Skip to content

Kebaikan2 yang tak terungkap

October 31, 2008

“Nak kena belanja makan kfc la esok”, ni antara clue yang salah sorang opismate aku bagi semalam. Aku cuma tertawa mendengar gurauannya (sangkaku cuma gurauan). Rupanya dalam diam diorang semua merancang tuk surprisekan aku dengan jamuan perpisahan. Bila ntah diorang berpakat aku pun tak tahu. Memang betul2 licik la. Kakak2 pegawai tu la ketuanya. Hari ni 31 Oktober 2008 merupakan hari terakhirku berkhidmat di PRN. Melihat semua yang terhidang di atas meja tadi (sebiji kek ‘black forest’ namanya menurut Kak Oyen dan dispecialkan pula dengan namaku di atasnya, set KFC, karamel (buatan Kak Yah khas utkku, katanya. Huhuuu), bihun goreng, kek gulung, 4 jenis biskut yang dibuat sendiri oleh isteri salah sorang staf dan 2 jenis air- ulangtahun aku pun takde yang nak rai mcm ni. Heheheee!!) sambil semua mereka menantiku (kuar pun lepas kena panggil, ralit buat keje plus bertanya khabar dengan ‘tok guru’). Tak sangka langsung diorang sediakan sebegitu utkku) hampir saja membuatkan tubir mataku pecah dilolosi airmata. Nasib baik dapat tahan, tambah2 ada yang dengan murah hati juga menadahkan lawak yang mengundang tawa semua.

“Balik Sabah jangan lupa kami kat sini”, macam mana la nak lupa (uhukss).

“Selalu2 la contact kami”, begitu antara pesan mereka (kakak2, abang2 dan teman2).

Dalam ramai2 tu hati tetap mencari insan2 yang tiada (Dr. Rahmat dan Dr. Maizura, dua org atasan Pusat Racun Negara yang salah sorangnya bertanggungjawab membawaku masuk dalam keluarga besar PRN, En. Shalihin iaitu penyeliaku yang ckup2 prihatin dan memahami juga orang yang banyak membantuku di sini, Kak As dan Abg Din serta puteri comel mereka Aisyah Humaira, dan Kak Lina) di opis sepanjang minggu terakhirku berkhidmat di sini lantaran menghadiri program di Bangkok.

“Mengajar betul2… Hati kena ikhlas didik anak bangsa, tak kira la Islam ke bukan yang penting tunaikan amanah mengajar tu. Jadi cikgu yang baik…”, inilah antara pesan2 Dr. Mai padaku kali terakhir bertemu dengannya seminggu yang lepas. Saat tubuhku dipeluk erat, terasa benar ketulusan hatinya. Bukan setakat Dr. Mai, kebaikan yang lain2 juga sukar kuungkap dengan kata2.

Kak Oyen (opismate yang pertama akrab denganku yang juga merangkap jiran blok kediamanku. Aku selalu tumpang keta dia datang dan balik dari opis. Hehehe… dah kawin da. Orangnya tersangat baik dan lakunya selalu mengingatkan aku pada kakak sepupuku di kampung), Kak Jan (jarak usia tak pernah membuat aku merasa ‘jauh’ dengannya. Dia pun terlalu baik, kerap memberi nasihat dan saat2 bersamanya sentiasa hidup dengan usikan2nya), Kak Nurul, Kak Ida (tengah sarat anak kedua. Da beberapa hari dia cuti, khabarnya kurang sihat. Moga2 cepat sembuh), Yani, Kak Yah, Wan, Kamarul, Hafiz, Yoga, Nazirah dan Anie…

Pegawai2 atasan kat sini pun tersangat baik, tak pernah menghidupkan jurang antara kami yang bawahan ni dengan mereka malah mereka la yang sering menghidupkan/menyuburkan ikatan kekeluargaan semua staf dalam opis ni. Dr. Rahmat, Dr. Maizurah, En. Razak, Kak Su, Kak Dilah, Kak As, Kak Afni, Kak Saza, Kak Lina, En. Shalihin, Abg. Din, Nazri (pagi tadi dia bawa nasik goreng. Sedap pula nasik goreng anak teruna sorang tu masak, malu dibuatnya), En. Halim juga smua staf tingkat atas opis PRN (nak sebut semua ramai sangat).

Apapun, kalian dah hadiahkan buatku satu kehidupan/ikatan kekeluargaan yang kuat sepanjang 6 bulan berkhidmat di sini. Memetik kata2 sorang teman, sedih itu pasti, menangis itu satu pilihan. Berhadapan dengan situasi seperti ini aku memilih untuk menebarkan senyum sambil menahan airmata. Bukan kerana sedih kecewa tapi cukup terharu dengan kebaikan2 mereka.

Terima kasih semua… J “Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)” (Ar Rahman: 60). Semoga kebaikan kalian Allah balas dengan kebaikan juga… J J J

2 Comments leave one →
  1. October 31, 2008 9:27 pm

    ngomong-ngomong dari negri jiran ke? atau orang Indonesia kuliah di sana? trimakasih


    sy asli malaysia kok akhi..😀

  2. November 17, 2008 8:12 am

    Bahasanya agak susah dimengerti…
    Tapi alhamdulillah bisa menangkap apa yang dimaksudkan dalam postingan ini😀


    maaf ya akhi..sy juga ga bisa berbahasa indonesia dalam tulisan postingan sy. tapi kalau butuh xplanation insyaalLah sy usahakan xplain dalam bhs yang akhi bisa ngerti. hhehee..syukran udah mampir ke mari🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: