Skip to content

“Kalau ustazah mau la”

June 13, 2008

Tertarik dengan jalan cerita kawan kepada ustaz aku yang lebih berkonsepkan ‘membantu’, aku seakan-akan terpanggil utk menitip entri mengenai POLIGAMI kali ini. Apa kena mengenanya cerita kawan ustaz dengan poligami? Ohh…! Soalan itu… Utk menjawabnya tentu saja aku perlu ceritakan jalan ceritanya. Maaf ustaz, saya ‘terpaksa’ mem’public’kan cerita kawan ustaz tu.

 

Ceritanya begini…

Adalah seorang ustazah ni usianya dalam lingkungan 24-26 tahun sering mengalami gangguan, kira sakit la. Dia ni sakit dah lama. Rupa paras dan akhlaknya baik. Ustazah ni dah bertunang. Tapi bila da selalu sangat sakit, tunang dia pun dari nak jadi tak nak. Dalam keadaan dia macam tu, dia bukan saja perlukan rawatan tetapi juga teman. Kalian faham2 je la ek. Bak kata ustaz, cuba letakkan diri dalam situasi dia. Cikgu2 kat sekolah dia selalu juga adjust dia dengan orang lain tapi ustazah ni tak nak. Kawan ustaz ni pula punya anak (aku tak pasti berapa orang) tapi masih kecik. Anak dia baik dangan ustazah tu dan selalu tido rumah ustazah tu (jangan tanya aku kenapa dia selalu tido kat rumah ustazah tu dan apa yang membuat dia selalu tdo kat sana sebab aku tak sempat tanya part ni). Satu hari, isteri kawan ustaz tanya kat anak dia, ‘kalau ayah kawin lagi cmana?’. Anak dia jawab, ‘kalau ustazah mau la’.

“Kiranya isteri dia pun mcm dah nak bagi lampu hijau je tu”, begini aku cuba memberi kesimpulan selepas mengetahui jalan citernya.

 

“Rasanya susah. Dia pun dah bagi bayang2 sblm2 ni… Tapi ntah la sekarang cmna”, pulak dah?! Maksudnya si isteri masih keberatan menerima orang baru, apalagi utk berkongsi kasih suami. Aku pun cuba letakkan diri aku di tempat si isteri… Heii!!! Aku pon xnak!!! Apa plak senang2 terima mcm tu je!! (cheee… nok maghoh ni). Aku pon pempuan juga, kadang emosi tu mengatasi kewarasan. Tapi, ada caranya kita ‘liquid’kan ‘tak’ dari kalimah ‘taknak’ tu.

 

“Kalaulah semua wanita boleh terima poligami.. Banyak masalah selesai kan….”, ada nada kesal pada bait bicara ustaz. Iya, aku sangat2 bersetuju dan turut kesal dengan ke’tidaksemua’an wanita dalam menerima poligami.

 

“Tapi saya rasa boleh je tu… Suami dia jelaskan la btul-betul, biar berhikmah, ketuk hati si isteri, lunakkan dengan kata-kata. Lama-lama dia faham juga tu”, hah! Ni la caranya… Cheh! Senang je aku bercakap. Try tengok!

 

“Memilih kerana simpati atau benar2 sayang… Dua persoalan berbeza. Kalau diminta saya beri jawapan, ini bukan soalan mahu atau tidak, ia persoalan kemampuan si suami untuk bertindak sebagai kemudi 2 kapal mengguna satu nakhoda. Sikit benar isteri yang ingin dan rela dimadu dalam kelompok wanita yg semakin dan terlalu ramai, jadi dalam kes ustaz nie (kwn ustaz aku tu la)… Saya fikir dia mampu walau isteri pertama kurang setuju kerana anak2nya pon sudah mahu berkongsi kasih dengan ibu baru cuma si isteri pertama perlu dijelaskan tujuan perkahwinan baru supaya tak dituduh menangguk di air keruh. Nanti dikata isteri kedua cari helah menutup kekurangan pula… Camtu ler kalau saya”, begini pula pendapat sorang teman bila kukongsikan cerita itu & meminta pendapatnya dengan cuba meletakkan diri dalam situasi kawan ustaz tu pula.

 

“Dalam keadaan macam tu, mudah je nak setelkan. Cumanya satu… Si suami mungkin kurang bijak menawan keengganan isteri (maaf ustaz, bukan niat cuba merendahkan kemampuan kawan ustaz tu, sekadar ingin memberi pandangan jujur). Perempuan ni senang je. Sangat simple! Apalagi lepas dah kawin. Lunakkan je hatinya dengan kata2. Keras macam mana pun, pasti akan lembut… Doa jangan lupa la dalam kita usaha dan tawakal. Apalagi dalam situasi macam tu, dah kira bonus untuk si suami (bonus maksudku bila anak dah bagi ‘greenlight’ & tujuan menikahi ustazah tu pula lebih kepada membantu). Cuma tak berani, mungkin juga belum bersedia menerima respon ‘menyeramkan’ dari isteri. Ye la… Kalau selama ni si isteri banyak berlembut, tapi soal madu lembut dan senyum tu akan berubah. Ini yang rasanya dirisaukan oleh si suami dalam keinginannya membantu”, begini pula panjang lebarnya aku memberi pendapat balas pada teman tadi. Sepertinya, aku juga cuma memiliki teori semata2 so agak ‘sedap’la bunyinya didengar.

 

Entri mengenai POLIGAMI tadi aku kira lebih sesuai kutitipkan dalam entri lain, jadi takde la berserabut sangat dalam satu2 entri. Ok kan? Buat kaumku, bila Allah memberi peluang kalian berkongsi suami percayalah bahawa kalianlah antara intan2 istimewa yang Allah pilih utk merasa nikmat perkongsian itu andai benar2 dihayati. Buat para suami atau bakal suami pula, fahami konsep poligami sedalam2nya sebelum menerima amanah menjadi nakhoda 2, 3 atau 4 bahtera.

One Comment leave one →
  1. mr samdol permalink
    April 30, 2009 1:52 pm

    baik bagi kat aku je ustazah tu …


    hehee…moga2 saudara dikurniakan yg baik malah lebih baik. pokok pangkalnya, inginkan solehah berusaha untuk menjadi yang soleh dulu. dan selanjutkan biarkan Allah jalankan kerjaNya. sungguh DIA Maha Bijaksana juga Adil pula pertimbanganNya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: