Skip to content

Istimewanya hari ini…

June 11, 2008

Hari ni (selasa, 10 Jun) aku ada kelas bacaan alQuran, seperti kebiasaannya kelas ni dijadualkan pada minggu ke2 setiap bulan. Hanya jika tenaga pengajarnya tidak dapat datang maka akan diganti dengan kelas fiqh. Pengajaran kelas fiqh pula menggunakan Kitab Zainul Tholib. Kls fiqh diadakn 2 kali setiap bulan iaitu minggu 1&3, sementara minggu 4 pula akan diadakan pembentangan paper sorg syeikh dari Pakistan mengenai hadis. Yang ni aku fail skit (agak byk la jg). Satunya sb aku memang xde basic bab2 hadis ni, lps tu doc tu pula ckp omputih kadang2 aku xleh fhm. Maklum saja omputih dia mix skit ngn bhs urdu. Tapi kakiku tetap juga bersemangat datang. Itu serba sedikit mengenai kelas pengajian islam yg kuhadiri sejak mengenali ustaz. Syukur padaMu kerana mberi peluang utkku mngenali hambaMu yg seorg itu.

 

Hari ni juga aku dpt satu berita yang cukup2 mengujakan. Dapat panggilan posting..? Bukan… Itu belum cukup mengujakan ketika ini. Ada org masuk meminang? Uhh..! Itu juga belum cukup mengujakan (cukup mengecutkan perut adalah. Ahakss..!!). Hari ni aku mendapat tahu bhw pengurusan Pusat Racun Negara (tmpt kejeku) tgh mngusahakan menjemput Yusuf Estes (maaf, sebelum ni aku tertaip Yusuf Islam, ni aku betulkan) datang memberi ceramah di USM. Ya Allah..!!! Seronoknya Tuhan saja yg tau. Bertuahlah badan kalau berkesempatan menghadiri ceramah tu nanti. Ceramah tayangan perdana yang kami adakan setiap hari jumaat secara dalaman juga akan mula dikongsikan bersama seluruh warga kampus bermula jumaat ini, 13 Jun 2008 ni. Ya Allah, berkatilah usaha kami yg sedikit ini…

 

Seperkara lagi yang seronoknya utk dikongsikan mengenai hari ni adalah BUKU!!! Heheee… Hari ni sebelum pegi kelas tadi, aku singgah kedai buku USM (mmg dah berhajat mcm tu pun sejak balik dari BJ hari tu). Sampai sana karya Taufiqurrahman Al-Azizy bertajuk ‘Syahadat Cinta’ yang kucapai dulu sebab kali pertama memandangnya seminggu lepas hatiku dah terpaut cuma kena tahan dulu nafsu memilikinya tu. Lepas tu aku cari buku tuk Dik Im pula. Cari punya cari, x jumpa.

 

 

‘Kak, boleh x tolong carikan utk saya buku panduan solat? Saya cari x jumpa la…’, pintaku pada pekerja di situ.

 

‘Cuba cari kat sana. Selalunya ada kat rak tu’, blsnya sambil menunjukkan deretan rak di sebelah kiriku.

 

‘Ooh..Ok..’

Aku pun mula mencari. Cari, cari dan cari… Belek, belek dan belek. Xde! Hah?! Xde?!! Apa ni? Takkan xde pulak?!!!

 

‘Selalu banyak je kat sini. Dah habis kut’, sah! Frust lagi…

 

‘Solat khusyuk, solat S.M.A.R.T’, ok jg buku ni tapi kurang sesuai utk Dik Im. Aku nak carikan buku panduan solat yang bergambar, sesuai dengan usianya. Budak2 cepat faham melalui visual berbanding teks. Lalu kuambil juga buku tu.

 

‘Kalau jumpa buku yg lebih sesuai, buku ni tetap ada manfaatnya’, desir hati kecilku.

 

 

 

 

 

 

‘Aisyah r.a Ummul Mukminin: Keanggunan Sebenar’, wah!! Baru je tadi bercakap mengenainya, memang kena sangat jumpa ‘dia’ hari ni.

 

 

3 biji buku = RM100.30!!! Gelojoh juga rupanya. Hehhee..

Teringat satu soalan yg pernah diajukan padaku:

 

‘Perempuan ni memang suka shopping ye?’

 

‘Umumnya memang mcm tu’, jwbku

 

Dan di sini aku nak tambah,

 

‘Perempuan yg sorng ni pun memang suka shopping, shopping buku’, hahhaaa…!! Aku sebenarnya lebih bernafsu bila tengok buku berbanding pakaian2 berpesen atau aksesori2 perempuan yg bagiku cuma merimaskan. Tapi tu time ada duit la. Time poket kering, telan air liur je window shopping kat kedai2 buku. Tu je la dulu. Lain kali aku titipkan pula mengenai hasil pembacaanku nanti.

 

Oh ye! Tengah cari gambar buku2 ni tadi aku terjumpa cover ‘Ketika Cinta Bertasbih: episod 2’. Saat tu rinduku pada Azzam datang kembali. Terasa benar lamanya menanti kehadiran Azzam dalam episod kedua karya Habiburrahman el Shirazy ni. Bagaimanakah dia dalam episod kedua ini? Siapa gerangan wanita bertuah yg akan menjadi pilihannya? Apa pula konflik2 yg perlu dihadapinya? Inilah antara persoalan2 yg kukongsikan bersama teman2 yg turut mengikuti perjalanan hidup Azzam di Al Azhar dalam episod pertama dulu. Kita akan bersua lagi Azzam!! Anna… Tak sabar rasanya mengenali Anna yg kerap disebut dalam episod pertama dulu.

One Comment leave one →
  1. March 9, 2009 7:11 pm

    salam..

    tgh2 search pasal buku ummul mukminin keanggunan sejati.. terjumpa pulak blog ni..

    salam ziarah..

    wah.. minat kte serupa.. ish.. ish.. jelez tgk buku2 tu… nk jugak.. =)


    wa’alaikissalam..

    tima kasih… pintu ‘rumah’ sy ni sentiasa terbuka kepada sapa2 je utk bertandang (buat ‘open house’ sepanjang tahun. hehee..). gembira mendapat ziarah saudari.. AlhmdulilLah sy baru je kembali dari ‘rumah’ saudari.

    nak ke? sy bersedia berkongsi😉
    sy tgh cari buku srikandi2 yang lain tp stkat ni cuma jumpa pasal Aisyah ra dan khadijah ra je…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: