Skip to content

Firman Allah dalam ‘Menguji’

September 23, 2008

Seusai solat subuh tadi (alhamdulilLah jemaah kami masih istiqamah), aku mencapai tafsir al Quran yang menjadi peneman saat ‘keliru’ (maklum, semua jawapan ada di dalamnya, tinggal rajin x rajin belek je). Sesampaiku pada satu firman Allah, pembacaanku terhenti seketika lantas membaca penerangan ayat tersebut. Ada sesuatu yang menarik mengenainya untuk kukongsikan bersama kalian dalam entri kali ini. Ayat yang aku maksudkan berbunyi begini (ertinya):

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu,dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. ( Al-Mumtahanah, 8 )

Diturunkan di Madinah, memiliki 13 ayat semuanya serta diertikan sebagai ‘Menguji’, ayat ini menerangkan secara jelas bahawa orang Islam boleh berbuat baik serta berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi mereka lantaran agama mereka dan tidak pula mengusir mereka dari tanah air mereka. Allah swt hanya melarang mengangkat pemimpin dari orang-orang kafir yang memerangi dan mengusir mereka dari tanah airnya seperti maksud ayat pertama surah ini iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil musuhku dan musuhmu menjadi wali (pembantu); kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu. Mereka mengusir rasul dan kamu, kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu” (Al Mumtahanah: 1)

 

Ayat ke 8 ini jelas membuktikan kesilapan tuduhan yang mengatakan bahawa Islam menyuruh memerangi setiap orang kafir dan merampas harta mereka. Surah Al-Baqarah ayat 190 menambah keterangan ini:

“Hendaklah kamu perangi pada jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melewati batas”

 

Iaitu memerangi orang-orang yang tidak memerangi kamu.

 

Sesetengah ulama tafsir mengatakan bahawa ayat-ayat ini mansukh (diubah), tetapi Allah swt atau Nabi saw tidak mengatakan demikian, padahal kita hanya wajib mengikut perkataan keduanya (Allah swt dan Nabi saw). Firman Allah swt:

“Al-Quran itu (ayat-ayatnya) tiada yang membatalkan (menyalahkannya), baik yang dahulu atau yang kemudiannya” (As-Sajdah: 42).

 

Dan firmanNya lagi:

“Tidak bertukar-tukar kalimah (perkataan) Allah” (Yunus: 64).

 

Berdasarkan keterangan-keterangan ini, jelas menerangkan pada kita bahawa tiada ayat-ayat Allah swt yang ditukar, malah semuanya untuk dibaca dan diamalkan, malah sesetengah ayat-ayat itu menfatsirkan ayat-ayat yang lain.

 

Misalnya ayat 9 surah At-Tahrim:

“Perangilah orang-orang kafir”, menyuruh kita memerangi orang kafir, tetapi tidak pula dijelaskan kafir yang bagaimanakah atau manakah diperintahkan kepada kita untuk diperangi itu. Maka ayat yang lain menerangkan demikian, katanya:

“Perangilah pada jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu”

 

Jadi, bukan semua orang kafir, melainkan yang memerangi kamu. Ayat kedua ini menerangkan maksud ayat pertama. Itulah erti kata ulama: Ayat-ayat itu menafsirkan setengahnya akan ayat yang lain. Demikian juga kata ulama fiqh: Yang mutlak (umum) ditanggung (dijelaskan) dengan yang berqaid (khusus).

 

Berdasarkan keterangan ini, nyatalah kepada kita bahawa ayat-ayat al-Quran itu dari awal hingga akhirnya, tiada yang mansukh (diubah hukumnya).

 

Lalu kucapai pula kitab  Asbabun Nuzul tulisan  As-Sayuthi, aku cuba mencari sebab penurunan ayat ke 8 ini. Berdasarkan kitab ini diceritakan bahawa dalam suatu  riwayat ada dikemukakan bahawa seseorang wanita kafir bernama Qatilah iaitu ibu kandung kepada Asma datang kepada Asma binti Abu Bakar. Setelah itu Asma bertanya kepada Rasulullah, “Bolehkah saya berbuat baik kepadanya?”.  Rasulullah menjawab, Ya, boleh”.

 

Maka turunlah ayat ini sebagai penjelasan bahawa Allah tidak melarang berbuat baik kepada orang yang tidak memusuhi agama Allah. (Riwayat al Bukhari daripada Asma binti Abu Bakar)

 

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Siti Qatilah iaitu bekas isteri Abu Bakar yang telah diceraikannya pada zaman jahiliyah datang kepada anaknya, Asma binti Abi Bakar membawa bungkusan. Asma menolak pemberian itu, malahan tidak mempelawa ibunya masuk ke dalam rumahnya. Kemudian dia telah mengutus seseorang kepada Aisyah untuk bertanya tentang perkara ini kepada Rasulullah. Maka Rasulullah memerintahkan untuk menerimanya dengan baik serta menerima pula bungkusan yang dibawa itu.

 

Maka ayat ini turun berhubung dengan peristiwa ini sebagai penjelasan bahawa Allah tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir yang tidak memusuhi agama Allah. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bazzar dan al-Hakim yang disahihkannya daripada Abdullah bin Zubair)

 

Berdasarkan maksud, penerangan serta sebab penurunan ayat 8 surah Al Mumtahanah ini aku dapat simpulkan 3 perkara utama:

1.                   Islam hanya memerintahkan kita memerangi orang kafir yang memusuhi kita kerana keimanan kita kepada Allah, malah kita dituntut berbuat baik dan berlaku adil kepada semua (termasuk orang kafir) selagi mereka tidak memusuhi kita kerana agama kita

2.                 Ayat-ayat al Quran tidak pernah dan tidak akan berubah sepanjang zaman

3.                 Penerangan sesetengah ayat al Quran boleh didapati pada ayat yang lain

 

Wallahu’alam…

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: