Skip to content

Lelaki Impian

July 3, 2008

Seorang lelaki yang aku impikan
Ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa

Biarlah dia seorang yang buta
Buta kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asal saja kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asal saja dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asal saja bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asal saja lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asal saja dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Biar dia seorang yg bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Asal saja dia pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada KHALIQnya
Asal saja dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAAILAHA ILLALLAH
Kembali megah di muka bumi

Biar dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan MAHA ESA


Yang dicari bukanlah putera raja,

tetapi seorang putera agama

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana kusedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia

Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi…

2 Comments leave one →
  1. laptopusang permalink
    July 4, 2008 4:02 pm

    Semoga dapat apa yg dicita-citakan. Tetapi Kalau tak dapat kesemua ciri-ciri tu, jangan pula sampai tak nikah-nikah.

  2. qurratulaini permalink
    July 4, 2008 4:28 pm

    hehheee…
    syukran doanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: