Skip to content

Manfaat Ber’uzlah

August 2, 2008

Hujung minggu ni aku sendirian lagi. Eh, tak sendirian sebenarnya. Di kiri kananku ada penjaga, malah di setiap penjuru rumah ini juga ada penjaga. Dan di mana2 jua sudut di rumah ini ada makhluk2 Allah yang lain. Mereka dapat melihatku tapi aku tak dapat melihat mereka (eik? Pelik jer bunyi ayat aku ni – diorang dapat tengok aku tapi aku x dapat tengok diorg – macam ni lebih ‘remaja’ skit. cheh! Perasan remaja! Heheheee…). Pernah kata cikgu sekolah rendahku dulu, ‘jin tu ada di mana2. Kamu tak dapat melihat mereka sebab kamu tak akan sanggup melihat mereka’. Hodoh sangat ke muka diorang tu? Buruk sangat ke ek? Mungkin itu jugalah antara sebab Allah meletakkan hijab antara kita dan mereka. Wallahu’alam… Eh, aku sebenarnya bukan nak bercerita mengenai jin2 ni semua. Citer jin2 ni kena nuntut lebih dulu, kang merapu plak (macam la aku tak pernah merapu sebelum ni. Hhahaaaa… Kantoooiii..!!).

 

Berbalik pada isu sendirian ni tadi, kalau mengikut plan ‘A’nyer, time ni aku dah duduk kat kebun buah famili kak wawa bersama teman2 serumah yang lain. Dah tu, kenapa aku masih kat rumah sorang2? Huhuu… Ni nak citer ni. Plan ‘A’ ni da hampir sebulan dirancang, alih2 aku terpaksa menarik diri lantaran tuntutan pada komitmen yang lain. Sebab tak berani menanggung risiko (xde ciri2 usahawanita berjaya kan? Tapi berangan nak jadi usahawanita. Hehehee…). Sebetulnya, aku ada temuduga isnin (4 ogos) ni dan diorang plak cuma akan balik hari ahad, sehari sebelum temudugaku. Kalau aku join juga teman2 serumah yang lain menghebohkan kebun buah kak wawa (bukan nak makan buah sangat pon, yang tu kat pasar malam pun berlambak. Tapi nikmat duk kat kebun buah sambil menjamu mata dengan rimbunan pokok2 buah yang lebat berbuah tu yang nak rasa), pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang nantinya akan membuat aku menyesal kalau sehingga tak dapat hadir utk temuduga ni nanti.

“Xpe, balik nanti kak wawa bawakan ana buah durian ek. Kak wawa kopek siap2, masuk dalam bekas ek”, pujuk kak wawa seakan tau apa yang ada dalam hatiku. Hehheee… Kakak yg sorang itu memang perihatin orangnya. Untungla siapa yang beristerikan kak wawa.

“Hehhee… Saaaaaaaaaaayang kak wawa”, balasku sambil tersenyum suka.

Jadinyer, terpksala ikut plan ‘B’, maka duduk la aku sorang2 kat rumah (x sorang tp bertemankan yang lainnya. Hihiii…)

 

Cerita itu juga sebenarnya cuma muqaddimah (berapa banyak muqaddimah daaa..?!!). Hehheee… Terpulang pada pembaca, kalau nak teruskan membaca, silakan…, tulisanku ini takkan lari ke mana tapi kalau malas nak baca atau xde masa nak baca, xpe juga. Tulisanku masih akan tetap di sini selagi mana aku tak buang dari koleksi entri2ku (agak kurang mesra bunyinya kan? Harapnya xde la agak kurang sopan. Kalau rasa macam tu aku mohon maaf yer…🙂

 

Dalam sunyi2 sendirian ni sebenarnya banyak manfaatnya. Kalau menurut pengalamanku, sendirian itu membuka ruang seluas-luasnya untuk lebih khusyuk beribadah. Contoh paling dekat sekali, ni aku tengah menaip ni salah satu ibadah juga (tak gitu, ustaz?). Asal niatnya betul kerana DIA semata. Kalau tengah ramai2 memang la meriah sikit tapi kosentrasi akan terganggu. Yang ni nak cakap isu itu, yang tu nak tanya soal ini, macam2 la. Tu tak masuk lagi lawak2 antarabangsa yang tak berapa nak antarabangsa sangat pun (hehheee… Faham ke maksud ayat aku tu? Risau gak ni sebab kata sorang teman kalau tulisan itu membuat orang tak jelas, itu berdosa. Huhuuu…! Berat juga ek? Xpe, sesiapa yang tak faham tu usulkan saja ketidakjelasan kalian di bahagian ‘komen’, insyaalLah akan kujelaskan. Kalau xde tu maksudnya semua jelas la kan? Hihiiii…). Dah kalau buat lawak tu kena lak gelak kan, walau tak berapa kelakar pun kena juga la gelak sekadar meraikan teman2. Kang x gelak, dia tobat xnak buat lawak dah sunyi lak nanti. Tu salah satu manfaat sendirian

 

Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya bertajuk “Hakadha Haddathana al-Zaman” atau “Beginilah Zaman Memotivasikan Kita” mengupas lebih lanjut mengenai manfaat2 menyendiri (‘uzlah). Menurut beliau, dengan ber’uzlah, jiwa seseorang dapat naik ke tangga penghambaan, seperti membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan hingga dapat membuat mata menangis, merenung yang bermanfaat, zikir, intropeksi diri, sedar, bertaubat dan menyesali atas perbuatan salah, mengingat nikmat yang dimiliki, mensyukuri pemberian, meminta perlindungan dari bencana, meminta tambahan dan selalu mengamalkan zikir.

 

Menurut beliau lagi, dengan ber’uzlah, seseorang dapat terjauh dari fitnah, berbagai bencana yang diakibatkan oleh kebodohan orang bodoh, kecuaian orang dungu, sifat kekanak-kanakan anak2 dan lemahnya fikiran orang lalai, yang kemungkinan bencana tersebut sampai pada keadaan pertumpahan darah, perselisihan, hilangnya harta benda dan berubahnya keadaan menjadi buruk. Hah, sampai macam tu sekali besarnya manfaat menyendiri ni. Tapi kita ni lebih suka berkumpul ramai2. Xpe juga kalau berkumpul tu sebab nak bincangkan sesuatu yang bermanfaat, tapi kalau topiknya pasal artis tu pakai botox la, orang ni bomoh2kan orang lain la yang kita sendiri pun tak pasti kebenarannya, tak ke ‘order’ dosa namanya tu.

 

Penulis yang terkenal dengan karyanya bertajuk ‘La Tahzan’ ini juga menjelaskan bahawa orang yang ber’uzlah atau menyendiri dan tidak terlalu berlebihan dalam bergaul, dirinya berada di dalam keadaan yang aman dan damai, di dalam satu benteng yang terjaga dan berada di dalam keadaan sihat wal afiat dan bahagia. ‘Uzlah merupakan langkah yang diambil oleh banyak sahabat tatkala terjadi fitnah, mereka menutup rapat2 pintu rumah dan menurunkan tabir. Di antara mereka ada yang melakukannya dengan cara pergi ke tengah padang sahara dan hidup dengan cara mengembala kambing. Mereka melakukan hal tersebut dengan tujuan agar mereka selamat dari isu2 menakutkan yang disebarkan orang awam dan dari kebisingan yang disebabkan oleh orang2 ‘bingung’ dan orang2 bermasalah. Tapi kita ni, kat mana orang berkumpul ramai2 kat situ jugalah kita suka nak menempek. Tambah2 kalau isunya plak melibatkan orang2 terkenal, kita pun apa lagi, makin kemasla simpuhan duduk kita, makin tekun la kita mendengar. Paling teruk sekali makin mencurah2 pula idea kita memeriahkan lagi topik yang tanpa sedar kita dah terlibat dalam lembah fitnah. Dalam surah al-Baqarah ayat 191, Allah berfirman maksudnya: “…dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan”. Malah dalam ayat 217 surah yang sama sekali lagi Allah menegaskan yang maksudnya: “Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh”. Dengan hanya berbekalkan sepasang bibir ni je kita dah mampu berbuat lebih teruk dari pembunuhan, tak perlu rifle, tak perlu meriam, tak perlu senjata2 nuklear lainnya, tak perlu belanjakan berjuta ringgit dan x perlu keluar peluh. Sekadar bermodalkan air liur je dah boleh menempah dosa yang lebih besar daripada dosa membunuh (sekarang ni makin canggih, tak guna air liur tapi melalui tulisan pun dah jadi. Waahh!! Berisiko juga blogger ni ek! Peliharalah aku dari perkataan yang sia2 dan ilmu yang tidak bermanfat, Wahai Sebaik2 Pemelihara). Apa ek yang lebih teruk dari pembunuhan tu? Yang ni korang jangan tanya aku, aku pun masih mencari juga ni. Kalau ada yang tau, kongsi2kan la dengan aku (atau kami) yang x tau ni yer…

 

Dengan ber’uzlah menurut Dr. ‘Aid lagi, seseorang dapat terhindar dari sikap terlalu berlebihan dan terlalu memaksa diri dalam berpenampilan dan dalam berbicara. Ia akan terhindar dari sikap ingin dan mengikuti orang lain di dalam bentuk keadaan hidup dan kekayaan. Dengan ber’uzlah, ia dapat diam, dan ketika ada di antara mereka yang melakukan hal tidak terpuji, maka ia tidak ingin membincangnya. Kerana jika anda mengingkari dan membincangkan suatu perbuatan orang lain yang tidak terpuji, maka biasanya mereka merasa tidak senang dan keberatan, sehingga akhirnya mereka menjauhi anda. Dan sebaliknya, jika anda berpura-pura menyetujui perbuatan tidak baik tersebut, maka bererti anda telah merosak agama dan kehilangan bahagian pahala anda serta perbuatan anda dalam kehidupan dunia ini menjadi sia2.

 

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan dengan ber’uzlah, seseorang dapat terhindar dari bermacam2 kemungkaran yang wajib bagi seseorang untuk mengubah kemungkaran tersebut jika ia melihatnya. Sebelum seseorang melihat kemungkaran, dirinya tidak dibebani kewajipan untuk mengubahnya, namun jika ia telah melihat kemungkaran tersebut, maka wajib bagi dirinya untuk mengingkari kemungkaran tersebut sesuai dengan kemampuan dirinya. Dan jika ia bersikap cuai, tidak peduli dan membiarkan sahaja kemungkaran tersebut, tanpa mempunyai sikap mengingkarinya, maka ia akan terkena dosa. Berapa banyak ghibah atau umpatan yang ia dengar, namun ia tidak mengingkarinya, berapa banyak pelanggaran2 yg terjadi, namun ia tidak dapat mengubahnya dan berapa banyak soalan yang dilontarkan kepada dirinya yg harus ia jawab, namun ia diam sahaja tidak memberikan jawapan. Ini jugalah yang kubimbangi tiapkali kaki melangkah keluar melewati pintu rumah. Kebimbangan itu terus menemani, melemaskan, menyesakkan dada sehinggalah aku melangkah masuk kembali ke dalam rumah. Bukan nak lari dari tanggungjawab tapi aku sedar keterbatasan kemampuanku.

 

Pendek kata, ber’uzlah adalah satu langkah bijak bagi orang2 seperti aku yang belum cukup ampuh imannya, belum cukup mantap taqwanya. Mengelak itu kadang menjadi perisai atau tembok yang lebih selamat. Tapi tidak semua hal ber’uzlah itu menjadi langkah bijak. Ada ketikanya kena juga berdepan dengan kemungkaran. Ye la, kalau orang luar datang nak robohkan rumah kita xkan la nak bawa diri g padang sahara sana bela kambing semata2 nak mengelak konflik dan kebinasaan (kononnyer la), memang sangat2 x kena la. Kalau itu yang berlaku (misalnya), keluarla dengan meriam buluh sekali pun kalau meriam besinyer xde atau dengan lastik sekalipun kalau riflenyer xde (hehheee…). Tapi kalau memang kita bina rumah atas tanah orang, bawa2 la sedar diri ek!

 

Wallahu’alam… Tu je la dulu. Moga2 ada manfaatnya utk kita. Aku ‘bercakap’ ni pun utk mengingatkan diri sendiri juga sebab kadang tu terlupa. Selalu2 la kita saling ingat mengingatkan…

2 Comments leave one →
  1. August 3, 2008 11:04 am

    alhamdulillah…ada rasa uzlah…ada rasa muraqabah…rasa yang amat baik untuk menjadi hamba ALLAH yang baik…
    jemput singgah ke blog ana…
    ada karya2 ISLAMIk yang ana buat sendiri, seterusnya ada tazkirah dan perkongsian…
    semoga ALLAH rahmati kamu

  2. August 4, 2008 9:43 pm

    Meskipun sedikit nggak paham dengan tulisan ini, tapi aku beranikan diri untuk sekedar menambahi. Beruzlah memang dapat menjernihkan hati, meneguhkan jiwa, meluluhkan air mata karena teringat dosa-dosa, apalagi saat mampu beruzlah dalam kegelapan malam, membiarkan jiwa berkata-kata mesra dengannya di saat malam buta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: