Skip to content

Ukhuwah Kita

September 14, 2008

“Na, tadi kat pasar malam kan banyak kali orang panggil kak wawa beli bunga api tapi dia buat tak tahu je”, adu teman serumah yang sebaya denganku itu dalam loghat kelantannya (tapi aku x reti sangat nak naipnya kat sini takut tunggang langgang. Heheheee…!!).

“Kenapa macam tu?”

“Ntah, dia tak nak dengar pun”

“Kenapa tak hentak2 je kaki kat situ tadi minta belikan bunga api?”

“Rasa nak buat macam tu la tadi tapi ramai sangat orang”, jawabnya dengan muka ‘mentapai’ (istilah yang kak wawa perkenalkan. Maksudnya muka masam daaa…).

“Tak pe, nanti kita beli bunga api guna duit rumah”, balasku lagi bersulam tawa disambut tawa teman2 yang lain.

“Orang yang beli bunga api tu semua muka2 nakal, muka baik macam kak wawa ni takde pun nak beli bunga api kat situ”, tawa memang tak tertahan melihat Ina yang makin menjadi muncungnya (pandai betul temanku yang sorang ni ‘acting’) mendengar hujah kak wawa yang sejak tadi cuma mendengar aduan Ina kepadaku. Kak Nik, Rosma dan Linda (teman serumah kami yang baru juga merangkap adik bongsu) cuma tumpang ketawa sambil sesekali turut serta menyampuk menambah lagi rasa dalam babak yang mengisi waktu2 kami bersama. Memori itu pasti kuabadikan dalam memori.

Persembangan ringan sementelah menanti azan maghrib sedang juadah berbuka telah terhidang petang semalam itu mengingatkan aku akan satu babak menarik dalam kenangan manisku bersama teman2 sebilik di hostel USM ramadhan dua tahun lalu. Teman baikku yang kembali dari kampung tokwannya membawa bersama beberapa sampel mercun yang cukup menarik perhatianku dengan teman sebilik seorang lagi. Petang itu juga kami membuat rakaman mengenainya. Rakaman itu pasti mengundang gelakku tiap kali menontonnya.

 

Kembali kepada cerita di rumah sewaku, sedang rancak bersembang tiba2 semua menyepi sambil masing2 mengangkat tangan. Maklum, azan da kedengaran (hahahaaa..). Masing2 hanyut dalam doa. Seketika, suasana riuh semula. Kami berenam menjamah apa yang ada. Lantaran ketidakmuatan meja makan buat kami berenam, sesi berbuka kami langsungkan di atas lantai beralas tikar plastik. Bersederhana… Itulah yang kuperhatikan dalam juadah berbuka kami sepanjang ramadhan kali ini. AlhamdulilLah yang penting rezeki yang sedikit itu mampu memberi kekuatan untuk kami terus beramal.

 

Tarawih berjemaah… Amalan ini terlahir dari kemalasan kami turun ke surau tingkat bawah flat kediaman kami lantaran hujan lebat dan kesejukan yang membalut seminggu yang lepas. Sejak itu kami bersolat isya’, tarawih + witir serta subuh berjemaah di rumah. Moga Kau memberkati kami semua,Ya Ilahi…

 

Ya Allah,

Kuatkanlah ikatan ukhuwah kami

Kekalkanlah kasih sayang antara kami

Tunjukkanlah jalan kami

Dan penuhilah kami dengan cahayaMu yang tak pernah redup…

 

Ya Ilahi,

Lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman dan tawakal kepadaMu

Hidupkanlah dengan ma’rifatMu

Dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalanMu…

 

Sesungguhnya,

Engkaulah sebaik-baik Penolong

Dan sebaik-baik Pelindung

Semoga selawat dan salam

Selalu tercurah kepada Junjungan Mulia kami Muhammad saw,

Keluarga dan sahabat baginda sekalian..

 

Aminnn….

 

Bagaimana pula hari2 seterusnya? Seronok menjalani kehidupan sebegini sehingga waktu terasa benar cepatnya berlalu. Ramadhan telah memasuki hari ke 14, telah menghampiri pertengahan ramadhan. Perpisahan itu pasti terjadi. Ya Allah, kuatkan kami untuk menghayati setiap waktu yang masih bersisa di bulan mulia ini dengan amalan soleh yang Engkau sukai…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: