Skip to content

“Kami cari ustazah..”

June 2, 2008

Hari itu memang sengaja aku melewatkan diri masuk ke kelas 1R6. Masuk kelas selalunya on-time tapi kalau aku sampai tepat pada waktunya (dan kadang2 tu lebih awal), cuma ada 4,5 orang saja dalam kelas. Selebihnya masih di surau dan ada pula yang masih dalam perjalanan serta tak kurang juga yang ‘bersiar-siar’.

 

Dalam perjalanan ke kelas itu, dari jauh aku terpandang susuk tubuh yang memang kukenal benar gerangannya. Dengan songkok yang tersarung di kepala, Azlan yang ditemani Solihin menghampiriku sambil tersengih.

“Pegi mana ni?!”, seperti biasanya, aku menunjukkan muka tak senang bila mendapati mereka meliar semasa waktu pengajaran. Bukan saja waktu pengajaranku tapi tiapkali terserempak dengan mana-mana pelajarku semasa waktu pengajaran & pembelajaran pasti akan kusoal kerana pengetua telah mengamanahkan semua guru-guru mengawasi pergerakan pelajar dan bertindak selaku guru disiplin.

 

“Kami cari ustazah…”, jawab Azlan sambil tersengih lagi. Solihin di sisinya turut sama tersengih.

 

“Cari ustazah…!”, ajukku.

 

“Saja nak merayau la tu. Pantang cikgu xde dalam kelas, merayau saja kerja kamu! Dah! Masuk kelas, cikgu nak masuk!”,

“Bukan merayau… Kami nak cari ustazah tadi…”, Azlan masih membela diri sambil tersipu dalam sengihannya. Solihin cuma mengangguk mengiyakan kata-kata Azlan.

 

“Ustazah sapa yang kamu nak cari?! Dah, jom masuk kelas!”,

 

“Ustazahla… Kami nak cari ustazahla tadi…”, tanpa menghiraukan kata-kata Azlan, aku terus berlalu sehingga tanpa sedar aku ‘terlalu’ jalan lain, bukan jalan yang biasa kulalui untuk ke kelas 1R6. angin mana ntah datang petang tu, rasa xde mood nak melayan alasan budak2 tu.

 

Pada malamnya, aku teringat-ingat kembali peristiwa itu.

“Ustazahla… Kami nak cari ustazahla tadi…”, seolah terngiang suara lembut Azlan di telinga.

 

“Ya Allah..!!! Macam mana aku boleh terlupa aku ni ustazah. Rupanya budak2 tu cari akulah tadi..!! Hish! Buat malu jer. Nasib baik diorg x perasan akan keterlupaan aku tu. Yang diorg pun bukan nak sebut nama aku, mana la nak tau ustazah bertuah tu rupanya aku”, bila otak dah dapat menganalisis, kesimpulan itu membuatkan aku tertawa sendirian. Kesian pulak dengan budak berdua tu, tak pasal2 kena marah.

2 Comments leave one →
  1. hatimerdeka permalink
    June 3, 2008 11:27 am

    ustazah + cikgu = pendidik….cuma kepakaran berlainan.yg penting matlamat sama walau jalan berbeza.teringat cikgu2 praktikal sekolah rendah dulu..mmg kelakar!!

  2. qurratulaini permalink
    June 5, 2008 2:06 pm

    glory2 tuk smua pendidik!!! hehheee..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: