Skip to content

Agenda dalam agenda

July 31, 2008

“Dah plan kak nak ajak mak ayah ke mana nanti?”, soal adik lelaki sulungku dalam kesempatan menghubunginya suatu dahulu.

“Ermm… Dah plan dah sebenarnya”

“Kena plan betul-betul, hari ninak pegi mana, esok nak pegi mana…”

“Yang tu sebenrnya tak plan detailnya lagi.Ok, macam mana kalau hari pertama kau sampai kang kita plan sama-sama?”, adik sampai sehari lebih awal dan pulang lewat sedikit dari mak ayah. Sengaja kurancang begitu sebab aku nak mak ayah merasa seronoknya dijemput di airport oleh kedua kami yang masing-masing duduk jauh. Selalunya mak ayah yang menjemput tiapkali kami pulang bercuti.

“Ok juga tu”

“Setakat ni adalah beberapa tempat yang aku dah fikirkan nak bawa korang ke sana. Rumah P.Ramlee da memang wajib la…” tawa adik membalas bicaraku.

“Yang tu memang wajib, kak. Mak tak pernah kalau tak sebut pasal rumah P.Ramlee. Heheee…”, lalu diceritakan padaku perbualannya dengan mak. Tawa kami bertingkah, seronok memikirkan keseronokan mak nanti.

‘Tak pegi mana-mana pun takpe, asal dapat pegi rumah P.Ramlee je’, masih terngiang lagi suara mak saat membiacarakan ayat yang satu ini. Mak memang sangat-sangat meminati pelakon lagenda versatile yang seorang itu. Tiapkali bersembang denganku, pasti akan timbul soal kunjungan  ke rumah allahyarham P.Ramlee, rumah kelahiran anak seni itu yang kini dijadikan mini muzium. Aku sendiri sejak 4 tahun bermastautin di pulau mutiara ini tidak pernah walau sekali, apa lagi dua kali atau tiga kali berkunjung ke sana. Hehheee…

“Lepas tu nak ajak pegi kebun buah kat Balik Pulau. Kebetulan sekarang ni tengah musim buah”

“Tengah musim buah ke kak?”

“A’ahh… Tapi nak dekat penghujung musim buah dah ni. Harap-harap korang sampai nanti masih ada. Hihiiii…”, tempat yang satu ni pun aku belum pernah jejak kaki lagi tapi ada hati nak ajak orang ke sana. Memang risiko sesat tu sangat tinggi.

 

Teringat plak pengalaman jadi tourist guard buat teman-teman yang berziarah ke sini suatu ketika dahulu, kena plak aku ni bukan jenis selalu keluar tapi terpaksa jadi guard punya tourist sebab yang diziarah tu aku, maksudnya aku tuan rumah. Bila dah tuan rumah ni takkan la tetamu datang kita suh dia buat air sendiri, ambik sekuk (beskot) kat dapur sendiri, kan? Jadi aku yang tak ingat jalan ni pun buat-buatlah ingat. Signboard memang banyak, sepanjang jalan ada signboard. Tambah2 kat Penang ni, kelip mata je nampak signboard, signboard lampu trafik laa yang banyaknyer. Tak sempat kelip kali kedua jumpa plak signboard lampu trafik lain (punya nak gambarkan Penang ni kaya lagi raya dengan kemewahan lampu trafik. Hikhikkk…!). Eh, citer aku kat mana tadi? Oh, pasal sesat tu… Dipendekkan citer sebab ni cerita sampingan je, gara-gara tersesat satu tempat je aku sempat bawa diorang berjalan. Kawan aku plak keletihan pulas stering mencari jalan pulang. Heheee…

 

Aku takut jadi kes macam tu lah nanti bila sampai turn familiku sendiri jadi tourist yang terpaksa di’guard’kan olehku. Hihiiii… Alaa, Penang ni besar mana la sangat. ‘Pi mai pi mai tang tu’ atau dalam erti kata lainnya, pegi mana-mana pun kat situ la juga takkan sesat sampai ke Thailand sana.

“Lepas tu nak ajak pegi botanical garden”, yang ni aku pernah sampai sekali.

“Botanical garden? Apa ada kat situ kak?”

“Banyak… Bunga… Hihii…”

“Waahh… Mak mesti suka. Silap-silap ‘ah, nak yang tu la. Eh yang ni pun cantik juga ni. Takpe yang tu la. Waaa… cantiknya bunga ni…’

“Hahahaaa….!!” sambutku dengan tawa besar mendengar ‘lakonan semula’ yang sebenarnya belum berlaku lagi pun.

“Memang kena sangat la tempat tu kak. Nanti sampai sana, kita biarla mak ayah jalan sendiri, kita dengan Dik Qaiy (si bongsu) jalan asing”

“Hahhaaaa..!!!” yang ni pun membuatkan aku tertawa besar sekali lagi. Memang adikku yang sorang ni ‘very the romantic’ orangnya.

“Mak ayah tak pernah honeymoon kan?”

“Hheheee…!!”, aduh, baiknya anak mak ayah yang sorang ni. Sempat pula mikir soal bulan madu mak ayah yang aku sendiri tidak pernah memikirkan sebegitu, sekadar membuat mereka seronok + gembira, tu je. Adikku yang sorang ini rupanya punya misi yang lagi highclass dari aku. Dah la tu, belanja semua dia yang kuarkan. Huhuuu…!!

 

Ini la hikmah kedegilannya sambung belajar dulu walaupun result STPMnya cukup melayakkan dia sambung belajar dan mengikut jejakku. Tapi dia berdegil nak kerja juga. Aku tau dia memikirkan keperluan duit saat itu masih tinggi, dengan situasiku yang masih memerlukan simpati mak ayah untuk memenuhi tuntutan keperluan tahun pertamaku di USM, adik perempuan kami yang masih ditingkatan 6 juga adik lelaki yang masih di sekolah rendah lalu dia mengorbankan peluangnya melanjutkan pelajaran ketika itu untuk turut bersama ayah memikul tanggungjawab keluarga. Banyak kesusahan yang pernah dihadapinya sebelum dia berada pada kedudukannya sekarang, memiliki pekerjaan yang insyaalLah dapat menjamin kelangsungan keluarga kami (sementara aku masih belum mampu untuk turut membantu) juga keluarganya sendiri kelak.

‘Selagi parut masih di kaki, takkan kulupa pernah hidup susah, kak’, aduhhh!!! Terasa nak menitis airmata ku mendengar ungkapannya yang satu ini.

 

Aik, dah ke mana pula la ceritaku ni? Jom balik ke pangkal cerita. Demikian tu je tiga tempat yang sempat kusenaraikan buat adik. Bukit Bendera terpaksa dicancelkan memandangkan mak takut nak naik kereta kabel. Curam sangat kata mak.

“Bukit Bendera kena tutup 4 bulan tadi mak dengar berita”

“Kena tutup kenapa, mak?”, aku sendiri pelik. Tak pernah plak aku dengar dalam laporan berita atau citer-citer orang mengenai penutupan Bukit Bendera sampai 4 bulan lamanya. Tempat tu antara tarikan utama pelancong ke Pulau Pinang.

“Ntah la apa yang katanya rosak tadi” tau sangatlah takut nak naik sampai berita citer lain mak dengar lain. Hheheee… Mak, mak…

 

Tak sabar pula menanti lagi 2 minggu. Apalagi setelah menambah satu lagi agenda penting sepanjang seminggu keberadaan keluargaku di pulau mutiara ini, menemukan mereka dengan jejaka pilihan hatiku. Berdebar pun ada. Jangan sampai demam nanti dah la. Huhuuu… Berkenanlah hendaknya kedua mak juga ayah pada dia. Bagaimana kalau mak ayah tak berkenan? Ermmm… Aku dah fikir masak-masak dah pun malah sampai hangit pun ada yang mungkin terpaksa juga kutelan nanti. Kalau tak berkenan, aku nak merajuk bawa diri ke Zimbabwe, tak pun ke Uzbekistan atau boleh je kalau nak ke Ireland. Hhahahaa… Tak profesional langsung nak merajuk-rajuk. Sekolah tinggi-tinggi tapi EQ rendah sangat. Dah kalau tak berkenan tak pe la, aku ikhtiarla cara lain cari anak raja mana nk ngurat kut mak ayah berhajat nak berbesan dengan kerabat diraja plak. Hhahhaa…!!(lagi sekali). Takde la sampai macam tu sekali.

 

Okey la, dah timenya aku kena mandi ni, siap-siap gi keja. Sampai ketemu lagi…

 

p/s: aku siapkan entri ni lepas terjaga dari tdo subuh tadi tapi lepas balik kerja baru sempat upload kat CC

2 Comments leave one →
  1. IRFAN permalink
    July 31, 2008 7:45 pm

    ouh..dah ade jejaka pilihan hati..
    tak bgtau pun??
    moga2 mak ngn ayah setuju la hendaknyer yer…nnt boleh timang cucu cepat2 kan..huhu..(ni bukan nak sogok yer)…

  2. qurratulaini permalink
    August 1, 2008 8:15 am

    hihii..
    mohon doanyer ek fan..
    awk pun jgn la tggu lelama,sy nk berbesan dengan awk ni. heheheee..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: