… Kau dah banyak menyumbang, dik. Bagi la chance aku pula menyumbang tuk mak ayah. Janganlah ’interframe’ dulu”.

”Hehee…”, dia tertawa tapi ada nada haru yang tersirat.

 

Padaku, bukan soal duit dan mesin basuh semata2. Dan aku cukup yakin, dia yang jauh ditempatkan bertugas di pedalaman sarawak tu pun melihat setiap pemberian kami pada keluarga kecil kami dari sudut yang sama sepertiku. Rasa bahagia di hati mak dan ayah yang kami harapkan. Jasa mereka sampai mati pun takkan terbalas dengan hanya pemberian material seumpama itu.

”Lepas ni apa2 pun kita share ek!”, begitu pesan adik tandanya mengalah padaku kali itu.

”Hehehee… Ye la…”, dan kami sama2 tertawa senang.

”Akk je aku harapkan sekarang ni kat sana”, sambungnya pula.

”Apa pula macam tu? Aku ni orang lain ke? Tu dah memang tanggungjawab kita bersama. Jangan cakap macam tu lah”,

”Dah la tu. Tadi nak tau pasal mesin basuh baru mak, kan? Call la mak, buat2 la berlakon sikit. Dia tak tau lagi engkau dah tau. Hehehee…”

”Yang tu tau la aku uruskan, kak… Hehhee…”, balasnya. Memang yang seorang ni sangat pandai berlakon dan lakonannya sentiasa mampu membuat kami senang.

”Ok, kak… Jaga diri elok2 kat tempat orang tu”,

”Ermm… InsyaalLah, dik. Engkau pun sama ek”

”Assalamu’alaikum…”

”Wa’alaikumussalam warahmatulLah…”, balasku sebelum mematikan talian.

 

Mak ayah tentu saja gembira memiliki anak2 yang berlumba2 untuk membahagiakan mereka. Bukan status anak kesayangan itu yang aku buru, tapi redha mereka yang kuharapkan kerana redha Allah itu jua tergantung pada redha orang tua kepada anak2nya. Moga Allah berkenan memberkati rezekiku dan adikku, biar sedikit tapi akan tetap berkecukupan🙂

2 Comments leave one →
  1. February 1, 2009 9:38 am

    Alamak, pakek bahasa Malaysie ni…. Cam mana saya nak cakap bahasa malaysie, sudi kiranya lah mbak ajarkan saye disni….😀

    Saye bisa siket – siket bahasa malaye karena saya telah balajr sama Upin dan Ipin….😀


    hihiii… sy juga ga tau gimana mau translate ke bahasa indonesia🙂

  2. February 2, 2009 5:46 pm

    bismillah….

    benar kak…
    “redhallah fie ridhol waalidaiin wa sukhthuLLoh fie sukhtil waalidain…..”

    keredhaan Allah bilaman orang tua kita redha terhadap kita..dan begitu sebaliknya, kemurkaan Allah bilaman keduanya marah terhadap kita….

    Ya Allah redhailah perbuatan hamba terhadap orang tuaku slama ini, jazaakillah kak dah mengingtkan adek…

    walhamdulillah
    afwan bila mengganggu perasaan akk….


    padaNya jua setinggi syukur akk panjatkan andai tulisan ini terkesan di hati pembaca. Juga padaNya ampunan akk pohon untuk setiap kesilapan menyusun kata kerna akk juga insan yang tak terlepas dari silap dan salah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: