Skip to content

Monolog jiwa

December 5, 2008

Agenda besar menanti di hadapan. Mendidik. Siapa yang nantinya dididik? Mereka (pelajar2ku)? Atau aku? Yang pasti, jauh di sudut hati aku mula merasa aura ‘didikan’ bakal pelajar2ku kepadaku. Memikirkan begitu, hati tak mampu mengelak dari merasa gerun. Gerun andai tak mampu menguasai keadaan.

 

”Aik?! Sejak bila pula kau jadi pengecut ni?”

”Camana nak jadi guru cemerlang macam ni?”, asyik2 soalan yang sama. Cuak la…

“Kamon la, cikgu…! Bila lagi nak praktikkan ilmu yang pensyarah2 perturunkan tu?”, (bukan ilmu itam ek! Ini ilmu putih punyer. Hehehee… Cuma kadang tu jadi kelabu asap lepas aku modified. Hikhikkk…)

“1st batch students pun da banyak ’perturun’ ilmu, nak gerun apa lagi?”

“Relax je la… Cool…”, alahai… ’kuul’ la sangat. Ntah, rasa macam tak puas lagi menikmati alam kampus. Ibarat tengah sedap berbalut selimut tebal. Musim sejuk di luar tu ibarat dunia ke’cikgu’an yang bakal dihadapi. Ada ketikanya rasa belum ada kesanggupan.

”Hish! Ada pula nak samakan musim sejuk dengan dunia ke’cikgu’an”,

”Positif la…”, ho la, positif…, dinamis, proaktif, efektif, subjektif…. Aku nak belajar lagi!!! Belum puas merasa kalut last minute siapkan tugasan2!!! (hampes tul) Belum puas merasa pening mencari bahan2 tugasan kat library tu!! Masih nak merasa debar ngadap hari2 peperiksaan!!! 4 tahun cepat sangat laa…

”Dah tu, kenapa kau tak extend je 2,3 tahun lagi?!!”, errrkkk… gulp (telan liur + sengih).

”Udah2 la tu… Nanti kan memang nak sambung belajar lagi?”

”Sekarang ni kosentrate dulu mengajar. Nanti kang semua berterabur”,

Susun elok2… Buat satu2…”, hermmm… Memang macam tu la pun patutnya. Tapi teringin juga nak luahkan rasa yang bercampur2 dalam jiwa ni.

”Jangan gelojoh sangat. Tu la, kau ni kadang semua benda nak buat cepat”,

”Aku takut kau ni hangat2 taik itik je nanti”, tu pasal la aku nak sambung belajar sementara semangat masih membara ni.

”Ok, letak tepi dulu soal tu”, udah la tu! Cuba la kau tanya aku soalan2 yang ‘bertamadun’ (bak kata sorang teman) sikit.

”Tadi tu tak bertamadun ke? Ermm…, apa yang kau selalu buat dalam situasi di mana kau tak berdaya?”, pelik pula bunyiknyer. Spesifikkan soalan tu, i don’t get it (sengih).

”Maksud aku bila kau sendiri keliru dengan diri kau, perasaan kau dan situasi yang kau hadapi. Kau kan selalu macam tu dan tu jugalah yang aku maksudkan kau selalu ’sesat’ dalam diri sendiri”, ye aku ngaku, aku selalu berdepan dengan situasi macam tu. Hermm.. (melepas keluh yang tiba2 membusut). Kadang aku rasa nak nangis tapi kekuatan yang ada masih utuh membenteng airmata. Kadang aku rasa nak ketawa & tersenyum tapi apa yang hadir cuma tawa & senyum tawar. Ada sesuatu yang menghalang aku menipu diri sendiri. Dengan orang lain boleh je aku selindung tapi tak dengan hati sendiri. Banyak kalinya juga aku jadi malu dengan diri sendiri.

”Tapi selama ni kau masih mampu bertahan, kan?”, bila aku hampir2 tersungkur, ada saja yang mampu membuat aku bangkit kembali.

”Kau tahu tak kuasa yang sering membuat kau bangkit tu?”, (tanpa kata, membisu seketika).

”Selama kau disapa kecewa, keliru dengan situasi2 yang kau hadapi, pada siapa kau mengadu dan berharap?”, DIA…

”Dan selama ini, dalam apa jua situasi, kau pernah rasa ditinggalkan, disisihkan, dikecewakan, dilupakan olehNYA?”, subhanalLah… Tak pernah walau sekali. Hanya aku yang selalu berprasangka sehingga di akhirnya aku merasa lemas dengan penyesalan atas persangkaanku padaNYA.

”Dan sekarang kau dah tahu siapa yang sering membuat kau bangkit?”, segala puji hanya pada Allah.

”Tak kira sekerap mana kau keliru, kecewa malah tersungkur sekalipun, aku yakin Allah takkan pernah meninggalkan kau seorang diri. Hanya saja peliharalah hati kau sentiasa kerana di sanalah bersemayam hidayahNYA. Bersihkan ia selalu kerana hidayah suciNYA hanya layak untuk hati yang bersih”.

”Kau sendiri apabila kau memberikan sesuatu yang cukup berharga pada seseorang, apa kau redha dia menempatkannya di tempat yang kotor?”, tentu saja aku tak redha (menggeleng).

”Nah, begitu juga dengan hidayahNYA yang bukan semua di muka bumi ini mendapatnya”, (senyum dan kali ini bukan lagi senyum tawar).

2 Comments leave one →
  1. December 6, 2008 8:39 pm

    semoga selalu dimudahkan

  2. hatimerdeka permalink
    December 15, 2008 12:32 am

    memang bijak…akak yg sorg ni bila berbicara…tapi sesekali kata2 tu terpalit ke muka,namun hakikat insan mmg begitu kerap kembali berbalut duka (^_^)


    susah nak jumpa orang yang betul2 boleh berdialog secara jujur (sebab manusia itu tau yang berbicara dengannya juga manusia yang punya perasaan) dengan kita. sesekali merasa ‘disepak terajang’ diri sendiri tu seronok juga. hikhikkk..😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: