Skip to content

Cinta..?

July 2, 2008

SubhanalLah… Maha Suci Allah…

 

Bila lelaki benar-benar JATUH CINTA dan setia pada ALLAHU AHAD dgn IKHLAS, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn kesanggupan dan usahanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup BERKORBAN dan buat apa sahaja untuk cintaNya itu.

Malah, ada cerita di zaman nabi Isa a.s di mana seorang lelaki yg meminta dikurniakan cinta Allah SWT SEBERAT SETENGAH BERAT SEMUT Jarrah. Doa nabi Isa a.s dikabulkan dan pemuda itu ditemui mabuk dalam cintaNya. Dia yang dikatakan gila itu berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”. Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi KeAgungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya. ”

Sekeras manapun hati lelaki ia akan MENGALIRKAN AIR MATA apabila hatinya diruntun rasa KEHAMBAAN. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara kemungkinan TANDA-TANDA lelaki yang jatuh cinta dengan Allah SWT Yang Maha Satu adalah:

1.       Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk cintaNya dgn RELA bukan kerana terpaksa.

2.       Dia sentiasa ingin bersama Kekasihnya dan berubah menjadi orang yang KERAP BERZIKIR.

3.       Dia banyak MENGINGATI Kekasihnya kerana dia amat mencintaiNya.

4.       Dia berusaha mengongkong kebebasan duniawinya demi Kekasihnya kerana perasaan cinta padaNya yang membara.

5.       Dia sentiasa TAKUT kehilangan cintaNya.

6.       Dia sentiasa MENGAWASI tingkah lakunya kerana tahu Kekasihnya sentiasa memerhatikannya.

7.       Dia sangat suka kiranya ada insan lain yang rapat dgn Kekasihnya.

8.       Dia mudah merasa SENSITIF apabila perintah Kekasihnya TIDAK dipatuhi orang sekelilingnya.

9.       Adakalanya dia bersikap seperti tidak ada indahnya hidup dalam keduniaan kerana terlalu NIKMAT berada dalam cintaNya.

10.     Dia menjadi orang yang paling RAJIN beribadah dan sanggup melakukan apa saja demi Kekasihnya.

11.      Dia sering BERDOA agar hatinya sentiasa sarat dengan cintaNya.

12.     Dia seakan-akan huru-hara jika terasa Kekasihnya jauh dari dirinya.

13.     Dia sentiasa memastikan Kekasihnya tidak murka padanya.

14.     Dia mementingkan Kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15.     Dia kerap bertanya adakah dirinya layak untuk mencintai Kekasih Cinta Abadi kerana sering merasakan dirinya hanya seorang hamba yang hina dan sering berdosa padaNya.

16.     Dia TIDAK AKAN MEMBIARKAN dirinya tergoda utk melakukan laranganNya.

17.     Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan Kekasihnya walaupun digoda untuk mengikuti hiburan duniawi.

18.     Dia rasa selamat kerana sentiasa merasakan Kekasihnya ada disisi.

19.     Kalau dia ditinggalkan Kekasihnya… Oh, TIDAK…! Allah SWT tidak sekali-kali meninggalkan hambaNya, bahkan hambaNyalah yg melupaiNya.

20.     Dia MENERIMA segala ujian dariNya kerana ujian akan lebih mendekatkan dirinya dengan cintaNya.

21.     Dia merasakan Kekasihnyalah segala baginya, hanya padaNya tempat bergantung.

22.     Dia sekali-kali tidak akan berpaling dari Kekasihnya.

p/s: Wanita pun sama…

 

 

One Comment leave one →
  1. nadia permalink
    July 29, 2008 6:41 pm

    Inilah cinta hakiki.. yang tiada tolok bandingnya.. Semoga kite sentiasa dlm rahmat Allah dan kasihNya.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: