Skip to content

Keras manapun hatinya…

January 17, 2009

AlhamduliLah! Berakhir sudah acara2 sukan di padang sekolah. Seminggu lamanya sesi p&p (pengajaran dan pembelajaran) di bilik darjah terpaksa di’rehat’kan untuk memberi ruang kepada p&p di tengah padang (banyak ilmu sebenarnya kat tengah padang tu, bukan dari buku teks je). Tapi letih memang xleh dinafi, apalagi dengan memikul 2 mandat sekaligus (guru baru, camni la. Tapi xde la rasa terbuli plak, seronok lagi adaaaa…. hihiii…). Menjadi petugas di balapan sekaligus memegang ’jawatan’ chef (lebih kepada pembantu chef je pooonnnn. Huahuahuaa!!) tak bertauliah mula2 tu agak risau juga. AlhmduliLah walaupun mula2 tu agak terkejar2 skit tapi semuanya berjalan lancar. Menjadi petugas bahagian makanan (segan nak sebut ’chef’. Hehehe..) peserta rumah sukan memberi kesempatan utkku mengenali seorang guru berbangsa dusun tapi beragama islam (kat daerah aku ni bukan senang nak jumpa orang dusun beragama Islam apalagi dengan yang punya kes2 special macam dia).

 

”Saya geram betul kalau orang cakap saya masuk Islam sebab kawin”, luahnya sambil tersenyum. Persoalan tu timbul apabila teman yang sorang lagi membangkitkan tentang pantang larang salah satu mazhab penganut agama kristian mengenai makanan (katanya tak boleh makan yang bersisik macam udang, ikan dan ada 2,3 kriteria lagi la). Sembang punya sembang, terkeluar pula luahan yang satu ni sehingga akhirnya menjadi topik menarik kami pagi tu. Aku yang sibuk memasukkan mee goreng ke dalam bekas polistrin mengangkat wajah dengan riak tertanya2 (plus penuh minat).

”Saya ni dulu orang kuat agama  (kristian maksudnya) ba. Dulu di maktab saya timbalan pengerusi persatuan pelajar kristian. Kalau pengerusi tiada, saya la yang pegang bible bagi khutbah”, aku jadi bertambah minat dengan ceritanya. Tapi tangan masih ligat membuat kerja (kang kalau lambat siap, kesian pula budak2 tu lewat sarapan).

”Jadi macam mana cikgu boleh masuk Islam?”, senang je nak jawab, hidayah Allah. Tapi aku yakin ada cerita menarik di sebaliknya.

“Masa di maktab dulu, kalau kelas tamadun Islam je saya selalu bertanya (dengan niat nak kondem islam, menurutnya) dengan ustaz sampai ada masanya ustaz terdiam”, aku jadi bertambah minat. Menurutnya lagi, tiapkali dia berjaya membuat ustaz terdiam dengan soalan dan hujahnya (aku cukup yakin diamnya ustaz tu tak bermakna dia membiarkan Islam dikondem. apa yang diluar kemampuan kita itu seharusnya kita serahkan saja pada Allah, iya kan?), teman2nya akan memujinya sehingga dia menjadi lebih bersemangat untuk terus mengkondem Islam. Dia terlalu banyak berfikir untuk terus merendahkan Islam sehinggalah pada satu malam dia bermimpi mendengar azan. Katanya, setelah mimpi itu dia mencabar tuhannya untuk menunjukkan kepadanya kebenaran lantaran semakin keliru dengan pegangannya selama ini. Akhirnya… SubhanalLah… Dia menjadi orang terpilih yang dikurniai Allah hidayah dan nur Islam. Saya cuba bertanya reaksi keluarganya. Seperti yang kujangka, keluarganya menentang hebat. Maklum saja, sebelumnya dia seorg yang cukup kuat berpegang pada bible dan seorang yang cukup aktif dengan aktiviti2 gereja. Namun berkat kesabaran, ibunya sendiri mengikuti jejak langkahnya (dengan rahmat dari Allah) menganut Islam, agama Allah.

 

Kesempatan mendengar ceritanya mengingatkan aku pada persoalan yang sering mengangguku, macam mana aku nak berdepan dengan pelajar2ku dalam kelas tasawwur Islam nanti yang ada di antaranya penganut kristian (kerna aku sedia maklum penganut kristian di sini merupakan penganut yang kuat). Aku sendiri masih dhaif ilmu agama. Itulah yang menjadi kerisauanku sejak mendapat mandat untuk mengajar subjek tasawwur Islam kepada pelajar tingkatan 4 (da 2 minggu persekolahan bermula tapi masih belum berkesempatan bertemu dengan pelajar2 yang akan mengambil subjek ni. Masih orientasi…. InsyaalLah minggu depan ni jumpa la). Dalam pada itu, aku berusaha memahami subjek yang kuajarkan kepada pljar2ku nanti (maklum dulu masa sekolah aku tak pernah belajar subjek ni seperti yang ada dalam silibus). Tapi ustaz selalu pesan, jangan takut2kan diri sendiri. Hehehee…

 

Oiya, berbalik pada cerita cikgu tadi… Itu cukup membuktikan betapa Allahlah Yang Memiliki setiap hati. Keras macam manapun, kalau Dia mengkehendaki hati itu tunduk padaNya, ’maka jadilah’ (tunduk padaNya). Itulah Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki setiap yang di langit dan di bumi dan apa2 di antaranya…. Allahu akhbar!!

 

One Comment leave one →
  1. July 15, 2009 7:01 pm

    saya punya cete pule terblk iaitu drpd islam ke kristian.nak dengar cete call saye……


    ermm..saudari kongsikn bersama di iluvislam.com insyaalLah boleh dimanfaatkan bersama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: