Skip to content

Seri wajah seorang abi

June 23, 2008

Ada sinar ceria di wajahnya. Sambil mata mencari barang yang diperlukan sedang tangan memegang bakul, bibirnya tak lekang dari senyuman. Entah kenapa hamba Allah yang seorang itu begitu menarik perhatianku. Sebaik mendapat semua yang kuperlukan, kaki melangkah ke kaunter pembayaran dan hamba Allah itu rupanya turut berada di kaunter yang sama. Sedang cashier mengira nilai barangan yang perlu dibayar oleh hamba Allah yang seorang itu, handsetnya berdering.

 

“Ya tuan… Saya balik kampung bercuti tuan!”, katanya tegas namun mesra. Sesekali dia tertawa kecil sambil disusuli ‘ya tuan’nya.

 

“Anggota keselamatan kut”, bisik hati kecilku.

Setelah menyerahkan duit bayaran, dia melangkah keluar sambil handset masih ditekapkan ke telinga. Dan tika dia melangkah meninggalkan kaunter tu barulah aku perasan dia turut mencapai satu bungkusan besar pampers baby. Tak jauh dari pasaraya yang kukunjungi itu ada stesen teksi. Kuterpandang seorang ibu bersama babynya dan hamba Allah yang ‘menyerikan’ pasaraya dengan senyuman itu tadi.

 

“Patutlah wajah berseri2, baru dapat baby rupanya”, aku tersenyum sendirian. Teringat penyeliaku yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi pertamanya. Tika dia mengambil kesempatan cutinya untuk menjenguk perkembangan di pejabat, kuperhatikan ada perubahan di wajahnya, serinya bertambah.

 

Kalut meng’update’ dia dengan perkembangan kerja di opis sehingga terlupa mengucapkan tahniah. Alih2 sistem pesanan ringkas juga menjadi pengantara untuk menyampaikan ucapan tahniah itu.

 

Selamat datang ke dunia Amir Irfan bin Ahmad Shalihin…

5 Comments leave one →
  1. IRFAN permalink
    June 24, 2008 9:30 pm

    ISH2..GLAMAOUR JUGAK IRFAN NI EKK…

  2. qurratulaini permalink
    June 25, 2008 8:05 am

    hikhikkkk…
    berdasarkn statement yg mn lak leh terfikir ke’glemer’an awk tu?

  3. qurratulaini permalink
    June 25, 2008 8:11 am

    oohhhh!! baru den perason (eh, ada ke perktaan tu dlh loghat noghoghi?). nama irfan tu ek..?
    mmg tul glemer la. sy pun nk buh nm ank sy irfan jg.
    hehheeee…

  4. IRFAN permalink
    June 25, 2008 5:14 pm

    bagus jugak tu..mesti nnt dia pun cute/hensem cam sy gak…huhu

  5. qurratulaini permalink
    June 26, 2008 8:10 am

    hehheee..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: