Skip to content

Keletihan, Wangi2an & Nasi Dingin…

June 12, 2008

Ermm… Malam tadi aku tido awal, memang sangat awal la juga (sengih). Azan maghrib rasa kantuk dah mula menyerang. Balik dari opis, solat asar petang semalam aku cuba2 ‘memujuk’ diri lelap sebentar tapi mata degil walhal jasad rasa dah kehilangan 99% tenaga, persis keletihan buruh binaan (eik?! Macam la pernah merasa jadi buruh binaan heheee..). Pendek katanya memang letih lah! Petang tu memang mata terpejam (sambil kurasa dahi turut berkerut memaksa mata terpejam).

 

‘Macam ni cepatla nampak tua. Xleh jadi… xleh jadi..’, lalu aku bangkit mandi.

 

Lepas mandi, menyiapkan diri azan maghrib pun berkumandang. Telekung yang kusidai di kepala katil kucapai. Seusai solat maghrib, tempat beraduku diruang tamu kusiapkan. Dan seperti rutin malam2ku sebelum tido, cologne fruity floral kutitiskan lalu kusapu ke seluruh tubuh. Semerbak baunya sangat menyegarkan, hampir2 saja menyahkan rasa kantuk yang membusung sejak petang tadi.

 

“Aik! Takkan awal sangat pakai. Awal lagi ni”, berbeza sikit sapaan kak wawa malam tadi. Selalunya dia akan cakap,

“Nak tido dah dia…”, sebaik melihatku mencapai botol cologne atau paling tidak menghidu bauan itu.

 

“Kenapa pakai minyak wangi? Persediaan ye?”, soal kak wawa berbau usikan suatu ketika dahulu. Wajar saja dia tertanya kerana selama aku tinggal bersamanya, dia tak pernah melihatku ‘membekalkan’ diri dengan wangi2an tiapkali keluar. Ni bila nak tido pula beriya memakai bau2an. Orang baru kawin je macam tu (yang dah lama kawin pun ada tapi mgkin agk minoriti – betulkan kalau aku tersilap membuat andaian).

 

“Bukan… Kalau pakai wangi2an sebelum tido ni, nanti boleh mimpi yang indah2”, jawabku sambil tersenyum. Menjawab soalan kak wawa tika itu, aku cuba mengimbas kembali sejak bila kebiasaanku ini bermula.

 

“Sebelum tido pakai minyak wangi, nanti akan mimpi yg indah2”, hah! Sejak itu… Sejak sorg teman mengingatkan aku sebegini. Bauan sebenarnya adalah salah satu terapi minda. Tapi haram hukumnya bagi perempuan yang memakai bau2an ketika keluar rumah sehingga menarik perhatian lelaki. Haram tu pula berdosa dan bila berdosa neraka jahanam tempatnya. Makanya, kalau dah teringin sangat menghidu tubuh sendiri yang berbau wangi pakailah sebelum tido. Bagi yang dah kawin tu, jangan ‘sumbat’ hidung suami dengan bau minyak cap kapak atau minyak angin tiap2 malam. Lelaki ni senyap2 dia banyak makna, senyum2 dia banyak erti (maafla kalau aku cuba memandai walhal masih ‘cik’).

 

Kita tinggalkan dulu mengenai wangi2an tu…

 

Aku segera membaringkan tubuh. Seingat aku, sebelum terlelap aku sempat mengunci alarm henset pukul 11pm kemudian menghantar mesej kepada sorang teman memaklumkan mengenai laporan latihan industrinya dah selamat sampai kepada pensyarahnya berdasarkan email balas yang dihantar.

‘Allah humma bismika ahya waamuut…’, sedang perut menjerit minta diisi, mindaku cuba memujuk ‘esoklaa…letih sangat ni…’ lantaran ketidakmayaanku utk mengagahkan diri mengisi perut. Selalunya mengantuk macam mana pun kalau perut kelaparan pasti susah nak lelap tapi entah macam mana malam tadi aku terus tak sedarkan diri.

 

Pukul 4.30am alarm henset mengejutkanku dari lena. Pelik juga mulanya tapi bila kuperah otak mngingat kembali rupanya memang aku ada terjaga pukul 11 tadi tapi mata sangatlah tidak terlarat lalu dalam keadaan suku sedar itu kusetkan alarm henset 4.30 am.

 

Sebaik menunaikan apa yang perlu ditunaikan, aku berlalu ke dapur menyiapkan makanan sahur. Tudung periuk kuangkat.

 

“Ermm… Nasib baik ada nasi”

 

Tek! Tek! Tek! Aik, pesal tak nyala dapur ni? Takkan xde gas dah. Kucuba lagi. Tong gas kugoncang, memang agak ringan. Berkali juga kucuba. Ahh!! Sah dah kehabisan gas ni. Kalau saja ada periuk elektrik kan senang. Nanti la kuusahakan. Dalam kedinginan subuh tu aku pun bersantap dengan nasi dingin + ikan goreng + kicap lemak manis cap kipas udang (brand Habhal’s keluaran Zara Foodstuff Industries – sedap kicap ni, xcaya, try. Promote skit! Hihiii…). Ini pun dah kira cukup baik kalau nak bandingkan dengan saudara2 di bumi Sudan atau Afghanistan sana (atau paling dekat kat Malaysia sdri pun masih ada yang membekal tenaga jasad dengan makanan yang agak ‘mengasihankan’).

 

“Abang Pandir (bukan nama sebenar) tak boleh makan nasi dingin atau yang dipanaskan, kena makan nasi yang baru masak & masih panas”, begini sorang teman pernah berkongsi denganku mengenai karenah suaminya. Aku tak rasa dia cuba mengungkit keburukan si suami tapi berkongsi sesuatu yang mungkin boleh kujadikan bekal sebelum menempuh alam rumah tangga.

 

“Kenapa macam tu?” soalku balik sambil kerut dahi. Tak pernah pula kudengar ada penyakit yang menghalang penghidapnya makan nasi dingin atau dipanaskan kembali.

 

“Dia tak suka. So nak masak tu kena time dia dah nak makan, tak boleh awal sangat”, oohh!! Tak suka, ingatkan ada sakit.

 

“Cerewet juga ek”, balasku. Dia tersenyum. Aku… Boleh ke aku berdepan dengan kecerewetan sebegitu?

 

‘Ciri2 suami idaman: bersedia menjamu perut dengan nasi dingin’, nampak gaya kena tambah seperkara lagi dalam ‘resume’ aku. Ahakss..!! Bukan malas (chewah! Back-up balik) cuma bagiku kecerewetan sebegitu tak boleh nak ikutkan sangat, kena faham situasi. Kalau jadi macam kes aku tadi, takkan nak biar perut kosong semata2 TAK SUKA makan nasi dingin. Teori je tu…, praktikalnya? (sengih lagi)

 

Itu sedikit mengenai nasi dingin, sama2 kita renungkan (hehheee..!).

 

Jam dah menunjukkan pukul 7.36am. Lama juga rupanya aku ‘merantai2’ perjalanan hidupku sejak petang semalam (mau tak lama kalau kutip sekali citer dedulu).

Allah! Baju tak gosok lagi!!!!!!!!!!!

 

Jmpa lagi yer 200 juta hati…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: