Skip to content

Euro 2008: Glory for Spain!!

June 30, 2008

Malam tadi aku meraihkan pertambahan usiaku dengan sorakan kemenangan Spain dalam final Euro 2008 menentang Germany. Hajat hati nak lelap dulu, simpan tenaga tp mata sukar sangat nak lelap. Alih2 aku tgok filem Ayat-Ayat Cinta tuk kedua kalinya sementara menunggu detik 2.45 pagi.

 

“Jerman mesti menang la… 2-1 cukup la”, amboi2, sedap pula kawan aku sorg tu berangan.

 

Sebenarnya aku pun xtahu kenapa tetiba je aku perasan minat sangat tengok bola, padahal sebelum nix de pun mcm ni. Ke’excited’anku tgok final malam tadi menjadi usikan teman2 serumah. Ada gak aku ajak sekali tgok, hermm… Hampes!! Kenapa mesti Spain? Entah la, aku pun tak tahu sebenarnya kenapa aku pilih Spain, padahal satu hape pun pasal pasukan Spain tu aku tak tahu. Yang tahunya, aku seronok berada di sebelah pihak lawan temanku yang berada di Pasir Mas sana. Kalau dua2 menyokong pasukan yang sama, x best plak. Ahak!! Ntah hape2!

“Saya sajer je nak belajar minat bola, kut2 dapat suami kaki bola xde la kena merangkak minat bola nanti”, kataku pada sorang teman. Dia pelik bila aku begitu excited nak tengok bola, kul 2.45 pagi plak tu. Esoknya nak kena masuk keje. Macam skg ni la, mata ni rasa nak tertutup jer. Satu bdan rasa tak bermaya, otak xleh nak berfkir sangat, lembab jer geraknyer. Huhuuu…! 1st time aku berjaga semata2 xnak terlepas menyaksikan perlawanan akhir Euro 2008.

 

Dalam sepi pepagi tu, cuma jeritanku yang terkadang terpaksa kukontrol sebolehnya memeriahkan sunyi. Teman2 serumah dah diulit mimpi tika tu, wallahu’alam mmpi indah ker mimpi ngeri. Hehheee…

 

Sebaik jaringan pertama diraih dengan sorakan penyokong pasukan Spain, aku dah yakin Spain menang. Hampir2 gak aku tewas. Klau Jerman terpaksa berdepan dengan kelicikan pemain2 Spain, aku pula bertarung dengan rasa kantuk tapi kedegilanku berjaya membawaku sampai ke saat2 terakhir. Pkul 5 aku melelapkan diri.

 

Malam tadi memang malam bersejarah buatku… Bukan sekadar meraih kemenangan Spain ke atas Jerman dengan 1-0 tapi juga kemenangan diri sendiri membuka bab baru dalam siri kembaraku meraih cinta Ilahi. Kalian tentu saja heran, apa plak kena mengenanya dengan final Euro 2008 yang aku tengok malam tadi. Nanti saja, lepas dah dapat kepastian akan kukhbarkan jua di sini. InsyaalLah…

 

2 Comments leave one →
  1. hatimerdeka permalink
    July 1, 2008 8:31 am

    pepandai jer…cinta illahi ker cinta spain

  2. qurratulaini permalink
    July 1, 2008 1:02 pm

    musti ler cinta Ilahi…!!!!! (ni nok maghoh nih!).
    xnmpk tu EURO 2008??!! Lain la kalau tajuknya HIDUP: Glory for Spain, mmg x btul. Sebab pandai la bubuh tajuk mcm tu (ahakss!!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: