Skip to content

“Iyer baaaang…!!”

June 9, 2008

“Macam mana ni…? Tak tau dah nak buat apa lagi kat budak ni”, begini teman serumahku mengadu padaku mengenai seorang budak sekolah berusia 17 tahun yang menaruh hati padanya. Aku hanya mampu geleng kepala setelah mengetahui situasi yang dialaminya, bukan mati kutu mencari penyelesaian tapi sedikit rasa terkilan dengan ke’advance’an remaja zaman sekarang.

 

“Cakap je dah bertunang, senang cerita”,

 

“Tak boleh… Dia tau saya masih belum berpunya”

 

“Alaa… Cakap je pilihan famili. Balik kampung baru2 ni tuk majlis pertunangan tu. Kalau dia faham hukum mengganggu tunang orang dia senyap la”, aku sendiri sebenarnya tak yakin dengan cadangan ni mendengar betapa bernekadnya budak tu cuba memenangi hati teman serumahku itu. Pandai pula aku ajar orang menipu. Alaaa… Menipu utk kebaikan.

 

“Ermm… Takut la pula nanti lepas ni takde orang nak mengurat”, teman serumahku berseloroh, tapi sebenarnya itu juga boleh menjadi asas kerisauan. Ye la, kalau dah dicop tunang orang siapa lagi nak mendekat.

 

Teringat situasi hampir sama yang pernah kulalui suatu ketika dahulu, mungkin hampir 2 tahun yang lepas aku pun tak pasti. Bezanya, ‘secret admire’ku tu bukan budak sekolah tapi mamat indon mana ntah yang mungkin tersilap nombor sehingga nombor telefonku menjadi mangsa melepaskan rasa di jiwa.

 

‘Pertama kali melihatmu, aku jadi penasaran’, begini antara bait2 mesejnya. Bila kubacakan pada teman sebilik tika itu, dia gelak sehingga kurasakan nak terkeluar segala isi perutnya.

 

‘Entah2 mamat indon kat tapak pembinaan depan tu hah yang tengah usha engkau. Engkau kan selalu lalu depan tu. Hahahaa..!!!’, geram ada, geli hati pun ada. Kebetulan di hadapan blok asramaku tika itu proses pembinaan bangunan baru tengah giat dijalankan. Nak pegi kuliah memang selalunya lalu depan kawasan pembinaan tu.

 

‘Macam la aku sorang je yang lalu situ. Kau pun selalu lalu situ. Entah2 dia usha engkau tapi tersilap antar kat aku. Hahahaa…!!’ hambik!! Nak gelakkan aku sangat.

 

Mesej pertama yang ‘menyeramkan’ tu aku balas sekadar memaklumkan bahawa dia tersilap nombor. Ingatkan dia akan berhenti menghantar mesej padaku rupanya ketegaq boleh tahan. Huh! Tak faham bahasa gamaknya. Menurutnya itulah nombor yang diberikan oleh seorang wanita yang pernah dikenalinya. Kena kelentong dengan perempuan tu atau dia sendiri tersilap menyalin nombor yang diberikan, wallahu’alam. Masalahnya, kenapa mesti nombor telefon aku?!! Mesej demi mesej dikirim dan aku mengambil langkah ‘bijak’ dengan mendiamkan diri (kononnyer laa… berbicara hanya bila perlu kaaannn.. hihii..). Tak puas hati dengan tindakanku membisukan diri, dia mula menelefonku. Malah tika dalam kuliah pun telefonku kerap kali bergetar dek panggilan ‘kekasih hatiku’ itu (Huh!!).

 

Satu hari, tahap kerimasanku mencapai titik klimaks dengan gangguan berterusan itu lalu panggilannya kujawab.

 

“Kan saya dah cakap, awak tersilap nombor. Saya tak kenal awak. Nombor ni pun suami saya punya, encik Lokman namanya. Awak nak cakap dengan suami saya? Iyer baaaaang..!!”, ‘iyer baaaang’ tu yang paling best sekali, konon2nya aku menyahut panggilan ‘suami tercinta’ tika bercakap dengan mamat indon yang tengah penasaran denganku itu. Ahakss!! Sebaik menghabiskan harkat perkataan ‘baaaang’ tu, dia terus mematikan talian. Dan selepas itu, hidupku kembali aman damai lagi sentosa (hikhikkk..!!).

 

Macam mana aku boleh terfikir nama Lokman? Entahla, apa yang kuingat saat tu aku cuma nak sebut satu nama yang bunyinya agak ‘garang’ tapi nama yang terkeluar adalah Lokman yang memang mukanya agak garang tapi kelakar (Bob Lokman). Kuang3x..!!

 

Cerita teman serumahku tadi macam mana sudahnya? Ermm… Setakat ni belum nampak lagi garisan penamatnya. Maklum saja, teman serumahku ni tak sekejam aku.

 

“Tak tergamak sebenarnya…”, beginilah lembutnya hati temanku itu. Aku sebenarnya cukup tak bersetuju dengan ‘kelembutan’ sebegini. Lembut kena bertempat. Sekarang ni aku sekadar mampu menjadi pendengar setia dan berdoa moga akan ada penyelesaian dalam kegentirannya menghabiskan bulan2 terakhir proses penyiapan tesis mastersnya.

 

Sambungan…

 

“Nak tolong dia sebenarnya…”, aku kerut dahi

 

“Dia pernah cakap dia tak reti sangat sembahyang. Nak tolong yang tu je sebenarnya”, sambungnya, mgkin memahami persoalan yang terselit pada kerutan di dahiku.

 

“Oohh..! Belikan lah dia buku sembahyang”, cadangku

 

“Dia boleh beli sendiri”, balasnya sambil tertawa

 

“Tak… Memang dia boleh beli sendiri tapi pemberian dari orang yang dia sayang mungkin dia lebih manfaatkan. Patutnya ambik peluang ni kalau betul nak tolong dia”

 

“Bukan apa… Takut nanti dia salah faham. Lagipun dia pernah cakap, lepas dia habis belajar dia nak mencuba lagi”, uiihh!! Bersungguh pula budak tu. Kalau kesungguhan mcm tu ditunjukkan oleh semua belia pada ilmu kan bagus. Cepatlah maju anak bangsa kita.

 

“Dah kalau macam tu, satu je cara nak tolong dia kalau tak nak dia salah faham…”, dia menanti ayat seterusnya keluar dari mulutku.

 

“Berdoalah utk dia”, beginilah aku selalu diingatkan oleh ustaz tiapkali berhajat utk membantu seseorg tapi tidak berkudrat dan ini jualah kupesan pada teman yang seorg itu.

2 Comments leave one →
  1. hatimerdeka permalink
    June 10, 2008 1:29 pm

    indon nie romantikk
    akk kalau mau ,boleh saja saya carikan
    jangan risau jgn segan…saya rela bersusah utk akk!!ahhaksss..

  2. qurratulaini permalink
    June 17, 2008 11:37 am

    aduh!kamu baik sekali…iyah tolong dicari saja yaa.. (uhuks!!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: