Skip to content

“Err…Encik…, boleh saya tolong?”

July 3, 2008

Kiriman email yang ini pula kubingkaikan sekadar untuk menghilangkan sedikit lelah tekanan dengan kehidupan yang terkadang membuat kita ‘terduduk’. Begini diceritakan:

Peristiwa nih masa aku belajar dulu… Tapi bukan pasal aku arr, pasal senior aku yg giler pandai cover malu….

Nak dijadikan cerita, kat luar pintu gerbang kampus aku nih aderlah stesen minyak mini (bebudak kampus kata stesen minyak tuh campur ayaq dalam minyak, takderlah aku check pulak) kitorang yg takde fulus dan menggunakan khidmat sewa kete selalunya selalu isi minyak dulu kat situ dalam 5 hengget sebelum betul2 sampai town. Satu hari tu, kawan aka senior aku ni menumpanglah kete kawan dia (seingat aku, kete kancil kaler putih). Masa tu dia menumpang kat seat belakang arr… Sampai je kat stesen minyak tu, masa tu member dia park betul2 kat tempat isi minyak tu, mamat tu tetiba teringin nak makan pisang  goreng yang gerainya tak jauh dari situ. Dia kuar dr kete sementara kawannya menunggu kereta diisi minyak.

Dekat 10 minit jugak mamat tu kat gerai pisang goreng tanpa disedarinya kawan2nya dah selesai isi minyak dan kawan2nya menunggu dia kat jalan depan sikit dr stesen minyak tu. KEBETULAN ader pulak kete kancil lain yang kaler putih jugak ambik alih kete kawan dia kat tempat isi minyak tu. Hehehehe tak silap aku, penumpang kete tue couple kot.

Lepas je dapat pisang goreng, dengan yakinnya mamat tadi terus masuk kete yang disangkanya kete kawannya. Tanpa melihat pemandu & penumpang di hadapan, mamat tu sempat membebel pasal ape ntah… Tibe2 kedengaran suara pemandu kereta tu,

” Errr…… Encik…, boleh saya tolong???” punyalah terkujat mamat tu apabila baru menyedari dirinya dah tersilap kereta. Di depannya sepasang kekasih yang kelihatan blur dan terperanjat melihat dia dengan penuh suspen. Ekekekekeke… Punyalah gelabah tapi masih sempat berfikir. Mamat ni pon cakaplah,“Oooooo… Saya baru beli pisang goreng kat kedai makcik tu… Saje nak soh korang rasa… Amiklah… Jangan segan2”, seraya menyuakan seplastik pisang goreng, mamat tu berkata dengan yakin. Tapi couple tu menggeleng. Risau agaknya mamat tu weng. Last2 mamat tu bg alasan…  

“Takpelah… Terima kasihla sebab korang sudi luangkan masa”.

Masa mamat tu cerita balik kat kitorang, dia tahan je malu… Terus je dia kuar… Tetiba je baru perasan kete kawan dia kat depan jalan.

Dengan covernya, dia jalan pelan2 kat kete kawannya (kalau lari, nampak sangat dah kantoi). Tapi ghopenya kawan2nya dah bantai gelak guling2 dalam kete sebab dah ternampak mamat tu masuk silap kete. Kesian kat kawan aku tuh, tapi mujurlah panjang akalnya cover malu… Uhuhuuhuhuuh..

Kuforwardkan email ini pada Kak Oyen. Aku terheret sama tertawa mendengar tawanya tika membaca email ini. Tika tawa masih bersisa, dia bercerita:

Kawan Kak Oyen pun pernah kena macam ni. Masa tu dia tengah tunggu Kak Oyen. Lepas tu ada pula keta sama macam keta Kak Oyen berhenti tepi jalan tempat dia tunggu Kak Oyen. Dia pun dengan selamba buka pintu keta orang tu. Orang dalam keta tu tnya dia, “Naik keta ni ke?”. “Err… Tak… Saya naik keta kat belakang tu”, jawab kawan Kak Oyen padahal pintu keta orang tu dah dibukanya. Masa tu juga la Kak Oyen sampai.

Aku pasti peristiwa itu akan menjadi kenangan paling manis untuk dikenang kembali oleh kawan Kak Oyen. Seperti yang kurasai tiapkali terkenang pengalaman ‘bersilat’ dengan sorang lelaki gara2 sebuah troli pada hari pertama kaki memijak Pulau Mutiara ini. Pahit rasanya tika itu tapi semakin lama terasa makin manis tiapkali terkenang.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: