Skip to content

Selama 24 Tahun Ini..

June 30, 2008

Hari ini genaplah 24 tahun aku berada di pentas ini. Bagaimana agaknya persembahanku selama 24 tahun ini? Banyak mana agaknya BINTANG yang dicatatkan oleh TUAN PENGARAH  dalam REKOD persembahanku? Adakah selama ini aku benar-benar menurut & menunaikan apa yang telah digariskanNYA dalam SKRIP yang diberikan? Apa layak atau tidak aku menerima ANUGERAH yang dijanjikan? Bagaimana pula hubunganku dengan kekasihNYA, MUHAMMAD? Cukup akrabkah kami sehingga kelak bila sampai saat MAJLIS PENILAIAN, aku antara insan bertuah mendapat KREDIT darinya? Arrgghh!! Tidak… Sungguh ada ketikanya aku ingkar pada apa yang telah dipesan padaku oleh MUHAMMAD. Malah SKRIP panduan yang diberikan terkadang tidak kuturuti. PELAKON ANTAGONIS itu sentiasa saja menggodaku untuk mengikut kehendak sendiri, cuba mengatur jalan cerita mengikut kemahuan hati. Bagaimana aku boleh bermimpi meraih ANUGERAH gemilang seperti yang dijanjikan oleh TUAN PENGARAH sedang aku kerap ingkar?!!

Wahai yang sentiasa Memerhati…

Wahai yang sentiasa Menilai…

Wahai yang sentiasa Adil…

Pimpinlah aku, didiklah aku…

Sungguh bukan tepukan gemuruh di sini yang kudambakan tapi PERHATIANMU yang kuharapkan…

Semakin usia ini menginjak matang,

kuatkan aku untuk turut mendewasakan amalku, memantapkan imanku…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: