Skip to content

Senyumlah Wahai Hati

September 1, 2008

AlhamdulilLah… Esok (hari ini: 1 September 2008) orang dah mula berpuasa. Menghampiri penghujung ramadhan tahun lepas, rasa hati terlalu berat melepaskan bulan penuh barakah ini berlalu kerana apa yang dimiliki cuma harapan menggunung untuk bertemu lagi tahun seterusnya. Syukur, DIA masih memberi kesempatan buatku untuk mendakap kembali hangatnya bulan mulia ini. Membuka tirainya, ia menyapaku dengan ujian yang cukup mencabar keimanan. Aku tahu, Allah sedang berbicara denganku dalam bahasa yang disampaikan melalui ujian2 yang didatangkanNYA buatku. Sabar… Itu saja yang kumiliki untuk menghadapinya. Namun sebagai manusia aku tak mampu mengelak dari rasa kecewa, sedih… Hancur hati. Kalau saja rasa tu dalam bentuk kaca, serpihannya terlalu halus untuk kukutip kembali dan kukembalikan pada bentuk asal, mencantumnya kembali seperti dulu.

Hatiku merelakan, bibir melafazkan dan perbuatanku membuktikan. Tapi, kenapa mesti ada airmata yang mengiringi kerelaan itu? Kenapa mesti teresak kalau benar2 ikhlas? Kenapa mesti ada tingkah yang menyangkal perbuatanku merelakan semua ini? Apa tak cukup pasrah ke aku dengan ketentuanNYA? Kenapa macam ni wahai hati? Bukankah telah kau katakan dulu, kau bersedia melepaskan dia andai ada yang lebih baik buatnya? Bukankah telah kau lafazkan dulu, kebahagiaannya juga kebahagiaanmu? Bukankah telah kau ungkapkan dulu, kasihmu ikhlas dan telah kau genggam prinsip mengasihi tak semestinya memiliki? Kenapa mesti kau merasa sebegini bila Allah menguji sejauh mana kau berpegang dengan kata2mu? Lupakah kau akan ungkapanNYA: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNYA dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (At Taubah: 16). Kukira aku dah cukup memahami erti keikhlasan tapi dalam keadaan sekarang aku kehilangan pengertian itu. Tapi hati, kau sendiri tahu bukan bahawa bahagia itu letaknya pada iman dan iman itu ada di hati. Dan hati itu seperti pernah kau akui dulu adalah milik mutlakNYA. Sekarang DIA ingin menguji kekuatan hati itu dan yakinilah ditentukanNYA sedemikian bukan untuk sesuatu yang sia2. Adakah kau mahu menyangkal kata2 Kekasih Allah: “Jika Allah mengkehendaki suatu kebaikan pada hambaNYA, maka DIA akan menyegerakan cubaan di alam dunia ini” (HR At Tirmidzi) ?

 

Bukankah tindakanmu itu adalah satu usahamu melakukan kebaikan memudahkan baginya yang tersepit antara dua keputusan yang sukar diputuskan jua ‘menafkahkan’ sesuatu yang kau sayangi kepada orang lain yang moga sahaja adalah yang terbaik buat orang yang kau kasihi itu? “Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)” (Ar Rahman: 60), begini DIA berjanji kepada hamba2NYA. Yakinilah wahai hati, “seseorang yang dikehendaki Allah menjadi baik pasti akan diuji terlebih dahulu” (HR Al Bukhari). Usahlah begini…

 

“Orang yang berakal sihat adalah orang yang mampu menerima dengan senang hati takdir Ilahi. Sebab dukacita, rasa kesal dan protes tidak akan pernah mengubah permasalahan sedikit pun, sebaliknya menambah penderitaan dan membuat Allah Taala murka. Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala terletak pada besarnya dugaan. Sesiapa yang redha (menghadapi dugaan) tentu dia memperoleh redha (Allah) dan sesiapa yang kecewa (menghadapi dugaan) tentu dia dimurkai (Allah)” (HR At Tirmidzi)” (Jangan Bersedih: Madar Al-Wathan, 10-11). Nah! Sanggupkah kau menghadapi kemurkaan Allah dengan membiarkan diri terus dibalut rasa kecewa seumpama ini? Redhalah wahai hati… “Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar” (Fussilat: 35). Kalam Allah serta apa yang telah ditinggalkan KekasihNYA sebenarnya tanpa kau sedari telah menyapu airmata yang mengalir, mencantumkan kembali serpihan2 hatimu yang telah hancur cuma tinggal untuk kau yakini sebegitu.

 

Nikmatilah hari2mu dan detik2 dalam hidupmu wahai hati. Apa yang telah berlalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih dan masa depan jangan sampai membuatmu risau. Serahkanlah segala urusanmu kepada Allah. Tika nikmatNYA mendatangimu dulu wahai hati, kau raih dengan syukur. Bersabarlah pula dengan dugaan yang menyusul kerana tentu saja ada nikmat yang lebih besar menanti jika kau bersabar. Jangan wahai hati, jangan kau ragui bahawa kau sebenarnya sedang berbahagia selagi kau mentaatiNYA, menyembahNYA dan menuntut ilmu keranaNYA. Bersikaplah dengan baik. Syukuri dan redhalah… Ketika kau berbuat baik kepada orang lain, jadikanlah itu sebagai amalan yang ikhlas kerana Allah, semata-mata kerana mengharap redhaNYA. Jangan kau nanti balasan dalam apa jua bentuk daripada mereka.

 

Senyumlah…

Senyumlah…

Senyumlah wahai hati…

Dakaplah rahmat Allah yang tersembunyi di sebalik semua ini dalam syukurmu, dalam pasrahmu, dalam redhamu…

5 Comments leave one →
  1. hatimerdeka permalink
    September 2, 2008 5:55 pm

    macam pernah beli jer buku tueee……hihihi

    mcm yer? byk la mcm. heheeee…

  2. September 8, 2008 4:59 pm

    hadapi cobaan dgn ikhlas dan sabar. bertawakallah kpd Allah. cobaan membuat kita menjadi lebih dekat dgn Nya.

    semoga bulan ramadhan ini membawa berkah bagi kita semua. Amiin…..


    aminn.. syukran atas doanya

  3. September 9, 2008 12:52 pm

    “Nikmatilah hari2mu dan detik2 dalam hidupmu wahai hati. Apa yang telah berlalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih dan masa depan jangan sampai membuatmu risau. Serahkanlah segala urusanmu kepada Allah. Tika nikmatNYA mendatangimu dulu wahai hati, kau raih dengan syukur. Bersabarlah pula dengan dugaan yang menyusul kerana tentu saja ada nikmat yang lebih besar menanti jika kau bersabar. Jangan wahai hati, jangan kau ragui bahawa kau sebenarnya sedang berbahagia selagi kau mentaatiNYA, menyembahNYA dan menuntut ilmu keranaNYA. Bersikaplah dengan baik. Syukuri dan redhalah… Ketika kau berbuat baik kepada orang lain, jadikanlah itu sebagai amalan yang ikhlas kerana Allah, semata-mata kerana mengharap redhaNYA. Jangan kau nanti balasan dalam apa jua bentuk daripada mereka.”
    ————————————————————————–
    sikap yang bagus dan begitulah seharusnya sikap kita dalam menjalani hidup…. patut saya contoh….🙂
    ————————————————————————–


    Moga2 setiap ujian yang datang itu akan terus menguatkan iman, memantapkan taqwa bukan membawa kepada kekecewaan & keputus asaan terhadap rahmat & kasih sayang Allah

  4. September 11, 2008 4:52 pm

    Assalamu’alaikum… cerpen terbaru saya berada di blog ‘999+1’ dan ‘terpilih’… jemut datang…baca dan komen

  5. zack permalink
    September 26, 2008 12:21 pm

    cerpen sy pn ada..
    tp x siap agi..
    tggu saudari quratul ain nie edit…heheeee


    blog sy ni bukan ruang untuk mempromosi karya saudara. tapi dah ‘terjenguk’ kat pintu nak buat mcm mn, sy paparkan la juga ‘permintaan hati’ saudara kut ada mana2 penerbit yang sudi edit dan terbitkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: