Skip to content

Wahai Pemilik Setiap Hati

October 30, 2008

Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun

Ampunilah segala kesilapan dan keterlanjuranku

Yang terdahulu dan yang akan datang

Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kurniakan aku sifat kasih sesama insan

Wahai Yang Maha Penyabar

Kurniakan aku dari sisi-Mu sifat sabar yang tiada terbatas

Wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat

Naungi aku dengan sifat redha pada setiap ketentuanMu

Peliharalah setiap lidahku dari berkata nista

Peliharalah lakuku dari sesuatu yang sia-sia

Kuatkan aku menghadapi apa jua cabaran dan ujian dariMu

 

Wahai Tuhanku

Perbaikilah untukku agamaku

Yang menjadi pedoman hidupku

Dan perbaikilah untukku duniaku

Yang padanya aku beroleh kehidupan

Dan perbaikilah akhiratku

Yang padanya tempat kembaliku

Dan jadikanlah hidup ini tempat bertambah-tambahnya segala kebajikan bagiku

Dan jadikanlah mati itu bagiku sebagai tempat beristirehat dari segala kejahatan

 

Wahai Yang Maha Mengetahui

Sekiranya benar dia adalah pilihanMu buatku

Kurniakan aku kekuatan dan keyakinan untuk berpegang pada pilihanMu ini

Sekiranya dialah yang akan membimbing tanganku melewati titianMu

Kurniakan aku sifat kasih dan redha kepadanya

Sekiranya dialah yang telah Kau catat pada Luh Mahfuz sebagai penemanku di jannahMu (semoga kami tergolong dalam golongan terpilih untuk menikmati jannahMu)

Limpahkan aku dengan sifat patuh dan tunduk akan segala perintahnya kelak setelah aku dimilikinya

Sekiranya dialah yang telah Kau pilih antara berjuta untuk menjadi penemanku di duniaMu

Peliharalah setiap bicara dan lakuku dari menyakiti hatinya

Sekiranya dialah jodoh buatku yang Engkau rahmati

Limpahkan aku dengan sifat sabar menghadapi setiap laku dan katanya

 

Ya Allah

Andai kelak telah terlafaz ijab dan kabul antara kami

Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang menyenangkan hatinya

Bimbinglah aku untuk menjadi penyejuk di mata dan penawar di hatinya

Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang dikasihi, yang sentiasa di hati

 

Ya Allah

Sungguh Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku

Seandainya aku tersilap membuat pertimbangan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Seandainya aku lalai dalam setiap amanah ke atasku

Kupohon Ya Allah

Hisablah aku di duniaMu, bukan di akhiratMu

Seandainya aku ingkar dan derhaka

Kurniakan aku hidayah ke arah rahmatMu

Penuhilah jiwa ini dengan rindu untuk mendapatkan rahmatMu

Walau kusedar aku tidak layak mengharapkan meski debu cintaMu

 

Hanya padaMu Ya Allah kuletak segala harap

Kerana kusedar lemahnya aku tanpa bimbinganMu

Kerana kusedar butanya aku tanpa hidayahMu

Kerana kusedar hinanya aku tanpa rahmatMu

Kerana kusedar cacatnya aku tanpa petunjukMu

Kerana aku hamba kerdil yang kerap keliru

Kerana aku hamba yang kerap leka dengan fatamorgana duniaMu

 

Amin… Amin… Amin ya Rabbal’alamin…

2 Comments leave one →
  1. October 31, 2008 9:05 pm

    wanita yg baik hanyalah untuk laki-laki yg baik pula, demikian sebaliknya, Insya Allah
    Salam kenal..:
    sukses ya😀


    salam kenal kembali..amin..barakalLah fiq🙂

  2. November 1, 2008 6:12 am

    alhamdulillah…
    amien,…moga Allah kabulkan permohonan hambaNya…
    wah, sepertinya sudah ada niat untuk sempurnakan separoh agamanya nih…
    Mudah2an Allah kurniakan hambaNya yang sholih…
    Do’a istikhoroh ya ukhti???

    Allahu mubaarik fiekum…


    😀😀😀 amin..
    insyaalLah kayaknya sich gitu…semoga Allah permudahkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: