Skip to content

Intan Terpilih

June 13, 2008

Kemuliaan Wanita Terpelihara Dengan Adanya Poligami

Menurut Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahuLlah setidaknya ada 5 masalah yang terungkai oleh kerana adanya poligami. Dan solusi dari poligami terhadap kelima masalah ini ternyata betul-betul menghargai dan membawa wanita pada satu darjat yang mulia. Kelima masalah tersebut antara lain :

1. Ditemukannya tabiat yang tidak biasa pada sebahagian lelaki, yakni tidak merasa puas hanya dengan memiliki seorang isteri.

2. Sering dijumpai adanya wanita (isteri) yang mandul, tidak memiliki anak. Akan tetapi, ia tetap menaruh rasa cinta di dalam kalbunya kepada suaminya, dan suaminyapun tetap menaruh rasa cinta di dalam hatinya kepada istrinya.

3. Kadang-kadang ditemukan adanya seorang istri yang menderita sakit sehingga tidak memungkinkan baginya melakukan hubungan suami istri, atau tidak dapat melakukan yang semestinya terhadap rumah tangga, suami, dan anak-anaknya.

4. Terjadinya banyak peperangan atau pergolakan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga mengakibatkan berkurangannya kaum ini.

5. Pertumbuhan penduduk perempuan semakin meningkat melebihi pertumbuhan penduduk lelaki seluruh dunia

Ketika poin ke-5 yang terjadi, sedangkan lelaki yang mempunyai tabiat pada poin pertama semakin banyak oleh kerana wanita-wanita pada poin ke-2 dan ke-3 pun semakin banyak dijumpai sedangkan poligami tidak diperbolehkan, maka akan terjadi pelacuran, perzinaan, kemaksiatan, perselingkuhan yang akan ‘bermaharajalela’ di tengah-tengah masyarakat, wanita-wanita diperlaku sehina-hinanya di selekoh2 kehidupan, dihargai tidak lebih dari dua keping mata wang malah ada yang diseksa bagaikan haiwan peliharaan. Inilah waktu2 yang membawa wanita jauh dari kemuliaannya.

Sedangkan ketika poligami dibolehkan, maka wanita-wanita diangkat darjatnya menjadi seorang isteri yang sah di mata Allah, agama dan masyarakat. Wanita itu akan dimuliakan oleh suaminya yang mencintainya karena Allah, dan disayangi sebagaimana sayangnya suami kepada dirinya sendiri. Malah Allah akan memberikan ganjaran yang besar kerana ketaaatannya kepada suami, begitu juga masyrakat pun tidak akan menganggapnya sebagai wanita simpanan, kerana ia adalah istri yang sah.

Meskipun demikian, kelima poin diatas hanyalah masalah2 yang akan terungkai kerana diperbolehkan poligami. masalah2 di atas bukanlah ‘illat (penyebab) diperbolehkan poligami, sehingga poligami tetap diperbolehkan walaupun salah satu dari kelima masalah di atas tidak ditemukan. Dengan kata lain, boleh atau tidaknya melakukan poligami harus didasarkan pada nash-nash syariat, bukan atas dasar sebab-sebab diatas. Sehingga harus diingat bahawa melarang poligami bererti menentang al-Quran

Isteri Mengizinkan Poligami = Pahala Yang Besar daripada Allah

Berat memang, ketika cinta seorang suami tidak lagi seutuh tika hanya dia seorang yang menjadi isterinya. Namun apalah ertinya kecemburuan kepada suami ketika Allah lebih cemburu kepadanya kerana kecintaanya kepada suami melebihi cintanya kepada Allah. Begitulah kira-kira ungkapan hati seorang isteri yang rela dimadukan. ‘Power’nya ungkapan ini sehingga membuatkan si suami merasa tertunduk haru ketika mendengar perkataan isterinya. Bangga, cinta dan sayang yang semakin mengental kepada istrinya, begitulah kira-kira perasaan si suami ketika mendengar akan hal ini. Setiap lelaki bertakwa tentu akan merasakan hal yang sama.

Isteri sebegini juga memahami dan menyedari dengan sepenuh hati bahawa kebolehan poligami adalah hukum Allah, dan hukum Allah pastilah hukum terbaik yang akan membawa kemaslahatan bagi umat manusia. Ketaatannya kepada hukum Allah-lah yang membuat dia rela diduakan, dan inilah yang akan membuat Allah melimpahkan pahala yang sangat besar. Betapa tidak, ketaatan kepada Allah dan suami dan mengakui hak-haknya (seperti kebolehan poligami) akan membuat seorang wanita mendapat pahala yang besar, bahkan setara dengan pahala berperang dijalan Allah subhanahu wa ta’ala.

Ibnu Abbas meriwayatkan sebuah hadits sebagai berikut :

Sesungguhnya pernah ada seorang perempuan datang kepada RasuluLlah shallallahu ‘alihi wa sallam, lalu ia berkata, “Wahai Rasulullah, saya ini utusan dari kaum perempuan kepadamu. Jihad (perang) diwajibkan Allah kepada kaum laki-laki. Jika mereka menang, mereka mendapatkan pahala; jika mereka terbunuh, mereka masih tetap hidup di sisi Tuhan mereka lagi mendapat rezeki, sementara kami, kaum perempuan membantu mereka. Lalu apa bagian bagi kami dalam hal ini?” RasuluLlah shallallahu ’alaihi wa sallah bersabda (yang artinya), “Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui, bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengan itu (jihad di jalan Allah).”

Aku tertarik dengan kata2 seorang teman blogger:

Lelaki yang berada di samping wanita, kenalilah mereka bahawa KUASA KATA-KATA sang suami mampu menjadi penyandar dan kekuatan bagi mereka dalam mengawal emosi. Yakinkanlah mereka bahawa apa jua emosi yang mereka lalui adalah benar kerana itulah WANITA!. Hanya lelaki tempat mereka menumpang teduh dan meluah emosi… sedarlah wahai lelaki… KUASA KATA-KATA POSITIF mampu menjana KELUARGA yang cemerlang dan terbilang… Begitulah SEBALIKNYA!. Kekadang, lelaki lebih gemar DIAM MEMBISU SERIBU BAHASA dalam memberi respon terhadap luahan emosi seorang yang bernama WANITA! Oleh itu, bimbinglah mereka ke arah yang anda inginkan khususnya ke jalan yang diredhai olehNya! Tegas dalam lembut ….tindakan Sang Lelaki yang amat didambakan oleh sang WANITA. Bukannya TEGAS DALAM KERAS……pastinya jiwa mereka akan PATAH & REMUK!

Juga kusisipkan di sini beberapa rangkap pantun yang agak mencuit hati tapi penuh erti:-

Di kiri padang di kanan tasik,
di tengah-tengah anak rumput,
di rumah cantik di luar menarik,
poligami? Teringin Tapi Takut!

Kiri jelatik kanan jelatik,
Rusa lari waktu pagi.
Sini cantik sana pun cantik,
Rasa nak cari satu lagi.

Kiri kepayang, kanan kepayang,
Atas tanah pakai sepatu,
Tua sayang, muda pun sayang,
Balik rumah, tersalah pintu!

Kiri padang kanan pun padang,
di tengah-tengah pohon mengkudu,
kiri sayang kanan pun saying,
di tengah-tengah suami terkedu.

Batu karang di dalam tasik,
daun pegaga di tepi perigi,
tua sayang yang muda cantik,
ada yang ketiga menambat hati.

 

 

 

 

 

One Comment leave one →
  1. July 25, 2009 12:42 am

    Sy sependapat bahwa poligami itu menambah keindahan islam


    subhanalLah..tiada satu syariat pun yg Allah perintahkan melainkan semuanya memperindahkan lagi Islam itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: