Skip to content

‘Makcik’

October 13, 2008

Lama juga rupanya aku ‘monteng’ dari meng’update’ ruang ni ek? Page bisu ni tak rindu kat aku, aku yang rindu lebih2 kat dia (ia). Cerita dari kampung? Uiiihh..!! Banyak… Aku citer sikit2 je la ek sebab nak citer kisah beraya ke perak plak lepas ni (penat dari perjalanan jauh ni pun tak hilang lagi sebenarnya).

 

Raya kali ni aku berkesempatan menyambutnya bersama anak sulung salah sorang teman baikku, Nur Alia Najwa namanya.

Membahasakan diri ‘makcik’ (dengan terpaksanya. Hukhukk..!!) kepada anak kecil itu membuatkan aku merasa diri benar2 da ‘makcik’ (hehheee..!!) tapi dalam masa yang sama seronok plak dapat title ‘makcik’ (aku pun pelik jg sebenarnya. Hahaha…).

 

Hari yang sama beraya ke rumah teman baikku itu, kami bertiga (teman2 sekolah dulu) terus ke hospital kerana malamnya dikhabarkan dengan kelahiran bayi sulung pasangan classmate sekolah dulu. Yang ni hero plak.

Kelakar benar mendengar si ayah (yang dulunya masa sekolah suka cari pasal dengan aku tapi antara yang baik dengan aku) berkongsi pengalamannya dengan kami.

‘Aku da 2 malam tak tido’, luahnya.

‘Kenapa?’, soalku bersama simpati. Dalam hati punyer la aku memuji betapa bagusnya teman aku tu sebagai seorang suami yang risaukan isteri yang bergelut dengan sakit melahirkan anak sulung diorang sampai tak boleh nak tido.

‘Aku tak boleh masuk wad, kena tido kat pondok luar ni. Bila aku nak pejam mata je rasa ada benda je terbang atas aku. Apa lagi, aku pun celik terus bangkit jalan2’, kebetulan pula wad sebelah wad bersalin tu bilik mayat. Hahhaaa!! Hampes btul! Sikap penakut dia sejak dari bangku sekolah tak hilang2 lagi rupanya.

 

Teman2 yang tak pernah sampai ke rumah pun da sampai. Adat beraya katakan… Yang bertahun tak jumpa masa raya la jumpa. Apa lagi ek yang best? Raya tahun ni seperti tahun2 sebelumnya aku lebih banyak duduk rumah dari keluar berjalan. Maklum sejak2 dah jadi anak dara ni lain sikit rasanya kalau keluar. Time bebudak dulu mak tak bagi keluar pun aku menyusup juga keluar. Heheee… Boleh tahan juga la ‘ketegaq’nyer.

 

Okeylah, aku stop kat sini dulu. Jumpa di entri yang lain yer…

 

 

One Comment leave one →
  1. ariefdj™ permalink
    October 26, 2008 11:54 am

    Makcik, it seem entry barunya not yet di-posting ya.. Awak terlanjur visited rumah mayamu ini, so saye corat – coret sikit lah seraya tinggalkan jejak.. Salam..


    makcik ye? huhuuu… makcik pun makcik laaa.. bapak pandai bercakap bahasa melayu ek? terima kasih kerana sudi singgah. baru je posting entri baru tadi. salam (kembali)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: