Skip to content

Pelajaran Hari Ini

July 28, 2008
” Kalau penduduk tetap kau kena tukar nama kau sutinah la. Hahaaaa..”
“Bukan ketua kampung je malu, tok kadi kampung kau pun malu. Nak bubuh dalam sijil nikah nanti. Jangan buat main”
“Ada tak kau suruh orang KPM tu semakkan status agama kau? Aku rasa kalau yang tu pun silap.. Hahaaa.. Maafla, aku tak abis sengih lagi”

Ni la antara kata2 salah sorg teman baikku lewat SMS sebaik kukhbarkan mengenai hasil perbualanku dengan salah sorg kakitangan KPM yang kuhubungi lantaran surat temudugaku tak kunjung tiba. Setelah dikaji rupanya aku tersilap meletakkan status kewarganegaraan dalam borang tu sebagai ‘Penduduk Tetap’ atau PR.

“Kami tak panggil kalau status PR”

“Saya sbnrnya bumiputera Sabah encik, tu yang saya letakkan Penduduk Tetap sebagai status kewarganegaraan. Saya ingatkan…”, bicaraku terhenti di situ, rasa nak nangis pun ada dengan kecetekan pengetahuanku. Dalam hati memang sedap la aku membentak diri, ‘sekolah tinggi2 tu pun tak tahu!’

“Tapi semua tu ada hikmah yang sangat besar”,

Aku cukup yakin dengan ungkapan yang satu ini. Namaku diletakkan di Penang utk menjalani sesi temuduga. Ini antara hikmah yang kurasakan amat besar dari kesilapan atau lebih tepat lagi ketidaktahuanku mengenai perkara yang satu ini.

Pelajaran penting hari ini (24 Julai) adalah beza PENDUDUK TETAP  dengan WARGANEGARA yang aku tak belajar masa dalam dewan kuliah dulu. Hehheee…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: