Skip to content

Khabar dari kampung

September 22, 2008

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Assalamualaikum wbt…

 

Ermm… Lagi seminggu nak balik kampung ni aku nak kongsi keseronokan dan ke’excited’an aku nak balik kampung. Hikhikkk…! Raya kali ni melakar sejarah tersendiri dalam famili aku. Raya ke 3 nanti insyaalLah akan berlangsung majlis pertunangan adik lelaki sulung aku. Balik kali ni pun lebih kepada mencukupkan korum rombongan ke rumah bakal menantu mak ayah aku, juga merangkap bakal adik ipar aku. Eh, nak dapat adik ipar da rupanya aku. Cam x caya jer adik yang 20 tahun yang lepas tu kerap menjadi mangsa buli aku da nak ada famili sendiri da. Aku tak tahu kenapa mak ayah beriya suh adik lelaki aku ni kawin cecepat, anak pempuan dia ni patutnya digesa kawin cecepat (hakhakkk..!! kecut perut…). Mak ayah ada alasan yang kuat sebenarnya… Selain tak nak kawan lelama, mak cakap biar ada orang jaga adik kat Sarawak nun (maklum dapat penempatan kat satu kawasan pedalaman kat Sarawak). Dalam kecut perutnyer (nak pikul tanggungjawab besarla katakan) adik aku pun mengikut seperti yang dicadangkan. Anak baik dia ni, taat orang tua. Sangat prihatin plak tu. Pas tu bukan jenis berkira (walaupun  dalam kitorang 5 beradik dia paling terer mate. Hehehee…!!). Bertuah betul la sapa jadi bini dia (ikhlas dik… pujian bukan sebab tiket balik ni disponsor. Hikhikkk..!!!). Apapun, aku mohon doa kalian semua semoga majlis ni nanti mendapat berkat dariNya dan moga2 jodoh adikku panjang bersama wanita yang dipilihnya menjadi teman hidup. Majlis aku akan menyusul bulan 5 nanti insyaalLah (tapi tahun bila tu wallahu’alam…. Hehehee… Dalam penulisan pun ada chance membuli, kan? Best betul). Doakan juga dipercepatkan jodohku yer… Moga2 berkat doa 200 juta hati ni Allah segerakan kehadiran sekeping hati untuk disatukan dengan hati yang DIA pinjamkan padaku ini.

 

Tu agenda utama kepulangaku kali ini. Lepas tu aku teruja nak nyambut kelahiran anak kembar pasangan terkukur putih milik ayah. Mak cakap sebelum ni da bertelur dan da menetas da pun tapi sayangnya mati sebaik sahaja mak ayah n adik bongsuku kembali dari menghadiri majlis konvokesyenku bulan 8 yang lalu.

“Lupa belikan makanan diorang”, kata mak. Sedih benar aku mendengarnya. Mak cakap da nak tumbuh bulu da generasi pertama yang dilahirkan dalam sangkar besar yang ayah bina di bawah rumpun bambu tu tapi usia tak panjang. Seminggu mak ayah kat sini, mau tak ‘kong’ anak2 burung tu. Yang besar leh tahan la tak makan beberapa hari. Ayah ada 3 pasang burung sebenarnya. Sepeninggalanku setahun yang lepas seingat aku cuma ada 2 pasang je, sepasang tu kaler putih dan sepasang lagi kaler kelabu. Mak cakap ayah tambah lagi sepasang kaler kelabu. Aku tak tahu sejak bila ayah minat bela burung ni. Siap dibina sangkar besar lagi kat tepi halaman rumah tuk burung2 dia tu.

“Tengah mengeram da sekarang ni”, kata mak di suatu kesempatan berbual dengannya beberapa minggu yang lalu.

“Rasa2 sempat tak saya nak tengok diorang menetas, mak?” macam la sebelum ni tak pernah tengok ayam menetas. Hehehee… Tengok ayam menetas dengan burung menetas tak sama sebenarnya. Ayam da selalu sangat orang tengok tapi burung yang selalu buat sarang atas pokok ni jarang dapat tengok. Kut2 yang ni kuar2 je bunyi kucing (hampir mustahil tapi boleh jadi. Hihiiii…!!).

Upss… Ada perkembangan terbaru. Penulisanku terhenti tadi memberi waktu tuk ngadap DIA. Pas tu mak pula kol. Antara benda aku tanya mak tadi, pasal telur2 burung kat rumah tu.

“Dah menetas da…”, jawab mak mengundang sedikit rasa terkilan lantaran tidak berpeluang melihatnya menetas.

“Lama dah ke, mak?”

“Dah dua hari dah kut. Tu pun adik (Dik Im, adik lelaki keduaku) bagitau”, ermm… Nak buat camna, kuasa mengatur hanya pada DIA.

“Mak, rumah sekarang mahal x? Nak beli rumah la mak…”, ehheeehehee… Aku mula mengajak mak menyulam angan (seperti biasa…).

“Dulu makcik (satu2nya adik perempuan mak) beli dalam 80 lebih je (kurang RM90K tuk sebuah rumah teres setingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air)”, jawab mak dengan nada senang dengan rancanganku.

“Ermm… Takde la mahal sangat, kan?” chewah!

“Sekarang ni pun da banyak da rumah baru nak kena buat tepi highway tu”.

“Tanah xde, ada rumah pun jadi la kan mak? Tak duduk pun boleh sewakan nanti, boleh jadi aset, kan mak kan?”, soalku sambil tertawa kecil seronok dengan impianku.

“Elok la tu da fikir camtu. Adik (merujuk kepada adik sulungku) pun mak da suruh beli rumah kat sini je, senang”.

“Dah tu rumah ni camna nanti? Siapa nak duduk?”, sambung mak bertanya.

“Rumah tu…?”

Tak sempat aku nyambung, mak mencela.

“Kalau takde sapa nak duduk mak nak cari pembeli siap2”, ugut mak dalam senda.

“Hish! Maakk… Saya nak tapak kat bekas tapak pokok pelam tu. Kat Ina (satu2nya adik perempuan aku) bagi la kawasan pokok bemban tu. Heheee..!!!”, senda mak kusambut bersama tawa. Mak turut sama dalam tawaku.  Agak zholim bunyiknyer. Kalau Ina tau mesti dia x duduk diam (sapa nak duduk kat paya, banyak penunggu plak tu. hihiiii..!!), tu yang bestnyer ‘berbalah’ ngan dia tu. Gurauan tu sekadar memanjangkan citer. Semoga saja hubungan kami beradik tak dikeruhkan dek kerana harta dunia. Panjang pula kami berangan tadi sementara mak menanti ayah pulang dari pekan membawa ais batu campur (yang tak pernah ‘monteng’ dari menghadiri majlis berbuka posa kat rumah tetiap taun) dan barang2 lain.

 

Banyak benda lagi yang mak sempat citer tadi. Katanya dah tempah 600 biji biskut raya. Mak cakap tuk majlis bertunang adik sekali nanti bila saya tanya kenapa banyak sangat. Ina pun da tempah dari kawan dia 100 biji. Tambah ngan yang aku tempah kat sini 200 biji kira banyak juga tu banding ngan raya tahun2 sebelumnya. Lagi pula orang bukan nak makan biskut sangat, sekadar penghias meja je. Pas tu mak citer lagi yang adik dengan sukarelanya nak buat kerja2 pembersihan kat kawasan rumah nanti. Pas tu dalam rumah plak, Ina punyer keje la. Diorang balik hari yang sama, 26 september ni. Aku plak? Memandangkan aku balik lewat, 30 september so aku ‘diberi’ penghormatan sekadar ‘basuh kaki’ je masuk rumah nanti. Hwahahhahaaa…. Seronoknyerrrrrrrrrrr…!!!

  

Petang ni Ina (housemateku) pula yang menjadi chef tu menyediakan juadah berbuka kitorang. Menunya tomyam ayam dan telur dadar. Pas tu bergedil ayam linda subuh tadi masih bersisa lagi. Ok la tu… Baru sebentar tadi Ina naik dari bertemu temannya membawa bersama sebungkus bubur lambuk. InsyaalLah terlepas juga hajat nak merasa bubur lambuk setelah sekian hari memendam rasa.

 

Okey la, tu je cerita tuk kali ini…. Dengan izin Allah kita ketemu lagi nanti dengan kisah lain pula… Terima kasih tuk waktu yang diluangkan berkunjung ‘mendengar’ aku berceloteh.

 

Semoga Allah mengurniakan kita iman yang tetap, hati yang khusyuk, keyakinan yang benar, ilmu yang bermanfaat, amal yang baik, agama yang lurus, kemaafan dan keselamatan serta terkaya atas manusia. Semoga jua Allah menerima sembahyang kita, puasa kita, ibadat sunat kita, usaha kita untuk mencapai khusyuk dan merendahkan diri serta usaha pengabdian kita. Semoga Allah Yang Maha Pengasih menyempurnakan kekurangan dan kecuaian kita. Semoga salam dan shalawat sentiasa tercurah atas junjungan mulia makhluk penghulu kita, Muhammad saw serta sahabat dan keluarga baginda sekalian. Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Pemelihara sekalian alam….

Amin… Amin… Aminn..!!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: