Skip to content

Engganku berasas

July 31, 2008

“Menulis la tu…”, aku berpaling ke arah kak wawa.

“Lama tak menulis (menaip)”, senyum.

“Lama tak update blog juga la?”

“Ermm…”, aku mengiyakan sebagai jawapan kepada soalan kak wawa lalu kembali memberi tumpuan pada skrin laptopku yang lama tidak kusentuh papan kekuncinya. Adala dalam 5… 5 bulan? Bukan… 5 minggu? Pun bukan. 5 hari je sebenarnya tapi cukup lama kurasakan. Apalagi laptop buruk ini telah begitu serasi dengan jiwaku, satu-satunya harta dalam bentuk fizikal yang kumiliki saat ini. Tapi kalau dijual pun berapa sangat la yang dapat. Hheeheee..! Beberapa entri yang sempat ku’post’kan sebenarnya tulisan yang telah lama kusiapkan. Cumanya belum berkesempatan di’upload’ dalam blog ini.

 

Untuk entri kali ini, aku cuma ingin berkongsi bagaimana aku merasakan perjalanan kehidupanku sejak kebelakangan ini. Bermula dengan perbualan panjangku (tapi di sini aku hanya menitipkan sedikit dari perbualan kami) dengan mak lewat corong telefon, akan kurangkaikan dengan yang lainnya dan mungkin tidak secara kronologi.

“4 ogos ni saya interview, mak. Interview kat sini”, isu temudugaku untuk penempatan mengajar menjadi topik asasnya.

“Jadi bolehla balik terus nanti?”, balik kampung seusai majlis konvokesyenku 17 Ogos ini yang mak maksudkan.

“Saya belum nak balik, mak”, aku tau jawapan ini cukup mengecewakan hatinya.

“Bila nak balik?”

“Nanti dah dapat panggilan posting baru saya balik. Tapi raya ni memang balik juga, kemudian balik semula ke sini”, bukan tidak pernah kukatakan pada emak sebegini sebelum ini, tapi dia seolah-olah masih mengharapkan aku berubah fikiran.

“Lagipun kalau saya balik bukannya ada kerja. Tak nak la duduk saja”, sambungku. Aku sudah dapat merasakan perasaannya tika itu. ‘Bukannya ada kerja’ tu pun sebenarnya bukanlah alasan yang kukuh, banyak je sekolah yang perlukan guru ganti kat sana. Apalagi dengan kelayakan yang kumiliki serta ciri-ciri guru cemerlang + gemilang yang ada dalam diriku (seronoknya meng’hebat’kan diri di mata sendiri. Hihiii..!), bukan susah nak dapat. Chewah! Optimis… Optimis… hheeehee..

“Rehat la pula”, balas mak setelah lama membisu. Aik, biar benar mak cakap macam ni. Macam la selama ni aku buat keja-keja berat kat tapak pembinaan, padahal kebanyakan waktuku di opis duk ngadap skrin TV eh silap, skrin PC je,  sambil menikmati suhu nyaman penghawa dingin hinggakan kenyamanan itu mencucuk jauh ke tulang sumsum lalu memaksaku membalut tubuh dengan sweater. Kehkehh…!

“Bak kata seorang kawan, selagi masih mampu kerja, kerja je. Masa muda ni lah kena kerja, mak”, kalau nak ikutkan, bukan banyak mana pun gaji yang kuterima dari pekerjaanku sekarang untuk dijadikan alasan sukar meninggalkan kerja di sini. Tapi bukan itu alasan utamanya aku enggan pulang, bersantai2 di hadapan TV di rumah yang cukup menyenangkan. Tak perlu keluar peluh, tak perlu berdepan dengan tekanan di tempat kerja, tak perlu susah2 memikirkan bagaimana nak jimatkan & membahagikan gaji yang tidak seberapa sebijak mungkin (walaupun sebenarnya aku tidaklah bijak mana) sementara menanti hujung bulan. Aku pun sebenarnya pelik bagaimana mak boleh tercakap ‘rehat la pula’ tu, walhal dia sebenarnya rindukan aku. Hikhikkk… Aku tau mak segan mengatakan sebegitu, tapi aku dapat merasakan aura kerinduannya itu. Dan aku? Aduh..! Siapa tak rindu, tambah-tambah dengan si bongsu (yang ni dah banyak kali kuluahkan dalam entri-entri lain sebelum ini). Tapi begitulah, kesusahan + kepayahan + kesukaran kehidupanku di sini terlalu banyak mengajarku untuk lebih mensyukuri nikmat Tuhan. Selama tinggal bersama mak ayah, senang sangat kurasakan. Senang dalam erti kata tak perlu keluar kerja, duduk rumah tengok TV (kalau ada internet duduk ngadap skrin PC tapi sygnya xde), santai2, makan + minum + pakai + tempat tinggal semuanya disediakan. Walau sukar macam mana sekalipun, ayah tak pernah kenal putus asa menyediakan segalanya untuk kami, walau tidak mewah tapi cukup membuatkan kami berasa berkecukupan.

 

Namun kesenangan yang sebegitu terlalu mudah melalaikan aku sehingga ada ketikanya aku makin menjauh dariNya. Ya Allah, ampuni aku atas kekhilafan lalu. Dan kurasakan Allah tidak redha dengan kesenangan sebegitu padaku. Lalu kini, dalam keadaan yang segalanya bergantung pada Dia semata, aku dapat merasakan nikmat ‘kemewahan’ ketenangan yang dulu tidak pernah kunikmati saat meneguk simpati + belas kasih ayah dan mak. Bagaimana caranya agar mak nak faham? Telah kerap kali aku berkias dan aku tau mak faham cuma tak nak faham. Ya Ilahi, permudahkan utkku menghadapi saat2 ini, menghadapi aura kerinduan ibuku padaku. Restunya itu kekuatanku, ya Ilahi dan Kau Maha Tahu yang itu.

 

Aku masih kuat (insyaalLah) dan masih ingin terus bertahan menghirup debu-debu perit di negeri orang ini, bonda…

Seperti pahitnya ubat yang memberi penawar, begitu kurasakan pahit keperitan di sini semuanya menjadi penawar kepada penyakit dulu, bonda…

Aku telah mula menemukan cahayaNya, bonda…

Aku telah mula merasakan nikmat ujianNya, bonda…

Aku telah mula dapat mendakap kembali cintaNya, bonda…

Aku masih belum kuat untuk berdiri sendiri, bonda…

Aku masih sangat perlu persekitaran yang mendorongku, bonda…

Sungguh aku tidak ingin kehilangan semua itu, bonda…

Bonda,

Kudamba, kupohon, kupinta, kurayu restumu…

2 Comments leave one →
  1. IRFAN permalink
    July 31, 2008 7:31 pm

    pulanglah anakku…
    ibumu merindukan mu…

    “duhai apakah gerangan budi balasan bagi insan melahirkan…membesarkan..
    Bercucuran air mata bila mengenangkan betapakah besar budi ibunda berikan…sungguh besar pengorbanan ibunda berikan…
    Tiada bahagia jika tiada doa restu darimu..Syurga itu ditelapak kaki ibu..

    sy nak balik raya ni..nak jumpa mak saya..😀

  2. qurratulaini permalink
    August 1, 2008 8:21 am

    mcm nia sorg balik raya. huh!
    hehehee..sy bukan nk balik setakat jumpa mak jer, tp semua sekali di sana yg menantikan kepulangan sy termasukla kambing lembu yg slu lepak depan rumah sy tu.hikhikkk..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: