Skip to content

Aku & Hujung Mingguku

June 9, 2008

Ahad, 8 Jun 2008 bersamaan dengan 4 Jamadil Akhir 1429 Hijrah

 

‘Nak kuarlah ari ni’

 

‘Pegi mana?’

 

‘Nak pegi beli buku, pegi BJ je kut. Nak g Perangin Mall jauh sangat’, BJ tu adalah Bukit Jambul, kompleks membeli belah paling dekat dengan USM. Nak pegi Perangin Mall terasa jauh la pula, tapi sebenarnya di sana lebih banyak pilihan.

 

‘Nak pegi kedai buku Popular ke?’

 

‘A’aah… Nak belikan buku utk adik’, dah lama sebenarnya nak belikan Dik Im (adikku no 3 merangkap no 4 dlm senarai kami lima beradik) buku spt yang dihajatkannya cuma aku kerap terlupa. Teringat perbualan singkat kami beberapa hari yang lalu dalam kesempatanku menghubungi mak.

 

‘Nak tak kalau akak masukkan ke sekolah agama (sekolah yg lebih baik la maksudnya)?’ begini aku bertanya cuba mengintai kembali perkembangan minat buah hati yang sorang tu sebab sejak dulu dia telah menanam impian untuk menjadi juruterbang.

 

‘Nak..!!’, jawab adik seronok, seolah2 soalan itu telah lama dinantikan.

 

‘Oooww..!! Kalau nak, UPSR ni kena buat betul2 la. Kalau dapat keputusan baik nanti akak usahakan adik masuk sekolah Abang Tu’, boleh naik kapal terbang. Nak naik kapal terbang, kan..?’, adik malu2 tertawa mendengar soalanku. Abang Tu’ adalah saudara dua pupuku juga merangkap adik susuanku yang pernah mendapat pendidikan di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri  dan melanjutkan pelajarannya dalam bidang aeroangkasa di UPM, satu2nya anak kampungku yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang berprofile tinggi itu. Kini sedang menanti hari konvokesyennya sama sepertiku.

 

‘Kalau tak dapat ke sana, kita cari sekolah agama yang lain. Bekas sekolah Kak Diut (kak sulung Abang Tu’) kat Ranau tu ke… Tapi kalau keputusan tak baik, macam mana nak naik kapal terbang. Abang Su janji nak beli berapa untuk satu A nanti?’

 

’50 ringgit’, jawabnya sambil tertawa seronok.

 

‘Waahhh..!! Macam ni akak kena beli dompet lain la utk adik. Banyak tu… 1A 50 ringgit, kalau 5A dah berapa?’, soalku menguji matematiknya.

 

‘250 ringgit!’, jawabnya pantas. Aku tertawa kelucuan. Seperti angka tu dah sebati dalam memori, tak perlu proses lama2 nak kira. Memang adik sulungku yang seorang itu punya strategi sendiri memotivasikan adik kami yang seorang ini. Motivasiku pula dalam bentuk lain, nak janjikan materi aku memang belum berkemampuan.

 

Teringin benar aku melihat adikku yang seorang ini juga seorang lagi yang masih berusia 3 tahun mendapat pendidikan agama yang mantap sebab kami kakak2 dan abangnya tak mendapat peluang sebegitu dahulu, tiada yang memberi motivasi dan tiada yang membuka ruang.

 

‘Nak saya temankan tak?’, soal temanku itu mengheretku kembali ke alam realiti.

 

‘Heheee… Tak pe kut. Saya boleh pegi sorang’

 

‘Eh, xpe kalau nak saya teman’

 

‘Xpe je… Tapi kalau nak teman boleh juga’

 

‘Hhihiii…’, dia tertawa.

 

‘Bukannya apa, kalau berteman ni mulalah lencong sana lencong sini. Kalau pegi sorang2, pegi tempat nak pegi je. Lepas beli terus balik’, kami saling tertawa. Itulah juga antara sebab aku lebih suka berpergian sendirian, tapi kalau berteman agak lebih selamat. Cuma kalau bertemankan yang ‘janguk’ ni aku rasa betul2 tak selamat. Mana nak rasa selamat kalau semua mata duk pandang, walaupun bukan aku yang menjadi tarikan mata2 tak berlesen itu tapi rasa juga tempiasnya. Tak tahulah kut aku je cepat perasan, yang pasti memang aku tak suka. Mujur saja temanku yang seorang ini agak simple orangnya.

 

Sekembali dari BJ…

 

Hermm… Apa nak buat, xde rezeki hari ni. Puas aku mencari buku yang Dik Im hajatkan tapi tak jumpa. Frust pun ada sebenarnya. Mujur saja pemberian utk mak berjaya kutemui. Berpujuk jua kecewa hati tadi. Memang dah berhajat tuk gaji pertama ni nak belikan sesuatu utk mak. Harap2 bermanfaat utk mak (senyum). Tuk Dik Im nanti saja kucuba cari di kedai buku USM.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: