Skip to content

Aku dan semalam

June 2, 2008

 

Hari ni 1 Jun 2008 (Ahad) bersamaan dengan 26 Jamadil Awwal 1429 Hijrah.

Ikut plan awal nak duduk rumah jer, malas nak pegi memana tapi ada sesuatu yang menuntutku keluar hari ni. Lepas subuh, tekad kubulatkan, bukan segi tiga atau segi empat apalagi segi poligon (berapa ntah segi bentuk poligon tu, aku pon dah lupa. huhuuu…). Rancangan awalnya nak keluar sebelum zuhur tapi ternampak lak beg plastik duk tersadai tepi kabinet dapur. Ada sepaket kacang hijau, sepaket sagu & setin jagung. Dua paket santan aku dah masukkan dalam ‘peti keselamatan’ (peti sejuk daaa..!!!). Hermm… Masak bubur je la dulu. Lagi pulak bleh la tunggu perut lapar makan tengah hari. Kalau kuar awal kang kena makan kat luar, tak ke bazir duit aku je. Bak kata ustaz, nikmat makan ni bila time lapar je. Lauk yang kumasak semalam ada lagi, maklum la aku sorang je duk tinggal kat rumah hujung minggu ni.

 

Dah settle semua, perut pun dah kenyang aku bersiap. Ambik wudhuk sesiap, solat kat masjid USM. Kul 1 tengahari aku kuar dari rumah. ‘Bismillah hi tawakkaltu ‘ala Allah.. Permudahkan urusanku ya Allah..!’ lalu daun pintu kutarik. Kaki kanan kudahulukan. Dalam kepala otak ni da jelas arah tujunya- Bazar Chowrasta & Kedai Buku Popular kat Perangin Mall. 

 

Sampai di masjid, azan zuhur belum pun berkumandang. Pintu ruang solat wanita kukuak, seorang wanita bersama anak kecilnya sedang duduk menanti waktu solat (takkanla tunggu ketapi plk). Aku terus ke ruang persidaian telekung2 wakaf masjid. Belum sempat kuucap salam mengakhiri solat sunat tahiyatul masjidku, azan berkumandang. Lepas membaca doa seusai azan, aku berdiri menunaikan solat sunat sebelum zuhur (yg ni x citer pon xpe, cuma tak rugi kalau aku mgingatkan diri & pembca semua tentang amalan2 sunat. Bak kata sorg teman, sayangkan saudara ingat2kan…). Setelah itu barulah aku menghampiri wanita itu yang sedang duduk melunjurkan kakinya di ruang tengah.

‘Assalamualaikum…’, sapaku sambil tangan kuhulur. Usianya dalam lingkungan awal 30-an.

‘Mesti dari Sudan ni..’, tekaku berdasarkan penampilan dan tentunya ton kaler kulitnya yang agak jelas keSudanannya.

‘Can u understand English, ma’am?’, soalku sebelum memanjangkan bicara. Ye la kena tanya dulu, kang beriya ajak sembang rupanya tak faham sepatah haram.

‘Yes..’, jawabnya ramah.

‘Where u from?’

‘Sudan..’ jawabnya sambil tersenyum.

‘I see… I work with a student from Sudan. His name Ahmad, Phd’s student at poison centre..’, begitu aku berhati-hati menyusun ayat, maklum saja bukan fluent sangat pon, grammar tunggang langgang lagi.

‘Ahmad Ibrahim?’

‘I’m not sure… You know Ahmad?’,

‘Ahmad Ibrahim yes I know, my husband’s friend. His family here, right?’ aku sekadar angguk mengiyakan kerana Ahmad pernah menceritakan padaku anak & isterinya kini berada di USM bersamanya.

‘My husband also Phd’s student here’, sambungnya lagi.

‘Which school?’

‘Chemistry’, senyum lagi.

‘I’ve a friend study at Sudan, at University of Africa’, menyebut mengenai Sudan, teringat sorg teman yang masih berjuang mengutip mutiara-mutiara ilmu di bumi yang tak pernah sunyi dengan pergolakan itu.

‘Oooh.. Really? It’s boarding near my house’

‘Really? At Kharthoum right?’

‘Yes…’

‘How long you been here, ma’am?’

‘Actually I came here every year’, lepas tu aku dah tak berapa ingat patah2 perkataan yang disebutnya. Apa yang dapat aku tangkap, dia punya dua orang anak dan yang sulung tu dah mula bersekolah. Ikutkan nak sembang panjang lagi tapi iqamat dah dilaungkan dan kami mengambil tempat untuk berjemaah. Cuma kami berdua makmum wanita. Seusai rakaat pertama barulah sorg lagi wanita yang pastinya dari negara luar juga menghimpit di kiriku. Selepas membaca doa, aku menghulurkan tangan pada wanita Sudan itu sambil bertanya,

‘Your name, ma’am?’, huhuu.. Dah sembang lama baru tanya nama. Apa daaa..!!

Na’la… My name is Na’la..’, aku harap aku tak tersilap dengar tapi bunyinya macam ni la.

“Is mi…”, dan aku pun kenalkan namaku yang rasaku antara nama yang paling sedap disebut (kuang3x). Sajer try kecek arab, bukan banyak pun yang aku tau bahasa asing tu, sekerat dua je. Dia mengulanginya meminta kepastian dan senyum kami saling bertautan.

 

Lepas menyangkutkan telekung di tempat asalnya, aku bergegas ke bus stop berhadapan dengan masjid USM. Adalah lebih kurang 20 minit menunggu. Dalam bas tu aku tak dengar pun orang duk bercakap dalam bahasa Melayu ker Cina ker India ke.. Nak dengar orang cakap Bajau memang kira bertuah sangat2 lah. Apa yang jelas, minah2 yang duduk belakang aku tu sembang punya kuat dalam bahasa Tagalog dia. Huh!! Sakit telinga tau!! Kut iyer pon nak menyembang, slow la skit volum tu. Kawan menyembang tu duk ada kat sebelah jer, bukan duk seberang laut sana. Atoiii..!! Tension den! Sabor2x… Simpan penampor sulung tu tuk orang yang lebih ‘memerlukan’. Kuiii..3x.

 

Dalam perjalanan tu, teringat salah satu part dalam novel karya Fatimah Busu ‘The Missing Piece: Bahagian 2’ yang aku baca tadi. Salah sorg wataknya memuji keindahan susunan ayat dan bunyi surah Ar Rahman. Seperti syair, katanya. Aku memang sependapat dengan watak itu. Fabi ayyi aalaaa irabbi kumaa tukazzi ban… Memang sangat indah, menusuk jauh ke dalam jantung hati. Berkali kubisikkan ayat itu di angin lalu sehingga bas yang kunaiki semakin menghampiri destinasi.

 

Kupendekkan cerita, kaki terus mengatur langkah ke destinasi pertama, Bazar Chowrasta. Selepas sesi tawar menawar (aku ni kira expert gak bab tawar menawar ni – sambil angkat kening. Hikhikk..!!)  & tanpa terdetik sedikitpun di hati tuk ‘bersiar-siar’ di situ, kaki terus berpatah balik melangkah ke Perangin Mall. Part melintas jalan yang tak best. Aik, apasal lain macam jer apek ni bawak motor? Dah la aku tengah terpacak kt tetengah jalan ni. Woii…! Wooooiii..! Kut iyer pun nak korek idung tu janganlah time aku nak lintas jalan. Terlepas kang handle motor tu tak ke aku gak yang naya. Hish la apek ni. Tak senyonyoh langsung! Huh!! Sib baik aku selamat, dapat gak la menaip citer ni. Hehheee…

 

Kat Kedai Buku Popular, aku jumpa apa yang sememangnya kucari. Buku utk memperbaiki solat. AlhamdulilLah… Hermm… Jumpa buku berderet ni apalagi, mata terus melilau la. Ahah!! Tajuknya kulirik, ‘Warkah Cinta Berbau Syurga’ dan aku segera membaca sinopsis di belakangnya. Kisah cinta pelajar Malaysia di Mesir, best ni! Sebaik membayar 2 biji buku tu, aku terus mengatur langkah keluar. Tengah dalam perjalanan keluar dari Perangin Mall tu tetiba mata terpandang deretan kedai kasut. Dah lama sebenarnya smpan hajat nak beli kasut. Tinjau2 dulu la. Try tu, try ni, tanya saiz tu, tanya saiz ni smbil2 dengar nyonya tu duk promote akhirnya aku membuat keputusan membeli sepasang. Eh, duit cukup lagi ke? Ermmm… Sib baik cukup. Dah2x! Balik cepat.

 

Aish!! Ni yang aku malas nak kuar ni! Penat2 je aku topup amal, banyak plak maksiat yang singgah dlm pandangan. ‘Belangkas’ ni macam xde tempat lain nak bermesra2. Depan aku gak nak berpeluk2. Bagi penyepak sekali baru tau. Tepi2x!! Huh! (dan aku pun berjaya meloloskan diri dari kesesakan tu). Sampi di perhentian bas pun citer sama gak. Eh, elok2 yer cik abang tangan tu. Kurang sejengkal lagi tu bahu saya! Aku mengensot sedikit ke depan. Hish! Apa nak jadik la manusia ni. Smpi dlm bas baru la rasa bleh bernafas skit. Sebelum azan asar aku sampai rumah. Fuh!! Baru rasa lega.

 

Dan saat aku menghabiskan ayat2 terakhir ni, hidung dah rasa sumbat semacam, kepala da makin memberat, tekak da mula terasa gatal dan sesekali aku melepaskan batuk berat. Ni sintom2 nk selesema la ni. Baru aku teringat, kuar tadi tak pakai payung, cuaca plak panas sampai rasa menggigit saraf2 otak. Sekian saja carekaramaku tuk hari ini.

 

Moral of the story: Sediakan payung sebelum selesema. Huhuuu..! Tu la, malas lagi pakai payung.

 

2 Comments leave one →
  1. hatimerdeka permalink
    June 3, 2008 11:24 am

    penang mmg begitu,singapore malaysia + negara berbilang bangsa bukan melayu ,cina dan india sj ada lg tambahannya termasuk indon,myanmar,mat bangla,vietnam,taiwan,korea,afrika…kalau rasa berkenan kat sesapa..turun komtar pilih2 la..he3

  2. qurratulaini permalink
    June 5, 2008 2:07 pm

    pilih smpai x larat memilih!
    angkat kaki pulang, puas hati! ahakss..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: