Skip to content

Di sini bermula…

November 17, 2008

AlhamduliLah… Berakhir jua debaran setelah mengetahui sekolah bertuah (hehehee… memang bertuah la) di mana aku ditempatkan mengajar. Sekolah yang nantinya menyaksikan khidmat cemerlangku (azam bah…!! heheheee) sebagai seorang guru. Aku nak ajak kalian imbas kembali kronologi penempatan kami (tak nak join sekali pun takpe sebenarnya, ’sy janji takkan apa2kan diri sy’- ayat yang pernah mengundang tawaku. Hikhikk..!!).

“Simkad apa kamu pakai? Maxis? Celcom? Digi? Buang ke laut semua tu!!”,

 

 

 

katanya yang disambut gelak tawa tapi aku cukup yakin jauh di sudut hati diorang (aku pun tak terkecuali la) ada bibit bimbang yang semakin subur dalam diri andai ’dicampak’ ke sana.

 

Dalam banyak2 slot sepanjang program tu, slot ucaptama Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah betul2 menarik perhatianku. Penyampaian bersahaja tapi intinya cukup membangkitkan semangat.

 

 

“Semakin jauh kita ditempatkan, semakin dekat kita dengan alam. Semakin dekat kita dengan alam, semakin banyaklah ilmu yang kita timba dari alam. Jika kita berani untuk belajar, banyaklah yang kita perolehi”

 

 

 

, bait kata2 beliau yang ini kurasakan cukup terkesan di hati, menyalakan semula semangat, menghidupkan semula tekad (yang nazak dimomokkan dengan cerita2 kakitangan lain sebelumnya). Saat itu, andai saja aku diberikan surat penempatan dan tertulis di situ SMK Pulau Bangi atau lebih pedalaman lagi di Terusan Sugut, pasti hati tak berbelah bahagi tuk menabur bakti di situ. Kata2 beliau yang ini jualah melahirkan tekad dan azamku

“mendidik dan menyediakan diri dididik agar menjadi pendidik yang mampu memanusiakan manusia”

.

 

Sebelumnya, kaunselor dari JPN Sabah juga mengisi slot dengan pengisian yang tak kurang menariknya.

 

 

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung”

– Ali Imran: 104. Berbekalkan ayat ini, beliau menyisipkan rasa betapa beruntungnya kami terpilih menjadi guru. Guru yang sejati bukan sahaja menyampaikan ilmu berdasarkan buku teks semata2 tetapi juga menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran melalui cara didikan masing2. Pasti saja guru yang sedemikian termasuk dalam golongan orang2 yang beruntung seperti yang dinyatakan dalam firman Allah swt dalam surah ke 3 ini.

 

Proses pendidikan itu menurut beliau bermula dengan kasih sayang. Kisah penurunan wahyu pertama jadikan sebagai ikhtibar. Apa yang dilakukan oleh malaikat Jibrail ketika menyampaikan surah pertama Al-‘Alaq ini kepada nabi Muhammad saw? Bukankah Jibrail memeluk baginda ketika menyampaikan surah pertama ini? Dan bukankah pelukan itu simbol kasih sayang? Sejujurnya aku sendiri tidak pernah terfikir kenapa mesti Jibrail memeluk Nabi Muhammad ketika wahyu pertama disampaikan sehinggalah diceritakan sedemikian oleh beliau kepada kami. Kalau ada di antara kalian yang mengetahui lebih mendalam tentangnya, sudi2kanlah berkongsi dengan aku.

 

Menghampiri minit2 terakhir taklimat beliau, bait2 puisi Usman Awang dihidangkan pada kami. Antaranya:

 

 

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum dewasa

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guru

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat ’cikgu’ kekal terpahat

Menjadi kenangan di akhir hayat

(Ini yang sempat kurakam pada kertas putih yang dibekalkan kepada kami. Kalau ada kesilapan, mohon dibetulkan).

 

Menjelang jam 4.30 petang, 12 November 2008, nama kami seramai 274 orang (tak silap aku) dipanggil seorang demi seorang untuk menerima surat penempatan. Ketika itulah klimaks debaran terasa sehingga kedengaran seorang teman membandingkan debaran hari pernikahan dengan debaran menanti surat keramat itu berada dalam genggaman. Katanya debaran ketika itu lebih hebat berbanding hari pernikahannya dulu. Wah! Sampai begitu sekali. Hehheee… Saat namaku memenuhi ruang dewan, aku melangkah yakin dengan satu semangat

 

 

 

’di mana pun aku ditempatkan, takkan gugur airmata kecewa’.

Sebaik membuka lipatan surat itu, kusapa ’SMK Narinang, Kota Belud’ yang tertera pada surat dengan senyuman. Jauh di sudut hati kupanjatkan rasa syukur. Bukan sahaja kerana sekolah itu terletak dalam daerah kelahiranku tetapi lebih dari itu kerana aku tak pernah menjejakkan kaki ke sekolah itu. Tempat yang tentunya baru. Dan yang baru itu sudah pasti menjadi landasan yang lebih baik dalam menimba ilmu dan pengalaman. Rasa exited menyerang tika itu.

 

Susur kronologi kita teruskan… Pada 13 November 2008, aku bersama 4 lagi teman yang lain memijak kaki (tuk pertama kalinya bagiku) ke sekolah itu untuk melapor diri. Di hari pertama itu telah terbina persepsi yang menarik tentang SMK Narinang. Jauhnya 40 minit dari rumah, agak jauh juga la. Dalam perjalanan balik tadi sempat juga la aku kira (hikhikk), dari pekan Kota Belud sblm smpi ke sekolah kena lalu 11 buah kampung dan cuma kampung pertama je kawasan penempatan muslim, 10 kampung seterusnya penempatan bukan muslim. Tapi kawasannya cantik, cukup cantik pada pandanganku dengan persekitaran yang hijau. Maklum saja letaknya di kawasan yang tinggi dan dikelilingi kawasan2 perkampungan tepi bukit. SubhanalLah… Sangat cantik!! Pada hari kedua kami dimaklumkan 99% pelajar di situ terdiri daripada pelajar berbangsa Dusun dan bukan beragama Islam. Melalui pemerhatian kasarku, guru2 di situ juga majoroti besarnya berbangsa Dusun. Inilah cabaran paling besar kurasakan terutama di awal perkhidmatanku kelak di sekolah ini. Membiasakan diri dengan orang2 yang bukan seaqidah bukan sesuatu yang mudah. Tapi itu tak sampai memudarkan semangat, hanya mengundang sedikit gusar. PadaNya jua tempat kumemohon segala kekuatan.

 

 

 

“Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati”

– Ali Imran: 13

 

 

 

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”
– Al Anfaal: 9

3 Comments leave one →
  1. qurratulaini permalink
    November 17, 2008 2:50 pm

    sebelum org lain komen, biar tuan rumah komen dlu la. huhuuu… maaf, sorry, ‘afwan sebab entri kali ni agak ‘berserabut’ dari segi susun atur perenggan. dah byk kali da aku adjust susun ntah kenapa xleh juga. ni pun da byk yang aku terpksa potong. kalau ada kesempatan kang insyaalLah aku adjust tapi yang pnting isinya dah tersampai😀

  2. November 26, 2008 1:04 am

    assalamu’alaikum akak…
    lama ta silaturahmi, kak sihat ke???
    mudah2an…sebagaimana yang ada di Solo…
    akak cikgu mata pelajaran pe???
    semoga ilmu yang akak didikkan tuk mereka ada gunanya…amien
    Lain waktu, adik boleh dididik khan>???

    syukron jazakillah khoiron

  3. November 28, 2008 2:16 pm

    Assalamu’alaikum
    Apa kabar, Mba? Kok jarang online bareng lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: