Skip to content

Difahami atau memahami?

December 2, 2008

Assalamu’alaikum….

Bertemu lagi kita ye… Semua sihat, kan? Moga2 kalian dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan. Sebenarnya tiapkali aku berbicara lewat huruf2 yang kurangkai di sini, aku membayangkan ada orang di hadapanku mendengar penuh minat walau kadang apa yang kuomelkan tu sekadar omong kosong. Tu semua motivasi sebenarnya. Bukan senang nak dapatkan orang yang betul2 nak dengar kita, so imagine je la. Hikhikkk..!!

 

Antara difahami dan memahami… Inilah poin utama yang aku nak kongsikan kali ni. Siapa yang nak untuk difahami? Jujurnya kalau ditanya soalan ni, akulah antara orang pertama yang angkat tangan (simboliknya). Siapa yang tak suka kalau setiap laku + bicara kita orang faham. Kalau kita memberontak, orang boleh terima dan orang tau kenapa kita memberontak. Kalau ada perlakuan kita yang mengguris hati orang lain itu pun boleh diterima kerana orang faham kenapa kita buat macam tu. Difahami ni seolah2 didodoikan. Seolah2 sentiasa menerima (tanpa perlu memberi), dicintai/dikasihi (tanpa perlu dipaksa mencintai/menyayangi). Seronok la tentunya.

 

Siapa pula yang nak memahami? Tetiba pula tangan terasa berat nak angkat. Memahami ni macam makan putik delima (kalian tau tak betapa pahitnya putik delima tu? Aku pun tak tahu sebenarnya tapi mak cakap cukup pahit sampai lidah mak naik biru makan putik delima). Tapi pahit tu cuma sementara, bila da sebati dan lidah dah lali, pahit pun makin tak terasa. Macam tu la dalam bab memahami. Memang terlalu besar ego kita yang terpaksa kita hancurkan, tundukkan demi meraih satu tahap di mana kita dapat terima orang lain tak boleh faham kita dan kita terpaksa belajar dan memujuk + mendidik hati untuk memahami orang lain. Perlu sentiasa memberi, mengasihi. Mulanya memang terasa pahit (macam makan putik delima tadi) sampai ada ketikanya hati nak memberontak, airmata mengolam, nyilu hati (pahitnya sampai membuatkan lidah membiru) tapi bila da betul2 mesra dengan hati (lidah da lali), maka akan terbentuk hati yang sentiasa ingin untuk memahami berbanding menuntut untuk minta difahami. Memahami ni juga menuntut kita bersangka baik. Nah, bukankah Islam menuntut kita untuk sentiasa bersangka baik?

 

Penginterpretasian kebahagiaan tu juga dibezakan dengan pensebatian ’minta difahami’ dan ’memahami’ di hati kita. Kurang atau lebihnya mana2 antara dua ’bahan’ ini akan membentuk acuan hati juga corak penilaian yang berbeza pada yang namanya kebahagiaan. Dalam banyak situasi, kita lebih dituntut untuk memahami berbanding difahami tapi ego kita sering menidakkan kehendak situasi. Kita sering berjuang memenangkan ego walau sedar (tapi ada juga ketikanya kita tak sedar. Ketidaksedaran ni lebih banyak dipengaruhi oleh emosi) kita dipihak yang lebih beruntung seandainya kita memilih untuk menundukkan ego, memilih untuk memahami.

 

Wallahu’alam…

One Comment leave one →
  1. ungufaiza permalink
    January 6, 2009 9:21 pm

    ye..saya pon nk angkat tangan untuk di fahami..hehe..


    hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: