Skip to content

Hari ini… (semalam sebenarnya)

September 18, 2008

AlhamdulilLah… Baru je sudah ‘moreh’. Moreh? Salah satu budaya makan + minum ringan sesudah solat tarawih. Kat tempat aku tak pernah pun aku dengar ada budaya moreh (atau aku sorang yang tak tahu maklum kat kampung aku buat tarawih kat rumah jer. Huuhhuuu..!!). Tak kisah la semua tu, yang penting aku nak citer apa yang berlaku sepanjang hari ni (cuti sehari sempena Nuzul Quran). Satu hari ni aku menyudahkan kerja2 menjahit yang da berhari tak siap2 lagi. Maklum saja hari kerja memang letih biarpun kerja cuma menghadap komputer dan ada hari2 tertentu buat soal selidik kat sekolah2. Petang tadi pula aku cuma jadi pemerhati dan menyumbang idea serta pandangan kepada 2 chef kitorang yang menyediakan juadah berbuka hari ni, Kak Nik dan Linda. Kak Nik dengan menunya udang masak merah, sementara Linda plak dengan bergedil ayam. Sepanjang ramadhan tahun ni, inilah kali pertama dua menu ni terhidang di meja makan kitorang.

 

Walaupun kentang kurang empuk sampaikan nak lenyekkan tadi terpaksa menggunakan khidmat batu lesung tapi hasilnya cukup memuaskan hati, hinggakan keluar ayat “nak cuba buatlah kat rumah nanti” dari mulut Kak Nik, ahli rumah kami yang paling rajin bab2 memasak. Udang masak merah tak payah citer laa… Sedap giler! Hikhikk…

 

Ni jer aku nak citer mengenai kisah yang berlaku di rumah sewaku sebab pas ni aku nak siapkan entri sempena 17 Ramadhan (Nuzul Quran). Esok kena pegi sekolah lagi, SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang (standard sekolah bestari ni, bekas sekolah penyelia aku. Hehehee…!!). Nampaknya kena bertolak awal lagilah aku esok. Tak kisah lah, yang penting seronok jumpa budak2 sekolah tu. Seperkara yang membuatkan aku seronok jumpa budak2 sekolah adalah kerinduanku yang membuak pada student2ku (lebih tepat lagi bakal studentku) meski aku belum pernah bertemu mereka lagi. Jumpa student2 tu semua dapat melepaskan rinduku yang tak terungkap pada bakal student2ku (hikhikkk..!!!).

 

Okeylah, sampai ketemu lagi 200 juta hati (hihiii… Teringat pula kat sekeping hati tu).

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: