Skip to content

Jejak kasih sempena aidilfitri

October 14, 2008

Sebaik mendapat tahu aku mendapat penempatan mengajar di Sabah, jadual hujung minggu di penang kuatur semula. Permintaan banyak sangat, undangan tak menang jari reply ‘insyaalLah’ (perasan VVIP) walhal hujung mingguku sangat terhad. Kena lapor diri 10 november, so aku bajet2 cuma ada 4 kali je berhujung minggu di tanah semenanjung ni. Minggu pertama cadangnya nak jumpa pelajar2 masa praktikal dulu di Parit Buntar. Dah siap bagitau dah pun dengan kakak duduk serumah kat kuarters guru dulu nak datang 10 oktober, sehari selepas aku kembali dari bercuti raya di kampung. Minggu kedua (18 dan 19 okt) ke KL, minggu ketiga (25 dan 26 okt) ke Kedah dan minggu last (1 dan 2 nov) ke Parit, Perak. Macam ni la perancangan awalnya sebelum aku teringat balik hajat lama nak masuk kursus kawin yang pusat islam usm anjurkan. Kursus kawin? Nak kawin dah ke aku? Eh, tak semestinya orang da nak kawin je masuk kursus kawin. Tak rugi menuntut ilmu. Kalau tak boleh nak praktikkan pun, ilmu tu nanti boleh jadi bahan perbincangan, diskusi ilmu (kalau dalam sesi pengajaran tu macam bahan bantu mengajar la). Takde la berdiskusi dengan otak kosong. Udah macam tu, perancangan minggu pertama (11 dan 12 okt) kena KIV. Cuma akan dimuktamadkan sebaik mendapat tahu hujung minggu yang mana akan dianjurkan kursus tu.

 

10 okt, pagi jumaat yang hening (chewah!), aku pun menapak ke pusat islam usm. 11 dan 12 okt xde kursus, yang ada cuma 18-19 okt dan 1-2 nov. Tanpa berlengah, aku segera membuat pertimbangan antara teman di Parit atau pelajar2 di Parit Buntar. Hermm… Anak2 tu kalau pegi hari orang bekerja (= hari sekolah) pun takpe tapi yang ada kat Parit tu cuma dapat jumpa hujung minggu je. Pagi tu juga la aku kol kawan yang di Parit memaklumkan akan kunjunganku ke sana. Tiket bas ke ipoh segera kubeli, bajet2 sampai sana dalam pukul 6. Semuanya tergesa2.

Semasa di ipoh, kak su (housemate masa prtikal dulu) menghubungiku.

‘Mana janji2 manismu…?’, lembut je suara kak su, seperti biasanya. Tapi dengan ayat ni ibarat kayu belantan yang diketuk ke kepala. Sakit oooo..!!

‘Ya Allah, kak su…’

‘Hah, kak su da siap masak da pun. Ni sapa nak makan banyak sangat ni?’ kak su mencela dalam tawa kecilnya.

‘Astaghfirullah… minta maaf sangat2, kak su. Sy betul2 lupa nak bagitau. Sy ada di ipoh sekarang. Sy ingat nak pegi sana lepas sy dah berhenti keje nanti. Hari sekolah pegi sana pun takpe tapi yang ada di sini kena hujung minggu je. Sy dapat posting kat Sabah. Lapor diri 10 haribulan depan ni. Awal bulan 11, mungkin 6 atau 7 nov ke Sabah tapi sebelum tu sy datang sekolah dulu (sekolah praktikalku dulu)’, panjang lebar juga aku kena explain kat kakakku yang seorang tu. Ya Rabbi, macam mana boleh lupa nak bagitau. Rasa bersalah yang sesungguhnya membelit perasaan tika itu.

‘Ok la, sebelum ke Sabah macam mana pun kena datang sini dulu tau!’

‘InsyaalLah kak su. Nanti sy ajak nadia (coursemateku yang praktikal di sekolah yang sama dan duduk sekali sepanjang tempoh praktikal kami) pegi sama’,

‘Elok sangat la tu’.

 

Tak cukup kemas lagi rupanya. Tu la padahnya kalau semua dalam tergesa2.

3 hari di Parit aku duduk di rumah seorang teman yang kukenali sejak 7 tahun yang lalu. Dulu kala aku suka cari teman2 jauh dan dia la yang masih kekal berhubung denganku sampai sekarang dan seorang lagi kakak angkat kami yang sekarang menetap bersama suaminya di Kuala Kangsar. Kunjungan ke Parit ni juga bakal dilanjutkan ke Kuala Kangsar. Dah lama sangat nak jumpa dia, tambah2 dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Diya Khaira yang baru nak masuk 4 bulan. Selama 7 tahun mengenali kakak yang berasal dari kelantan tu, aku cuma pernah bertemunya sekali masa majlis perkahwinannya di kuala kangsar setahun lebih yang lalu. Sayangnya semasa kunjunganku dia tengah sibuk mengemas berpindah ke rumah baru tapi diluangkan juga masa melayanku dan Wanie.

 

Teringat kat sorang teman yang baru melanjutkan pengajiannya ke Mesir, dia pernah bercerita tentang opah dan toknya yang tinggal di kuala kangsar. Ceritanya membuatkan aku merasa seolah2 dekat dengan keduanya. Berbekalkan maklumat yang sangat sedikit, aku mengajak Wanie berziarah ke rumah opah dan tok. Wanie yang tak tahu jalan dan kuala kangsar yang bukannya kecik adalah antara cabaran besar sepanjang jejak kasih tu. Jenuh bertanya sana, bertanya sini dan sempat juga sesat ntah ke mana2 membuatkan aku hampir2 berputus asa. Tambah2 kesian dengan wanie. Jalan2 kampung kat sana pula agak sempit, payah betul nak pusing balik tiapkali tersilap masuk jalan. Signboard nama kg tu kat tepi jalan pulak xde.

‘Kalau orang ni pun tak tahu, balik je la’, dalam ati rasa putus asa da mula membibit. Kalau saja aku yang drive, takkan kuizin rasa itu menjentik azam dan tekadku berziarah ke rumah tok dan opah.

‘Yang ni kampung Talang Hilir ke?’,

‘Ah ye…’, akhirnya..

‘Kat mana ye jalan nak ke kubur?’,

‘Kak nak cari siapa?’

‘Sy sebenarnya nak cari opah dan tok kawan sy. Rumahnya tepi jalan nak ke kubur’

‘Siapa namanya?’,

‘Err… Sy pun sbnrnya tak tahu. Tapi kalau kat kg orang panggil tok itam dan mak itam’

‘Nama tok tu Idris? Kalau yang tu, tu tok sy… Takpe, sy tunjukkan jalan’, ya Allah, seronoknya masa tu Allah saja yang tau. Rasa nak peluk2 je orang tu, nasib baik lelaki. Seronoknya tak terkira. Dari jauh, aku dah boleh cam rumah opah dan tok berdasarkan gambar yang pernah ditunjukkan padaku. Keramahan keduanya membuang jauh rasa letih selama sesi mencari tadi. Akhirnya, opah dan tok bukan lagi bayangan.

 

Bukan setakat itu rupanya kejutan yang kuterima. Seperkara lagi yang membuatkan aku seakan sukar percaya adalah kesempatan bertemu dengan seorang teman yang kukenali dari jauh sejak hampir 2 tahun yang lalu. Keakraban kami membuatkan aku sentiasa merasa dekat dengannya tapi tetap saja terbatas. Ukhuwah yang terjalin lewat alam maya masih terasa rapuh meski keserasian telah bertapak sejak pertama kali kami ditemukan dalam satu sesi ‘debat’ yang tak dirancang pada 2 Februari 2007 yang lalu. Dialah antara teman ‘sparing’ku yang paling handal. Jarang sekali menang bila berdepan dengannya. Sudahnya aku sendiri yang akan mengakhiri dengan ayat lazim sesi ‘sparing’ kami “lantak awaklah!”. Hehheee…!! Pun begitu, dia juga lah yang paling banyak berahsia dengan aku soal keluarganya. Soal yang lebih peribadi tu tak payah tanya la. Makin ditanya makin kuat dia kepit. Kalau betul nak tahu, senyap je. Tapi kunjunganku ke Parit kali ini rupanya membawa aku bukan sahaja bertemu dengan sahabat jauh tu malah dengan keluarganya (mak dan ayahnya je la. Adik2 dia tak nampak muka pun hari tu) sekali. Kediaman keduaorang tuanya cuma kurang 30 minit dari kediaman keluarga temanku di Parit. Kebetulan yang cukup cantik. Seperkara lagi, biasanya dia yang banyak bercakap tapi dalam pertemuan itu dia lebih banyak senyap (banyak mendengar aku bersembang dengan kedua org tuanya sebenarnya. Nak mencela takde chance).

 

Begitulah sedikit cerita yang dapat kubingkaikan di sini hasil pengembaraan jejak kasihku ke Perak (jejak kasih sempena aidilfitri). Kesimpulannya, semua yang berlaku adalah ketentuan-Nya. SubhanalLah…!

 

One Comment leave one →
  1. Alex permalink
    October 21, 2008 5:07 pm

    rencana sama kita
    kenyataannya ketentuan DIA

    salam kenal🙂


    tepat sekali… atau dalam ayat lainnya (yg diajarkn kepada sy), kita mentadbir Allah jua mentaqdir🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: